Wednesday, May 26, 2010

Entry melalui CT CS4....

Huhu ini adalah trial aku yang pertama untuk menggunakan Ct sc4... lambat sikit... tapi best gak coz aku boleh nak pak dengan jelas dan bagaiman nak adjust entry aku kat blog..


Kembali meNERJAH

Asslamualaikum…. J

begitu lama kau tak meng'update' blog ni… ramai kengkawan dah bagi signal ( perasan ramai peminat… opppssss ada aku kesah???).

whatever lah … jom kita check kembali apa yang aku lakukan sepanjang beberapa minggu yang lalu…

APRIL

9hb = hantar paper project untuk di jadikan buku.. seronok dna berdebar.. beratus jugak lah habis. apa taknya buku setebal lebih dari 160 muka surat perlu di bukukan sebanyak 6 buah

  1. penyelia
  2. pemeriksa
  3. jabatan
  4. library utama
  5. JPA
  6. diri sendiri

alamak labu… bukannya murah… kena plak print out yang ada color dah kena guna color.. budget beb… beratus jugaklah berabis. harap sangat dapat balik duit dari JPA dan juga dapat A.

12hb= hantar paper project… inilah saat2 yang dinanti-nantikan oleh semua penuntut tahun akhir. termasuk aku juga. siap berdoa dihadapan penyelia.. terima kasih banyak2 kepada dr ishomuddin sulaiman ilyas yang merupakan penyelia aku dan juga pensyarah jemputan jabatan siasah syar'iyyah.

13hb= aku masih lagi kat UM walaupun ramai yang dah pulang ke kampung. apa taknya. banyak asgment yang aku tak siapkan lagi.. today siapkan islam dan ideology.

14hb= pepagi lagi dah kuar ke PPZ (singakatan kepada perpustakaan Za'baa).mencari bahan dan juga isi untuk sistem pentadbiran islam (kumpulan). tajuk apa ye… oh kepimpinan islam.. akhirnya si effa yang siapkan (thank u effa .. akak sayang kamu)

15hb= hari tu pun macam semalam… ke PPZ siapkan asgment yang netah bila akan siap…. dapat plak sms dari si effa minta buatkan qiyas….. huhuhu ….. al-kisahnya..bila kura pepagi dgn perut kosong… alamatnya… kepala ku akan pening dan rasa nak pengsan. nasib baik bawak coklat dan air kosong dalam beg. coklat seinci jadi alas perut aku yang dah kekosongan tu untuk satu hari.

16hb= hantar semua asgment dan pulang ke KG.. seronok beb.

16hb-4 mei = perjalan hidup pelajar yang menghadapai exam…. sangat tension dan jiwa kacau sokmo….

5hb mei- 26hb= kemas buku-buku di rumah sewa di p.permai….


ni sebahagian buku aku yang dah diikat dan diletakkan dalam keta bahagian belakang tempat duduk.. penuh ruangan belakang tu.

bawak pulang kerumah… mak siap sound " wei….ini nak jual buku ke?"… aku sengih je la … siap jawab lagi beb "hehehhe duit mak jugak"….

dua kali round la dari kl – Pahang mengangkut harta karun aku yang tak berapa laku…..

mak kata "kau tahu tak.. semua bilik dalam rumah ni ada barang ko k.lang…. bawaklah insaf barang ko dah berlambak kat dalam rumah ni"….

aku "betul ke? hehehhe… biasalah…."

sekali kena ketuk kepala dengan mak aku… muncung dua puloh inci mulut aku kepala kena ketuk dengan mak (hahahaha lawak je… lawak ke? x kelakar pun)…..


 


kek madehand aku.. perasa oren… sipa aising beb.. boleh jual mak aku kata


di deco aku sendiri k…. siap ada nama adik aku yang kecik sekali ( x berapa kecik la)


eh… nama aku pun ada gak …..


HEPI MOTHERS DAY…. SORY LA MAK AWAL DUA HARI….


inilah rupa kek aku dari dalam….. SEDAP……


 

Esok paginya adik aku dah bersiap dengan kuda merah dia …. bertolak dari Pahang ke Kedah….naik kuda inilah….



 

Aku pulak bersiap2 tengahari sabtu dan pi ambik anak buah kesayangan aku si AFIQAH…..

petang tu sms si Effa ajak dia dinner…. tapi dia dah pulang ke KG…

aku pun ajak la si Aisyah ana pak tohid…

konon nak makan sedap… bertolak dari UM jam 10 malam…

jumpa kedai makan jam 12 malam

<sesat dua jam… asiyah naik lapar… AFIQAH siap tido kat seat belakang..>

ini makanan yang kami pesan

spageti olive oil…. BIG PLATE


bayak tol seafoodnya… yummi2


 


muka asiyah yang kekenyangan


ni pulak muka budak yang mengigau makan jam 12 tengahmalam… hahha makan spageti…


 

setiap minggu berehat ini penuh dengan aktiviti ….. 1. bina badan ….2. bina badan lagi… 3. driver utama mak……4. pembantu tetap kak long aku….

minggu kedua lepas exam aku dah kena pi rumah along di sungai besar… dia wat kenduri… so siapalah lagi menjadi pembantu tetap dia? akulah…. the lovely sister.. hahaha

still menyibukkan diri dengan membantu kakak dan emak di rumah…. kemas itu dan ini… kak long dan mak wat keputusan untuk jadikan bilik tido aku sebagai mini library (ini adalah kerana buku aku yang terlebih banyak berbanding adik-beradik yang lain)….. so kenalah kemas…..


 

Aktiviti Sampingan

  1. 27 hb mei = pi ganu kahwin si ummu(rasanya tak dapat pi…. coz ada orang tempah aku untuk tolong kenduri kahwin)
  2. 29 hb mei = ambik si budak kecik… AFIQAH… di DARUL HUFFAZ
  3. 30hb mei = reunion MADA…. dan pi IKEA (mau cari perabot… HANIN TEMAN KEN BOLEH?)
  4. 31hb mei= balik KG… coz jam2 petang nak hantar mak pi BELAJAR NGAJI….
  5. 6hb jun = ambik AFIQAH di DARUL HUFFAZ dan bawak dia pulang ke sg besar….
  6. 7@8hb jun = mengambil barang PENTING kad kedai bunga…
  7. 12hb jun = pi JOHOR kahwin kak YUS
  8. 14hb jun= EFFA janji nak belanja maaaaaa (ingat effa)
  9. 15hb jun= mencari barang yang penting…
  10. 16hb jun= kemas bilik dan siapkan bahan-bahan
  11. 20hb jun= MY BIG EVENT……


 


setakat itu sahaja yang aku sempat tulis… rasa sangat penuh….

Tuesday, May 25, 2010

Aku Ada Kamu….

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,

Kau suluhkan sinar petunjuk,

Di kala ku kesedihan,

kau ukirkan senyuman,

Dengan penuh sabar memujuk,


Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.


Andai hari esok langit akan runtuh,

Tabahlah menjunjung bersamaku,

Andai hari esok dunia gelora,

Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


Di kala aku tak pasti,

Kau tampil dengan berani,

Membimbing agar lebih yakin,

Dan bila hidup penuh soalan,

Kau berikan jawapan,

Melengkap semua kekurangan...


Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,


Andai hari esok langit akan runtuh,

Tabahlah menjunjung bersamaku,

Andai hari esok dunia gelora,

Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


Tidak mungkin diri ini mampu,

Hidup tanpa doronganmu,


Andai hari esok langit akan runtuh,

Tabahlah menjunjung bersamaku,

Andai hari esok dunia gelora,

Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.