Semalam turn aku masak, punyer la aku dok fikir nak masak apa?. Nak masak telur, dah tiap-tiap hari makan telur. Boleh jadi muka telur aku ni( xke angin kus kus aku bau telur, ish x senonoh betul mamat ni). So, aku pun bantailah masak. Almaklumlah orang bujang. Nak kata profesional dalam masak memasak ni xla, tapi ada gak gaya chef (hahaha perasan tol). Okey, aku tak nak buang masa lagi, Jom kita masuk dapur....
Bahan-bahan :-
1/2 kilo udang
4 ulas bawang putih (dimayang)
6-7 bawang merah (dimayang)
1 biji bawang besar ( ikut suka korang la)
3-4 sudu besar cili giling
1/2 tomato dipotong dadu kecik-kecik (kalo korang punyer tomato sos habis, mcm kat rumah kau ni)
1/2 biji tomato dipotong empat atau enam
1/3 carrot
minyak masak
garam gula
sedikit air
Cara nak wat pulak:
1) masukkan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah
2) masukkan cili giling, tumis sampai garing
3) masukkan tomato @ sos tomato
4) kalo guna tomato masak lama sikit, coz kita nak jadikan dia paste tomato.
5) sekiranya kering tambah air dan biar sampai pekat @ tomato yang dipotong dadu tu dah hancur. Jangan lupa masukkan juga carrot(agar lembut).
6) lepas tu masukkan udang yang telah dibasuh
7) kacau hingga rata sekiranya nak kuah tambahkan air
8) masukkan garam dan gula secukup rasa
9) bila dah menggelegak dan nampak pekat masukkan tomato yang dipotong 4@6 dan bawang besar
10) kalo dah ok rasanya dan masak. Angkat masuk dalam pinggan.
11) jangan lupa tutup api di dapur k.
p/s: korang try la. kalo jadi bagitahulah. Kalo tak jadi, korang pandai-pandai la oter.
CHOW CHIN CHOW
~SELAMAT MENCUBA~
No comments:
Post a Comment