Friday, September 11, 2009

~ Tak BerTajuk ~ Part 2

(sambungan part 1)
“eh, kau lukis apa pagi-pagi ni Lim?” sambil tangannya memperlahankan radio.
“lukis gambar bangunan”. Along mendekati Halim, memerhati bangunan yang dilukisnya.
‘macam pernah je aku tengok bangunan ni, tapi dimana ye?’
“bangunan apa ni?” along cuba mengingati dimanakah bangunan tersebut.
“ala along… bangunan ni….”

**********************************************************************

Lakaran bangunan yang dilukis oleh Halim masih lagi terbayang-bayang dibenak fikirannya. Bangunan itu telah lama dia dan adiknya, Halim tinggalkan. Itu bukan bangunan mewah seperti dibandar Kuala Lumpur ini, bangunan itu sungguh buruk. Ia bukan bangunan tetapi rumah yang tidak serupa rumah. Kawan - kawannya pernah mengejek rumah itu kalau angin ribut pun boleh terbang. Itulah teratak usang yang menyimpan seribu memori. Walau disana hanya seketika cuma, namun teratak itulah menjadi saksi gugurnya jujuran air mata mereka berdua. Teratak usang itu jugalah yang menyaksikan penderitaan hidup mereka. Sudah seadab rasanya meninggalkan teratak itu, membiarkan teratak itu terkubur bersama orang yang mereka kasihi. Teratak itu juga saksi kepada sebuah perjanjian along dan ....

'Along lupakan perjanjian itu' bisik hatinya.

'Tapi?' satu suara muncul didalam hati, ragu.

'Lupakan je along, lupakan perjanjian itu. Lagipun kau takkan kembali ke teratak itu pun kan?'

'Tak boleh. Ingat kau adalah orang jujur dan sentiasa menepati janji'

'Macamana nak tepati janji? Sedangkan kau time tu kecik lagilah. Takda yang akan ingat janji - janji budak hingusan macam kau ni?' suara pertama mempertahankan.

'Suatu hari dan ketika kau pasti akan tepati janji kau' suara satu lagi tak mahu mengalah rupanya.

'Agaknya time tu kau akan menyesal kerana orang tak ingat akan perjanjian tu'

"Ya Allah" keluh along sambil meraup wajah yang kebingungan itu.

"Apa nak jadi dengan aku ni?" keluhnya lagi.

TUK TUK TUK

" Along mari turun makan. Mama dah siapkan makan malam ni".


" Baik ma. Nanti Along turun". sahutnya. Kelam - kabut dia menyeka air mata yang tersisa dipipinya.

'Mama tak boleh tahu kau menangis' bisik hatinya.

Dia percepat langkahnya ke bilik air, meneliti wajahnya dicermin.

"OK. Tapi jangan lewat sangat. Mama tengok muka abah dan Lim dah macam tak tahan tu"
mama memang pandai mendesak tanpa siapa sedari.

"OK. Along turun dalam 2 minit lagi." Jawabnya agar hati mama puas.

bersambung....

No comments:

Post a Comment