Tuesday, September 29, 2009

~Sory lambat Wish~


Assalamualaikum...
Dah seminggu lebih kita menyambut hari lebaran Aidilfitri. So, nak tanya kepada semua sahabat.. dah start puasa enam ? Aku yakin dan pasti ramai yang dah mula puasa enam.
Bila cerita pasal raya, banyak tragedi yang berlaku masa raya tahun ni. Tapi nantilah aku ceritakan dan kongsi bersama korang...

Yela... masa raya nilah kita bermaafan.. betul tak? Aku terlupa sesuatu la.. Hadiah untuk semua sahabat dan pelawat blog aku yang ntah apa-apa ni. ( harap korang sukalah) ... jeng. jeng.jeng


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Suka tak?... Hehehe bukan aku yang buat tau... just copy and paste... Tapi yang pastinya aku dah wish ke korang semua.

CHOW CHIN CHOW

Monday, September 28, 2009

Di Mana Akhirnya? wahai sahabat...

Patah Hati
Ketika kalian semua seronok menyambut kemeriahan aidilfitri bersama insan tersayang, kawan baik aku merasa sangat sedih. Sedangkan bagi aku dia akan gembira dengan kepulangan insan yang telah lama dia nantikan dalam menyambut lebaran ini.

Kepulangan insan tersayang bukan untuk menyatukan dua hati yang telah lama berjauhan, diusik rindu, mencengkam jiwa dan raga. Kepulangan kekasih hati untuk meminta sebuah pengorbanan yang tak mampu ditanggung hati dan jiwa.

Ketika...
sahabat aku menyambut Aidilfitri tahun ni, airmata yang menemani malam-malamnya. Mengimbau kembali detik-detik diri menahan kerinduan kekasih hati diperantauan. Mengingati bait-bait doa yang tidak pernah lekang dari bibir dan solatnya, agar kekasih hatinya sentiasa sihat dan pulang dengan sebuah kejayaan buat keluarga yang tercinta. Mendoakan kekasih hati menjadi anak yang soleh, mentaati ibu dan bapa. Malam-malam sahabatku kini disulami kenangan lampau bagi mengunbati jiwa yang kesedihan.

Pengorbanan apa ini?? Selepas 5 tahun dipisahkan jarak masa dan tempat ini pengorbanan yang dipinta. Selepas 5 tahun sahabatku tanggung kerinduan, menantikan saat disatukan dan melukis lukisan kehidupan masa depan mereka. Pengorbanan ini yang ditagih. Mengapa tidak dahulu? 5 tahun lepas? Kesetiaan sahabatku langsung tidak dihiraukan. Masih adakah lagi Kisah ibu mertuaku yang tidak merestui perkasihan yang tidak sama darjat? Aku ingat itu hanya kisah, tapi tidak... orang yang berintelek mampu menjadi siibu yang tidak memahami perasaan insan yang sama jantinanya.

Kerana DARJAT, PANGKAT, NAMA, DAN SEGALANYA sahabat aku digesa agar meninggalkan anaknya. Sekiranya sahabatku masih lagi meneruskan lagi perhubungan ini, siibu pinta kembali duit yang telah dicurahkan untuk pelajaran anaknya. Mana sahabatku mampu membayar duit itu untuk menebus kekasih hati? Hatinya berat melepaskan dan membenarkan hati yang telah dikunci buat insan yang dikasihi. Ini pula balasannya diatas kesetiaanya.

Aku benci.... mengapa ada insan yang mampu mengguriskan hati sahabatku? merobek kesetiaan yang disemai menjadi bukit? Dimana sifat insani seorang wanita, ibu? Bagaimana rasanya sekiranya ibu sahabatku tahu akan perkara ini? Pasti hatinya geram mengapa ibu kekasih hati anaknya mampu buat begini. Fikirkanlah... sekiranya anak perempuan dia mengalami apa yang dialami oleh sahabatku? Apakah dia mampu menanggungnya.

Sahabatku... lapkan airmatamu yang jatuh kepipi. Tabahkan hatimu menghadapi segala ini. Redhalah ketentuan tuhan, aku pasti dikau pasti menjumpai insan yang lebih baik dari kekkasih hatimu. Insan yang mampu membahagiakan jiwamu. Aku tahu kau begitu sayang dan cintakan kekasih hatimu. Tapi kau tak mahu kan melihat insan yang kau kasihi menderhakai ibunya kerana dirimu. Pasti kau mahu kekasih hatimu menjadi anak yang soleh dan dikasihi oleh keluarganya.

Kekasih sahabatku... Ketahuilah sesungguhnya sahabatku begitu menyintaimu. Menyayangi dirimu. Merinduimu ketika kau disana. Sentiasa dia mendoakan dikau pulang membawa sebuah kejayaan. Setiap kali membeli hadiah atau barang tidak pula sahabat ku lupa membelinya untukmu. Sahabatku sentiasa mahu kau merasai kegembiraannya disini. Agar kau disana tidak kesunyian dan merindukan tanah air. Andai benar kau cinta dan sayang sahabatku, pohonlah petunjuk illahi, jangan kau hancurkan harapan sahabatku yang telah lama dia bina buatmu.

Ibu kekasih sahabatku... tiada apa yang hendak aku katakan.. Janganlah lukakan hati sahabatku. Dia tak mampu menanggung keperitan perpisahan dan juga pengorbanan yang kau pinta. Letakalah dirimu ditempat sahabatku. Bagaimana rasanya? Penantian yang disangka bahagia ini pula kau beri padanya. Maafkan atas kekasaranku. Aku hanya mahu mempertahankan sahabatku..

Dimana akhirnya kesedihan, keperitan dan kelukaan sahabatku? Kerana pangkat dan nama sahabatku diketepikan....Dimana penawarnya?


Saturday, September 26, 2009

~ Ketika Cinta Bertasbih ~


Kali pertama aku dengar lagu ni, macam ada satu rasa dalam jantung aku ni. Aku memang suka dengar muzik, and bila aku dengar lagu aku akan pastikan aku faham makna lagu baru aku nak nyanyi ataupun aku nak hafal.
So aku ank kongsi dengan Korang dengan satu lagu ni, FUUUUHHH cukup menusuk hati aku. Aku ni bukan bagus sangat, nak kata jadi ulama' tak sampai dah. Nak jadi tok imam solat kat masjid pun tak lepas hehhe... Aku ni insan biasa je.

Okey la lagu ni best... aku nak korang faham dulu liriknya k.


Ketika Cinta Bertasbih
Melly Goeslaw feat amee

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta


Tuesday, September 15, 2009

-HADIAH SEMPENA 10 MALAM TERAKHIR RMADAN-



Beberapa hari yang lalu ada seorang HambaAllah tanya ke aku. Betul ke blog ni aku punyer?. Aku jawablah "ye. kenapa?" Dia pun kata kenapa x ilmiah blog aku?. Aku pe lagi ternganga la nak menjawab, aku pun katalah "dah banyak sangat blog yang ilmiah. Ni blog untuk orang ramai lepas tension"(jawapan mudah.. hehehe). Aku ingat dah diamla mamat tu nak bertanya, Dia pun kata "Kalo nak wat blog lepas tension letaklah dalam blog ni doa dan zikir. haaaa.... aku pun
apa lagi gelabah la. Yela aku ni siapalah kalau nak di bandingkan dengan mamat macam ustaz kat masjid rumah aku tu.

So, bagi meraikan mamat yang tegur hari tu. Ni hadiah buat dia dan semua rakan-rakan (harap-harap dia akan jadi pemint blog aku.. hahaha perasan tol)

DOA DI MALAM HARI

wahai yang maha rahman dan rahim....
wahai hakim yang adil
wahai yang maha indah
wahai maha raja yang kekuasaan nya tiada sirnah
wahai yang ada dan tak akan pernah berakhir
ku mohon pada mu dengan pengharapan yang paling berharap...
bagai nelayan yang dihantam gelombang badai dan hampir tengelam..

oh tuhan ku..
Ampunilah segala dosa-dosaku
Ampunilah segala dosa kedua ibu bapa ku
hanya keampunan yang dapat menempatkan aku serta kaum keluargaku dalam kalangan orang yang soleh.

Oh Tuhanku...
Dosaku menggunung tinggi
tak terpikul bahu ini memikulnya,
tidak tergamak hati ini
meminta syurga nan indah,
namun tak termampu ku tahan seksa neraka
jahanam,
maka itu...
Ampunilah segala dosa-dosaku
tunjukkan aku jalan yang KAU redhai
berilah aku insan yang mampu memimpin aku hampir dengan diriMU


oh Tuhan ku.........
dengan kebesaran dan keadilan Mu
ku mohon jangan musnahkan umat manusia ini.....
dengan wabah penyakit,kelaparan,bencana alam dan perang ideologi
yang di ciptakan oleh mahluk durjana.

oh Tuhan ku.... bukalah topeng-topeng para penjahat yang bersenbunyi dipakaian-pakaian agama dan nasionalisme...
musnahkanlah rekayasa mereka yang membuat umat manusia saling membenci dan saling menyerang....

wahai yang maha Esa...
esakanlah bumi ini dengan cinta...
cinta yang tidak mengenal dendam,permusuhan,segala
perbedaan dan batas-batas wilayah....
cinta yang membuat bumi menjadi satu negara dunia,hingga damai dan indah untuk di tempati......

dengan cinta Mu kumohon musnahkan hasrat menguasai dan penindasan sesama umat manusia..
siapa saja yang bermaksud melemahkan,memiskinkan,membodohi,menjajah dan melenyapkan sebuah ras,bangsa dan agama dari keyakin umat manusia maka gagalkanlah agresinya....
wahai yang mengerakan hati manusia
gerakan hati pemimpin dan mantan pemimpin kami untuk selalu menjadi yang terbaik dan benar dalam memimpin umat
berikan keberanian untuk taubat dan mengembalikan harta kekayaan rakyat.

kupanjatkan doa dan pengharapan ku
andai ini adalah ramadhan terakhirku
maka ampuni segala dosa dan khilaf ku
dan terimalah amal ibadahku
Wahai yang maha pengampun dan maha penyayang.
Amiin.................

~Nur KAsih-TV3... Best~


Korang pernah tonton citer NUR KASIH di TV3 tak?. Jangan la kata kat aku yang korang tak minat tengok TV, kalau betul la korang x tengok rancang TV gerenti korang pernah tengok TV kan?(hahahaha dah kena). Okeylah aku nak kata, time citer ni mula bersiaran kat TV3 aku langsung tak berminat dengan kisah macam ni (aku agak dah jalan ceritanya)....rupanya
sangkaan aku salah. Jalan cerita yang berlainan dan background tapak pengambaran cerita ni sangat menarik.

Aku akuilah apabila seorang lelaki yang sudah punyer kekasih and then kena paksa kahwin dengan wanita lain pulak. Memang laki akan memberontak, Yela kejantanan serta keegoan lelaki pastilah tercabar kerana perkara macam ni.

Bagi aku, cerita ni best bukan sebab pelakon wanita (nuramina) yang sopan dan lawa dan bukan sifat 'ustaz' si Aidil. Namun, citer ni aku dapat ambik kalo cinta kerana Allah dan mendapat keredhaan kedua ibu bapa pasti akan bahagia.

Sekarang ni baru episod 16 rasanya. Aidil macam dah jumpa pengganti si Nuramina, Aliya (Ayu Raudah). Yela krakter si Aidil ni memang la patut jatuh hati dengan wanita macam tu.

TAPI... Aku sangat kesal, pelakon-pelakon dalam cerita ni, terutama yang pegang watak utama, sebenarnya tidak bertudung. Kalau si Aliyah tu memang la kat luar ber'nikop' aku memang cairlah(mata dia time bernikop ni memang cantek tahap cipan). Kan cantek lagi kalau di nuramina tu memang bertudung, bertambahlah keayuan dia.

So, kisah macam ini hanya akan sedap ditonton sahaja. Kan lebih baik pengarah mengambil wanita yang sememangnya sudah bertudung dan pandai baa Al-Quran serta mengetahui agama. Ini kerana penghayatan yang dibawa oleh pelakon akan dapat dihayati oleh penonton.

Ini sekadar pandangan.

CHOW CHIN CHOW

Monday, September 14, 2009

~Minta Ampum~

Assalamualaikum...
Aku@Kami nak mintak maaf sangat-sangat kerana dalam dua tiga hari yang lepas tak sempat nak up date blog. Di sebabkan banyak tugasan yang perlu diseleasikan. InsyaAllah hari selasa saya@kami akan mula meng'up date' kan blog ni.

hehhe

CHOW CHIN CHOW


Friday, September 11, 2009

~ Tak BerTajuk ~ Part 2

(sambungan part 1)
“eh, kau lukis apa pagi-pagi ni Lim?” sambil tangannya memperlahankan radio.
“lukis gambar bangunan”. Along mendekati Halim, memerhati bangunan yang dilukisnya.
‘macam pernah je aku tengok bangunan ni, tapi dimana ye?’
“bangunan apa ni?” along cuba mengingati dimanakah bangunan tersebut.
“ala along… bangunan ni….”

**********************************************************************

Lakaran bangunan yang dilukis oleh Halim masih lagi terbayang-bayang dibenak fikirannya. Bangunan itu telah lama dia dan adiknya, Halim tinggalkan. Itu bukan bangunan mewah seperti dibandar Kuala Lumpur ini, bangunan itu sungguh buruk. Ia bukan bangunan tetapi rumah yang tidak serupa rumah. Kawan - kawannya pernah mengejek rumah itu kalau angin ribut pun boleh terbang. Itulah teratak usang yang menyimpan seribu memori. Walau disana hanya seketika cuma, namun teratak itulah menjadi saksi gugurnya jujuran air mata mereka berdua. Teratak usang itu jugalah yang menyaksikan penderitaan hidup mereka. Sudah seadab rasanya meninggalkan teratak itu, membiarkan teratak itu terkubur bersama orang yang mereka kasihi. Teratak itu juga saksi kepada sebuah perjanjian along dan ....

'Along lupakan perjanjian itu' bisik hatinya.

'Tapi?' satu suara muncul didalam hati, ragu.

'Lupakan je along, lupakan perjanjian itu. Lagipun kau takkan kembali ke teratak itu pun kan?'

'Tak boleh. Ingat kau adalah orang jujur dan sentiasa menepati janji'

'Macamana nak tepati janji? Sedangkan kau time tu kecik lagilah. Takda yang akan ingat janji - janji budak hingusan macam kau ni?' suara pertama mempertahankan.

'Suatu hari dan ketika kau pasti akan tepati janji kau' suara satu lagi tak mahu mengalah rupanya.

'Agaknya time tu kau akan menyesal kerana orang tak ingat akan perjanjian tu'

"Ya Allah" keluh along sambil meraup wajah yang kebingungan itu.

"Apa nak jadi dengan aku ni?" keluhnya lagi.

TUK TUK TUK

" Along mari turun makan. Mama dah siapkan makan malam ni".


" Baik ma. Nanti Along turun". sahutnya. Kelam - kabut dia menyeka air mata yang tersisa dipipinya.

'Mama tak boleh tahu kau menangis' bisik hatinya.

Dia percepat langkahnya ke bilik air, meneliti wajahnya dicermin.

"OK. Tapi jangan lewat sangat. Mama tengok muka abah dan Lim dah macam tak tahan tu"
mama memang pandai mendesak tanpa siapa sedari.

"OK. Along turun dalam 2 minit lagi." Jawabnya agar hati mama puas.

bersambung....

Udang Masak Tomato + Pedas... cubalah



Semalam turn aku masak, punyer la aku dok fikir nak masak apa?. Nak masak telur, dah tiap-tiap hari makan telur. Boleh jadi muka telur aku ni( xke angin kus kus aku bau telur, ish x senonoh betul mamat ni). So, aku pun bantailah masak. Almaklumlah orang bujang. Nak kata profesional dalam masak memasak ni xla, tapi ada gak gaya chef (hahaha perasan tol). Okey, aku tak nak buang masa lagi, Jom kita masuk dapur....


Bahan-bahan :-
1/2 kilo udang
4 ulas bawang putih (dimayang)
6-7 bawang merah (dimayang)
1 biji bawang besar ( ikut suka korang la)
3-4 sudu besar cili giling
1/2 tomato dipotong dadu kecik-kecik (kalo korang punyer tomato sos habis, mcm kat rumah kau ni)
1/2 biji tomato dipotong empat atau enam
1/3 carrot
minyak masak
garam gula
sedikit air


Cara nak wat pulak:
1) masukkan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah
2) masukkan cili giling, tumis sampai garing
3) masukkan tomato @ sos tomato
4) kalo guna tomato masak lama sikit, coz kita nak jadikan dia paste tomato.
5) sekiranya kering tambah air dan biar sampai pekat @ tomato yang dipotong dadu tu dah hancur. Jangan lupa masukkan juga carrot(agar lembut).
6) lepas tu masukkan udang yang telah dibasuh
7) kacau hingga rata sekiranya nak kuah tambahkan air
8) masukkan garam dan gula secukup rasa
9) bila dah menggelegak dan nampak pekat masukkan tomato yang dipotong 4@6 dan bawang besar
10) kalo dah ok rasanya dan masak. Angkat masuk dalam pinggan.
11) jangan lupa tutup api di dapur k.

p/s: korang try la. kalo jadi bagitahulah. Kalo tak jadi, korang pandai-pandai la oter.


CHOW CHIN CHOW
~SELAMAT MENCUBA~




Wednesday, September 9, 2009

Hobi tidur lepas Subuh...


Tidur lepas subuh? Jangann kata korang tak pernah atau pun korang tidak berminat langsung nak tidur selepas Subuh. Mak aku ada kata yang tidur lepas Subuh ni boleh buat kita malas dan rezeki lari. Betul ke? Bagi aku biasalah anak-anak muda (macam aku) tidur lepas subuh. Yela waktu tu rasanya amat nyaman sekali, mimpi pun time tu best-best (hehehe).
Tetapi kerana tabiat ni.. aku
mengalami satu peristiwa yang tidak dapat aku lupa. Apa taknya, macam biasa lepas baca ma'thurat aku akan berdampingan dengan baby aku(bantal busuk) sambil baring-baring di toto. Dan pada hari tu pulak, aku nak pi jumpa orang jam 8 pagi. Punyer la aku ni tak boleh nak tinggalkan tabiat buruk ni, ada date pun aku boleh belasah membuta lepas Subuh. Yela, aku dah pasang niat nak bangun jam 7 pagi untuk bersiap-siap. Korang tahu apa jadi? Aku dapat agak dah korang mesti tau punyer la. Aku bangun Jam 8 pagi, aku apa lagi kelam - kabut sampai pagi tu aku rasa macam mandi tak basah dan... ( aku rasa aku tak gosok gigi, hehehe).

Aku jumpa gak orang yang nak aku ketemui tu, tapi jam 9 pagi la. Haila..bila aku jumpa je, takut giler rasanya aku bila tengok muka dia yang tengah puasa sunat tu, nampak macam harimau yang tengah lapar(nasib baik puasa, kalo tak mati aku dia telan). Aku pun apa lagi mintak maaf dan ampun la, tetiba je dia gelak ke aku. Korang tahu apa? aku jumpa dia dengan pakai seluar tido gambar ultraman. Patutlah aku rasa mandi tak basah, rupa-rupanya aku tak mandi pun pagi tu.

Jadi, aku pun kena leter la sampai 2 jam. aku rasa dah insaf nak tidur lepas Subuh (insaf sekejap kot ,hehehe). Korang nak tahu aku jumpa dengan sapa tak? Aku jumpa dengan bakal majikan aku la. lepas tu dia siap bagitahu jangan tidur lepas Subuh kalo dah kerja(baik bos!). Dan untuk pengetahuan korang, bos aku ni memang baik sebab bos aku ni ialah My oldest sister.

Dan aku sampai sekarang tak insaf lagi untuk tidur lepas Subuh... dan hari ni peristiwa bangun lewat berlaku kembali. Aku terpaksa mengadap muka lecturer aku lepas zohor ni.(nak bagi alasan apa ye?)

CHOW CHIN CHOW


Monday, September 7, 2009

~True LOVE ~


oiii jangan nak gelakkan ke aku bila aku nak bincang bab true love ni. Aku ni tahulah jugak sikit-sikit bab cinta ni. Korang mesti pernah dengar istilah 'CINTA MONYET' kan? (monyet bercinta ke?).'CINTA ITU BUTA' (buat orang celik ), dan macam-macam lagi. Bila soal CINTA pasti semua dok terfikir cintakan makwe atau pakwe (bagi yang bercinta), bagi yang tak jumpa-jumpa pakwe @ makwe makanya ibu bapalah cinta mereka.

pernah ke korang terfikir
cinta itu bukan hanya pada orang yang kita biasa bersama dan tak pernah bersama, namun kita mengenalinya. Kita mengetahui kisahnya dan kita kita sering mengingatinya. Pengorbanan dia kepada kita sangat besar berbanding ibu dan ayah kita. Kalau tanpa dia entah kita ini beragama sialm atau tidak? Korang pasti dapat agakkan siapa yang nak aku katakan ini?. Ya! dialah Rasulullah, rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah buat hamba-hambanya.

Ha tengok! tanpa kita mengenalinya pun kita dah boleh jatuh cinta dengan perjuangannya menepuh segala onak duri untuk Islam sampai ke seluruh umat manusia. Bahkan sebelum baginda wafat dia mengingati kita semua. Sungguh mulia hatinya dan begitu sayangnya baginda kepada kita. (SO, korang sayang tak kat RAsulullah? kalo sayang selawatlah selalu).

Alamak!!! aku kalo cerita bab cinta sebenar ni memang aku akan rasa cinta aku sepatutnya untuk RAsulullah dan Allah serta ayah bonda. Tapi fahamla kita hanya manusia biasa yang punya kemahuan mempunyai pasangan dan berkasihan ( aku nak gak, walaupun orang kata aku hati batu). FITRAH semua itu la ( kata kawan aku), memanglah fitrah manusia nak berkasihan, tapi macamana? Sedangkan ustaz / ustazah ( cinta ana enti) pun boleh terjebak permainan perasaan yang melampau.

So, kita perlukan satu kayu ukur (bagi akulah) nak menentukan cara bercinta yang tak langgar syarak dalam era globalisasi macam ini. Agar orang bukan Islam dan orang yang kurang faham Islam dapat terima kaedah bercinta ini dan aplikasikan dalam kehidupan mereka.

Kalau mak aku kata tak payah bercinta sebelum kahwin. Tapi zaman sekarang ni bukan macam zaman dahulu semua lelaki boleh dipercayai dan bukan semua wanita itu baik budi pekerti. Sebab aku ada jumpa orang yang kahwin tanpa cinta pada zaman ini, laki dia boleh simpan perasaan kat orang lain dan rupa-rupanya isteri dia bukan baik macam yang dicanang. Last sekali mak lelaki tu pulak yang merana sebab menantu pilihannya tak menepati citarasanya jugak. Sebelum kahwin lain dah kahwin lain (tapi aku rasa tak banyak la).

yang aku nak cari bukan kaedah bercinta untuk orang dah tahu dan sememangnya menjaga syarak, tetapi kaedah bercinta untuk orang tak faham dan kurang agama ni agar mereka dapat menerima cara bercinta mengikut Islam.

Korang yang layan blog aku ni harap bagilah cadangan, just cadangan dan pendapat korang ( takda yang salah atau betul).

CHOW CHIN CHOW


Ampun AKu KAwan !!!


Assalamualaikum...
korang masih ingat lagi tak tajuk artikel aku yang ni "sedih + + + geram kat lelaki"?
sebenarnya aku nak mintak maaf kepada sesiapa yang terasa atau kisah aku tu menyentuh sensitiviti perasaan mereka.
Pagi-pagi lagi aku terima panggilan yang menyatakan statement aku tu sebenarnya salah. Okey aku terima, dan aku nak minta maaf. AKU MINTA MAAF & AMPUN.
Dan ada yang perlu aku perbaiki ni, sebenarnya
kawan aku tu x clash pun. Aku tersalah faham la pulak. Kawan aku ni sebenarnya setia tahap cipanla dengan Awek dia tu. Cuma almaklumla... kawan aku ni anak yang soleh dan tak pernah mengingkari kata - kata dan kehendak ibunda tercinta. Kawan aku naik pening mana satu pilihannya. Rupanya aku tersalah dengar ke tersalah faham ke ?korang faham tak?. kalo korang tak faham aku lagi la tak faham ( ha haha ha).

So, bila dapat tahu mereka masih lagi bersama, tapi tak tahu macamana nak teruskan perhubungan ni. Aku berharap sangatlah kawan aku ni jadi lelaki yang gentleman (macam super hero aku la , Faizal Tahir). Berbincanglah dengan mak dan ayah dia baik-baik. Kesian aku tengok awek dia, kang merana sapa susah? Aku jugak yang susah. hehehehe ( tak kan awek dia nak jadi bini kedua aku kot? mustahil).

Whatever, doa banyak-banyak ke tuhan agar dibukakan pintu hati si ibu agar dapat menerima buah hati kawan aku ni. Korang pun turutlah berdoa sama. Agar mereka ini disatukan dan direstui perhubungan mereka. Amiiin...

CHOW CHIN CHOW
Assalamualaikum...

Sunday, September 6, 2009

Ayam Lemak Cili Api


.... hu hu hu, baru je tadi kawan aku nak sangat aku masukkan resepi. So, aku pilihla AYAM MASAK LEMAK CILI API. Gerenti pedas, orang kelantan mesti x tahan (orang kata orang kelantan ni tak kuat pedas. Betul ke?)

Bahan- Bahan :-
1/2 ekor ayam
2 ketul kentang
19 biji cili api

2 1/2 inci kunyit hidup
sekotak santan M&S (ikut korang la nak santan jenama pa)
dua batang serai
sekeping asam keping
garam secukup rasa

Cara Masak:-
1. tumbuk cili api dan kunyit hidup sampai lumat. kalo tak cantek nanti kuah tu.
2. titik serai
3. basuh ayam dengan bersih.
4. kecutkan ayam didalam periuk bersama dengan cili api yang telah ditumbuk dan serai yang dititik. kalo suka kentang yang lembut, masukkan sekali kentang dengan ayam yang hendak dikecut.
5. apabila ayam tu dah kecut (masak), masukkan santan. masukkan garam, asam kepin dan daun limau purut.
6. masak guna api yang sederhana, takut nanti kuah tu jadi ketul-ketul.
7. Jangan lupa rasa takut x masin.
8. bila mengelegak, tutup api dan angkat periuk tadi ke dapur lain. Ini kerana takut dapur tu panas dahn boleh wat kuah lemak tu akan jadi tak cantek.

p/s : Bila korang dah try, bagitahulah rasanya ye.


~ SELAMAT MENCUBA~
CHOW CHIN CHOW

~ Hanya Takdir~ 4 palestine


Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi


Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohh ohhhh.

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohhooooo..

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

~ Tak BertaJuk~ part 1

Langit petala manala yang jatuh menimpa kepala aku. Buat aku hangin pagi-pagi buta hari ahad ni. Memekak tak kira masa. Apa dia ingat rumah ni dia duk sorang ke. Bantal aku tarik tutup kedua-dua telinga. Sakit telinga lagu entah apa-apa dari neraka mana la budak-budak ni dengar.
Arrrgh… aku tak boleh nak sambung tidur. Dah la malam semalam aku stay up sampai ke subuh. Baru je lelap dua jam dah ada pulak alien yang rosak akal buat bising.
‘Ni tak boleh jadi , aku kena buat sesuatu’. Langkah kaki keluar dari bilik dan dengan pantas tangan memulas tombol pintu kayu bertentangan dengan biliknya.
“MasyaAllah..
Halim. Apa hal kau ni memekak pagi-pagi buta ni. Tak da otak ek? Aku nak tidur la.” Ditariknya telinga budak lelaki yang sedang menconteng sesuatu di atas kanvas.
“sakit la kak. Along ni tak sporting la.” Sambil mengusap telinga yang kelihatan merah setelah di tarik.
“sporting bapak kau la. Along nak tidur tau”.
“mana la ada anak teruna nak ke kau tu along, kalo lepas subuh asyik membuta je”. ‘Ha padan muka ko along, tarik lagi telinga aku’. Bisik hati Halim.
“ikut aku la”
“eh, kau lukis apa pagi-pagi ni Lim?” sambil tangannya memperlahankan radio.
“lukis gambar bangunan”. Along mendekati Halim, memerhati bangunan yang dilukisnya.
‘macam pernah je aku tengok bangunan ni, tapi dimana ye?’
“bangunan apa ni?” along cuba mengingati dimanakah bangunan tersebut.
“ala along… bangunan ni….”

Oh Anime ... Oh Resepi Bujang...

ada beberapa minggu lagi aku kena hantar web anime aku ke cik hidayah kat kelas hidayah. Pening tol la bila nak nak wat background sendiri. lagi satu...
dah la aku ni x berapa mahir sangat nak masukkan code. Sapa2 yang boleh nak ajar aku dan bantu aku siapkan projek ni harap-harap ada yang sudi memberi bantuan. hahahaha.

Semalam aku baru siapkan banner dan background untuk web aku tu. Lepas tu aku aku ingat yang aku bukan hanya ada satu je web kena siapkan tetapi dua. DUA tahu tak? tetiba je otak aku ni berdenyut rasa macam nak pitam. Walaupun aku memang minat tahap cipan kat anime, tapi nak wat web apsal anime bukan senang. Macam Syed Muzaffar nak naik Soyuz je aku rasa. hahahaha.

Nasib baik ada lagu-lagu Faizal tahir yang menemani aku ni. Bukan tu je Bunkface pun boleh kurangkan sikit otak kepala aku yang tengah berdenyut-dunyut ni. Nak telan Activ Fast aku puasa la pulak. Time berbuka la aku telan. Ni la dugaan bila bulan puasa. Korang rasa la Doraemon pose tak? naruto pose? Ben (watak dalam Le Gardenia) tu pose tak?. Aku harap sangat diorang tu pose. (giler ke aku n i, kartun mana puasa)


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati
(jiwang la pulak aku)

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
(dengan sapa? aku dengan sapa?)

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu
(baik tol aku)


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa
(x da masa nak tunggu orang yang x ingin dgn kita)

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu


Tabik spring la kat mamat Faizal Tahir ni boleh wat aku tangkap jiwang dengan lagu-lagu dia.

Chow Chin Chow... I WANT FINISH MY WEB ~HU HU ~

Friday, September 4, 2009

MaLaYsiA 1 - Faizal Tahir


Ku teguh berdiri tiada lagi ragu
atau gentar
Ku terus berani melangkah
maju ke hadapan Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara
janji ku pada mu, harapanmu
ingin ku laksanakan


kau adalah ilham pada mereka
yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu, semangatku terus
membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

1Malaysia,
kita inspirasi pada dunia Nama kan dijulang,
kita menjadi kebanggaan Satu wawasan bersama bergandingan..

Genggaman tanganmu, semangatku terus membara
janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

ARTIS: Faizal Tahir
KOMPOSER: Audi Mok
PENULIS LIRIK: Nur Fatima

Thursday, September 3, 2009

KetIkA ItU.. EstRanGed


Sedih mulanya
Jikalau kamu tiada lagi di sisi
Wujud bezanya
Keadaan itu bertukar akhirnya
Sunyinya rasa

Yang sebenarnya di sini engkau tiada
Senangnya rasa
Mengingati masa dia ada bersama
Cerminkan aku ketika ini

Yang kaku setelah pecah
Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu

Ku mahu ingati keadaan itu lagi
Senangkah engkauSekiranya tiada aku jelma
Kuatkah kamuKalau tiada menunjukkan arah
Berdirilah kau

Agar yang disebelah kamu bantu
Sedihnya rasa
Hatiku mengundang masa kau masih ada
Cerminkan aku ketika ini

Yang kaku setelah pecah
Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu
Ku mahu ingati keadaan itu

Kelip terakhir
Buat mataku
Kita layari
Cakerawalamu

Hanya sunyi disisiku
Sehingga kita bertemu
Hanya suci ditanganku
Hingga kita bertemu

Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu
Ku mahu ingati keadaan itu lagi

post : 3september 2009 ( 9:08 p.m)

Wednesday, September 2, 2009

SEDIH + + + + GERAM !! KAT LELAKI


hari ni ( 2 september 2009) aku rasa geram dan sedih sangat-sangat kat semua lelaki yang ada kat dunia ni. Dari dulu lagi orang laki ni suka sangat sakitkan hati perempuan. kenapa susah sangat nak cari lelaki yang mamcam rasulullah. Bulan pose ni pun masih lagi buat masalah.

Dan pada hari ini kegeraman aku makin bertambah bila aku tahu kawan aku tinggalkan girlfriend dia yang dah menungggu dia selama 5 tahun. Senang-senang je bagi alasan yang mak dia (kawan laki aku) dah ada yang lain. perrgh !!! panas beb... Aku ni yang geram.. korang tahu tak?. Yela kawan aku tu belajar kat luar negara (NEGARA M.....O) dan dia amanahkan aku jaga girlfriend dia, takut awek dia dia cari laki lain. Selama kawan aku kat sana, aku akan take care girlfriend dia. yela, girlfriend dia tu kawan aku jugak kat sekolah. So.. sebagai sahabat aku pun mengintip la awek dia.. Setahu aku awek dia punyer la SETIA YANG AMAT SANGAT... X LAYAN LAKI PUN.

TUP.. TUP..TUP aku dapat tau dia nak clash dengan aweks dia.

So... apa pandangan korang apa patut aku buat sekarang ni? aku rasa nak belasah je kawan aku.. TAPI... kalau aku belasah dia gerenti dia kata aku simpan perasaan kat AWEKS dia ( kalo aku syok aweks dia , mana aku nak letak awek aku pulak?).

Aku tengah pening giler ni. TOLONG .. TOLONG sapa boleh bantu?




I HATE MAN... BUT NOT ME