“Assalamualaikum ustaz” semua pelajar berdiri memberi salam.
“waalaikumsalam, duduk semua” Sekuntum senyuman diberikan kepada seluruh kelas. Buku ditangan terus diletakkan diatas meja guru. Tanpa berlengah kapur berwarna putih dicapai dan menulis sesuatu dengan kapur tersebut di papan hitam.
UJIAN BULANAN“waalaikumsalam, duduk semua” Sekuntum senyuman diberikan kepada seluruh kelas. Buku ditangan terus diletakkan diatas meja guru. Tanpa berlengah kapur berwarna putih dicapai dan menulis sesuatu dengan kapur tersebut di papan hitam.
Itu yang tertera.
‘Ujian bulanan?’ Ain berkata dalam hati.
Seluruh ahli kelas 4 Aisyah kelihatan kelam-kabut apabila ujian bulanan tergempar diadakan pada hari ini. Kak Mini mula gelabah, Amnah pula mula membuka Al-Quran, Ada juga yang mulut berkumat-kamit seperti cuba mengingati apa yang dihafal ataupun menyumpah ustaz yang langsung tidak memberitahu lebih awal tentang ujian bulanan yang akan diadakan pada hari ini.
“Ain, kau dah hafal ke juzuk 2?” Imah disebelah Ain mula menggelabah macam kucing hilang anak. Air peluh didahi Imah mula kelihatan. Ain menggelengkan kepalanya, mulutnya muncung sehinggakan boleh sangkut baju kat mulut Ain.
“Habis tu macamana? Kau ada idea?” Imah berbisik kepada Ain. Ain geleng sekali lagi, no idea. Mana mungkin dia sanggup untuk ponteng ujian bulanan kali ini, sudah pasti ustaz muda ini tahu akan helahnya.
“Nak tak nak kita kenalah jawab ujian kali ini” Ain menjawab sambil wajahnya ditundukkan ke meja. Ain jarang kelihatan seperti ini. Ain tak yakin dia boleh menjawab ujian bulanan kali ini. Kebiasaannya, dia akan berjaga malam untuk memastikan dia bersedia menghadapai ujian.
“Baiklah kelas, hari ini saya akan adakan ujian bulanan kepada kamu semua” Ustaz muda tersenyum simpul.
“Tapi ustaz kenapa ustaz tak bagitahu dahulu semalam. Bolehlah kami bersedia” Mek Nin bertanya kepada ustaz. Ini adalah salah satu taktik agar ujian bulanan kali ini ditanggguhkan dahulu.
“Biasanya Ustazah Asiyah akan bagitahu sehari sebelum ujian bulanan” Cek Pah pun menyambung menguatkan lagi taktik Mek Nin. Semua mengangguk kepala, tanda bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Mek Nin dan Cek Pah.
“Itu ustazah Asiyah, Ini saya Ustaz Zulkarnain sepupu ustazah asiyah” Walaupun jawapan yang dikeluarkan oleh ustaz Zul agak tegas tetapi nada suaranya tidak menunjukkan ketegasan bahkan gaya dia bercakap seperti memberi penjelasan kepada kanak-kanak sekolah rendah. Tambahan pulak senyuman yang manis dan lesung pipit di pipi yang begitu menyerlah apabila ustaz Zul bercakap apatah lagi ketika dia tersenyum.
“Baiklah, bila saya kata buka kertas soalan baru kamu buka dan saya nak kamu semua siapkan menjawab soalan ini semua dalam masa setengah jam. Setengah jam lagi kita akan buat kuiz” Ustaz Zul mengedarkan soalan ujian bulanan dari meja ke meja. Hanya sehelai sahaja soalan dan dua helai kertas kajang untuk menjawab. Tiada sesiapa yang berani mencuri melihat soalan apa yang ditanya pada ujian bulanan kali ini. Huda yang duduk dihadapan sekali seperti mendoakan sesuatu sambil menadah tangan seluas-luasnya.
“Baiklah kamu boleh buka dan mula menjawab sekarang” Arahan yang diberikan oleh ustaz Zul dipatuhi oleh seluruh kelas. WajahAin yang pucat sebentar tadi kini beransur normal. Imah yang tadi seperti hendak menangis kini ketawa keseorangan sambil menjawab soalan tersebut.
***************************************
Ustaz Zul pula berjalan dari satu baris ke baris yang lain. Memantau pelajar-pelajar menjawab soalan bulanan kali ini. Dia agak tertarik untuk mengacau seorang pelajar didalam kelas ini, pelajar ini agak sempoi tetapi ada tarikan yang membuat dirinya agar sentiasa memerhatikan gelagat pelajar tersebut. Dalam kekalutan masih lagi berlagak cool, ego lah tu.
Dia melihat seluruh pelajarnya menjawab soalan dengan tekun dan begitu lancar. Wati pelajar yang duduk belakang sekali kelihatan seperti sedang mengingati ayat hafazan sambil mulutnya berkumat-kamit tak ubah seperti bomoh yang membaca mentera. Ustaz Zul tersenyum seorang diri.
‘ish apa la yang dijawab budak ni’ Dia tundukkan kepalanya untuk melihat jawapan pelajar yang menarik perhatiannya. Wajahnya tak ubah seperti seseorang. Pelajar itu perasan akan tindakannya cepat sahaja dia menutup soalan dengan lengan dan badan. Menyebabkan niat dihatinya untuk mengintai jawapan pelajar tersebut terbantut.
‘ala nanti aku tengok jugak jawapan kau tu’ hatinya geram melihat reaksi pelajar tersebut.
Ustaz Zul kembali ke mejanya. Duduk sambil menulis sesuatu didalam buku catatan mengajar. Buku catatan mengajar perlu diisi oleh semua guru-guru dan hendaklah dihantar ke pejabat ditempat yang telah disediakan. Pengetua akan memeriksa semua buku tersebut setiap petang selepas habis waktu persekolahan. Seawal jam 7 pagi, buku tersebut hendaklah diambil oleh guru dipejabat, mana-mana guru yang gagal mengambil kembali buku catatan sebelum jam 9 pagi akan dikira tidak hadir mengajar melainkan ada hal yang menyebabkan datang lewat ke sekolah.
***********************************************************
“masa untuk kamu menjawab soalan sudah tamat. Ain tolong kutip semua jawapan” Syikin yang mula bangun hendak mengutip soalan duduk kembali apabila bukan dia yang diarahkan untuk mengutip jawapan.
‘awat aku pulak kena kutip. Teruk betullah ustaz ni’ hatinya membentak kegeraman apabila dia yang disuruh mengutip semua soalan.
‘ustaz ni tak leh langsung tengok aku senang. Tadi boleh pulak dia nak mengintai jawapan aku’ Ain geram dengan tindak-tanduk ustaz Zul yang sudah mula pandai nak menyakatnya.
‘Rugi jugak aku tak beri dia tengok jawapan aku tadi. Mana tahu ustaz betulkan yang salah. Rugilah kau Ain’ Hatinya merasa rugi akan tindakannya menutup jawapan dengan lengan dan badannya apabila ustaz Zul mula menundukkan kepala melihat ke jawapannya tadi.
Semua kertas soalan kini dihadapan ustaz Zul, Ain berjalan kembali ke tempat duduk.
Tiba-tiba…..
…………………………..Bersambung…………………………….
No comments:
Post a Comment