Ketika kalian semua seronok menyambut kemeriahan aidilfitri bersama insan tersayang, kawan baik aku merasa sangat sedih. Sedangkan bagi aku dia akan gembira dengan kepulangan insan yang telah lama dia nantikan dalam menyambut lebaran ini.
Kepulangan insan tersayang bukan untuk menyatukan dua hati yang telah lama berjauhan, diusik rindu, mencengkam jiwa dan raga. Kepulangan kekasih hati untuk meminta sebuah pengorbanan yang tak mampu ditanggung hati dan jiwa.
Ketika...
sahabat aku menyambut Aidilfitri tahun ni, airmata yang menemani malam-malamnya. Mengimbau kembali detik-detik diri menahan kerinduan kekasih hati diperantauan. Mengingati bait-bait doa yang tidak pernah lekang dari bibir dan solatnya, agar kekasih hatinya sentiasa sihat dan pulang dengan sebuah kejayaan buat keluarga yang tercinta. Mendoakan kekasih hati menjadi anak yang soleh, mentaati ibu dan bapa. Malam-malam sahabatku kini disulami kenangan lampau bagi mengunbati jiwa yang kesedihan.
Pengorbanan apa ini?? Selepas 5 tahun dipisahkan jarak masa dan tempat ini pengorbanan yang dipinta. Selepas 5 tahun sahabatku tanggung kerinduan, menantikan saat disatukan dan melukis lukisan kehidupan masa depan mereka. Pengorbanan ini yang ditagih. Mengapa tidak dahulu? 5 tahun lepas? Kesetiaan sahabatku langsung tidak dihiraukan. Masih adakah lagi Kisah ibu mertuaku yang tidak merestui perkasihan yang tidak sama darjat? Aku ingat itu hanya kisah, tapi tidak... orang yang berintelek mampu menjadi siibu yang tidak memahami perasaan insan yang sama jantinanya.
Kerana DARJAT, PANGKAT, NAMA, DAN SEGALANYA sahabat aku digesa agar meninggalkan anaknya. Sekiranya sahabatku masih lagi meneruskan lagi perhubungan ini, siibu pinta kembali duit yang telah dicurahkan untuk pelajaran anaknya. Mana sahabatku mampu membayar duit itu untuk menebus kekasih hati? Hatinya berat melepaskan dan membenarkan hati yang telah dikunci buat insan yang dikasihi. Ini pula balasannya diatas kesetiaanya.
Aku benci.... mengapa ada insan yang mampu mengguriskan hati sahabatku? merobek kesetiaan yang disemai menjadi bukit? Dimana sifat insani seorang wanita, ibu? Bagaimana rasanya sekiranya ibu sahabatku tahu akan perkara ini? Pasti hatinya geram mengapa ibu kekasih hati anaknya mampu buat begini. Fikirkanlah... sekiranya anak perempuan dia mengalami apa yang dialami oleh sahabatku? Apakah dia mampu menanggungnya.
Sahabatku... lapkan airmatamu yang jatuh kepipi. Tabahkan hatimu menghadapi segala ini. Redhalah ketentuan tuhan, aku pasti dikau pasti menjumpai insan yang lebih baik dari kekkasih hatimu. Insan yang mampu membahagiakan jiwamu. Aku tahu kau begitu sayang dan cintakan kekasih hatimu. Tapi kau tak mahu kan melihat insan yang kau kasihi menderhakai ibunya kerana dirimu. Pasti kau mahu kekasih hatimu menjadi anak yang soleh dan dikasihi oleh keluarganya.
Kekasih sahabatku... Ketahuilah sesungguhnya sahabatku begitu menyintaimu. Menyayangi dirimu. Merinduimu ketika kau disana. Sentiasa dia mendoakan dikau pulang membawa sebuah kejayaan. Setiap kali membeli hadiah atau barang tidak pula sahabat ku lupa membelinya untukmu. Sahabatku sentiasa mahu kau merasai kegembiraannya disini. Agar kau disana tidak kesunyian dan merindukan tanah air. Andai benar kau cinta dan sayang sahabatku, pohonlah petunjuk illahi, jangan kau hancurkan harapan sahabatku yang telah lama dia bina buatmu.
Ibu kekasih sahabatku... tiada apa yang hendak aku katakan.. Janganlah lukakan hati sahabatku. Dia tak mampu menanggung keperitan perpisahan dan juga pengorbanan yang kau pinta. Letakalah dirimu ditempat sahabatku. Bagaimana rasanya? Penantian yang disangka bahagia ini pula kau beri padanya. Maafkan atas kekasaranku. Aku hanya mahu mempertahankan sahabatku..
Dimana akhirnya kesedihan, keperitan dan kelukaan sahabatku? Kerana pangkat dan nama sahabatku diketepikan....Dimana penawarnya?

Sahabatku: "Allah did not promise that life would be easy, but HE did promise to go with u, so continues solat hajat and pray to HIM. InsyaAllah everything would be back to normal".
ReplyDeleteKekasih Sahabatku: "Be patient, ALLAH with u, He knows better".
Ibu Kekasih Sahabatku: "Leave to ALLAH".