Saturday, December 26, 2009

~Tuhan Berikanlah aku jalan~



Assalamualaikum

Apa khabar semua? Lama sangat dah rasanya aku x update blog ni. Shaz dah pun bagi keizinan untuk menerajui terus blog ni. Dia sangat sibuk, begitu juga aku. Mungkin sekali-sekala dia akan bersama aku untuk sumbangkan idea untuk blog ni.

Bulan disember ni aku rasa penat sungguh, setangah bulan aku habiskan hidup aku dengan Kursus adobe dreamweaver. Lepas tu planner aku penuh dengan undangan pernikahan rakan-rakan dan kerja sampingan. Minggu terakhir cuti sem aku pun sepatutnya aku tidak dapat pulang ke kampong kerana ada kerja persatuan yang perlu aku selesaikan. Isnin yang lalu mak aku called minta aku pulang ke kampong, rindu sangat katanya.

Yela semua adik-beradik aku duduk jauh dengan mak, mak pulak duduk seorang diri di rumah peninggalan arwah ayah aku. Kakak dan abang serta adik aku, dah beri tanggungjawab agar kau sentiasa pulang ke kampong dan menjenguk mak dikampung. Lagi-lagi cuti sekolah, sudah pasti kakak dan abang aku takkan pulang sibuk dengan bisnes masing-masing. Adik aku pula sedang berusaha mencari kolej yang sesuai untuk dia sambung belajar dan menguruskan hal-hal persekolahan dia.

Kakak dan abang dah marah-marah ke aku coz ambik Kurusu dreamweaver, katanya “sanggup ke ko tinggal mak sorang-sorang kat rumah?”. Aku nak jawab apa. Entahlah,…. No answer for this question. (harap korang memahami situasi aku ni). Bila aku kata(minggu lepas) minggu ni aku tak dapat pulang coz ada keja persatuan kena selesaikan, kakak aku mula melenting katanya “antara mak dan persatuan mana penting?” bagi aku dua-dua penting…. Pening betul la.

Tuhan berikanlah aku jalan yang benar… amiiin


1 comment:

  1. Sabarlah..kadangkala orang tak memahami kita..Tapi kita selalu cuba sedaya upaya memahami orang...ok..cheers up la sikit...i ada idea mula-mula tengok mak u dulu kalu busy sangat 1 hari pun jadilah..then u settle down yr persatuan..Dalam masa yang sama selalulah call yr mom......

    ReplyDelete