Thursday, November 26, 2009

~Relevankah Aku DiHatiMU @ R.A.D.H.A~



Assalamualaikummm....
Sebelum aku balik ke kampung hari ni, aku sempat singgah kat MPH Mid Valley mencari buku. Dah lama rasanya aku tak beli buku, kebiasaannya aku akan beli dua buah buku dalam masa sebulan. But, bulan november ni aku tak dapat beli banyak coz 'poket ku kering'.

Dok cari buku-buku yang ringan tetapi boleh mendidik jiwa kat bahagian novel, tak da lah pulak. Boleh di katakan hampir semua genre buku jenis islamik ni aku dah baca. So, try la tengok buku yang kak Juwairiyah tulis pasal Ust Dzulkhairi (Mantan YDP PMIUM dan kini ketua pemuda PUM, dengar2 mcm tu lah). Buku tu aku lupa tajuknya, aku rasa buku tu dilancarkan lagi kot, coz baru je siap cetak.

Dok jalan2 kat rak2 buku novel, terjumpa satu buku dari Jemari Seni. Aku minat la jugak buku terbitan JS ni. tajuknya ialah "Relevenkah Aku diHatiMu@ R.A.D.H.A". harap sangat tak lah aku rugi beli buku ni. Hehehe.

Aku ada beli jugak satu buku yang aku minat la cara penulisan yang santai dan islamik. tajuk buku yang lagi satu aku beli tu ialah "Diari Sufi". Dalam buku ni banyak doa, bagus tu. sambil membaca boleh tambah ilmu. Aku nak bagi je tunjuk ke korang cover buku tu, dok cari kat internet xda la plak. Nanti aku ada masa aku snap buku tu dan upload dalam blog ni ok.

Sampai sini sahajalah.... Tanamlah minat membaca hatta baca papan tanda kat jalan raya. hahahaha

Wednesday, November 25, 2009

~Siapalah Aku?~


Semalam Ummi telefon, katanya abah sakit tenat. ummi minta ku balik. Ummi kata lagi, doktor kata abah dah tak da harapan untuk sembuh lagi. Kak Nor, Abang Jie dan adik beradik lain semua dah berada di kampung.

" Kamu tak tak nak balik ke?" dengan nada sayu ummi bertanya.

Aku senyap, tiada jawapan. ummi sudah pun ada jawapannya, kenapa kau perlu menjawabnya.bukan ummi sahaja yang tahu,bahkan semua ahli keluarga tahu
mengapa aku enggan pulang ke kampung. Bukan aku tak ingin pulang tetapi
kerana aku bimbang sekiranya aku pulang, apa-apa akan terjadi kepada abah.

"Baliklah Ayun, ummi rasa tak la apa-apa akan berlaku" ummi cuba memujukku.
"tak pe la ummi, ummi kirim salam pada semua ye. Ayun tak dapat pulang ke kampung. Lagipun ummi, sekarang ni Ayun sedang buat
pakaian untuk anak Datin faridah. Dalam masa seminngu lagi anaknya nak pakai dah baju tu. Ummi faham kan?" aku memberi alasan

"Kamu balik sekejap je la Ayun, bukan jauh sangat Kuala Lumpur tu dengan B
entong. Sejam setengah kamu dah boleh sampai sini"

"Kamu janganlah asyik beri alasan je. Dah berapa tahun Ayun tak balik raya di kampung? Takkanlah Abah kamu sakit pun kamu masih lagi tak mau pulang?" Ummi mula mengeraskan suaranya. Ummi perlu bertindak tegas agar aku pulang bertemu dengan abah.

" Nanti Ayun ada masa, Ayun balik la ye" Aku memebri harapan.

"Janji ye? Oklah Yun, ummi nak ke dapur. Apalah yang dibuat oleh kak Nor kamu tu. Riuh rendah dapur ummi dengar"

"jaga diri kamu tu baik-baik Ayun. Jangan la kamu terjebak deng
an benda-benda tak elok ye. Assalamualaikum."

"Ye ummi. Waalaikumsalam" aku menekan butang off handphone Nokia model N92.

Kak Nor masih lagi seperti dulu, tak berubah langsung. Asal masuk dapur ada la yang tak kena . Badi siapalah lekat kat kak Nor ni. Jika nak dibandingkan dengan ummi, macam langit de
ngan bumi. Ummi seorang yang pakar dalam masak memasak, tak pernah aku denga
r apa-apa berlaku kat dapur kalau ada ummi. Tapi kalau kak Nor, ada je la yang tak kena. Pernah suatu ketika, ketika ummi bersalinkan Izwan, kak Nor la yang ambik tugas ummi dalam masak lauk untuk kami semua. Masa tu aku berumur sepuluh tahun.

Aku masih ingat lagi macamana kak Nor boleh terbakarkan periuk nasi yang dah berbelas tahun ummi pakai, sampai je kat tanagn kak Nor semua hancussss. Itulah kak Nor, kak long kami yang sangat pelik dengan dapur. Itulah sebab dia pilih suami dia seorang chef. Tak payahla kak Nor nak masuk dapu
r, harap ke laki je la dia. Rindu betul aku pada kak Nor, dia yang banyak bantu aku bila aku mula datang ke Kuala Lumpur ni.

****************************
Kain baju siap di lipat dengan kemas dan disusun didalam beg Garfield kecil, beg Garfield diletakkan ditepi katil. Tetipa handphone berdering menunjukkan ada sms yang masuk. Sms dari kak nor. Ada apa ye? terdetik dalam hati ayun bertanya. Ditekan butang read…

Ayun balik cepat, abah dah nazak

Abah nazak? Perlukah aku pulang? Bagaimana bila aku balik keadaan aba
h makin serius, tidakkah semua orange akan salahkan aku? Tak mungkin ada
yang salahkan aku,kerana ummi dah minta aku pulang, kak nor juga dah minta aku pulang segera. Aku mesti balik sekarang juga.

************ ******************************************

“hello sal, ni Nisa’ "

“ye cik Nisa’, ada apa?”

“tolong batalkan semua appointment petang ni dan malam ni jugak ye. Katakan saya ada hal penting dan jangan lupa tolong call si Fatin bagitahu dia baju dia dah siap 80% tak lama lagi dia dah boleh datang untuk mencuba. Ingat tu?”

“ingat Cik Nisa’. Cik Nisa’ nak pi mana ni?”

“ada la. saya nak pergi dah ni”

“bye”

“bye”

Klik end call.

***********************************************************


“Ayun, mari sini ikut abah pergi memancing” jerit abah dari bawah rumah.

Ayun menjenguk dari anjun
g tingkap rumahnya. Kelihatan joran kesayangan abah sudah pun berada di tangan kiri dan baldi yang berisi barang-barang pancing ditangan kanan abah.

“apa kau jengukkan tu lagi Ayun, meh turun. Ikut abah pi memancing” panggil abah lagi

“jap, Ayun bersiap” seisi rumah papan itu bergegar dek larian Ayun yang kecil itu.

“Ayun dah siap” ayun berdiri dihadapan abahnya dengan senyuman.

Berbaju SUPERMAN warna merah dan berseluar sukan membuatkan abah terfikir kemungkinan ayun akan membesar dan menjadi seorang lelaki yang MACHO. Kacukan wajah isterinya yang sememangnya anak kacukan melayu cina membuatkan wajah Ayun lebih putih dan hidungnya lebih mancung berbanding anak- ana
k yang lain.

Petang itu Ayun dan abah memancing bersama di sungai yang terletak hujung kampung. Abah memang hebat kalau bab memancing ni, setiap kali pergi memancing pasti ada ikan yang akan dibawa balik. Kekadang ikan yang diperolehi abah boleh tahan sampai seminggu lamanya. Dari hasil tangkapan abah jugalah, ayun sekeluarga dapat berjimat cermat dan menabung untuk pelajaran mereka adik-beradik.

*********************
Sepucuk surat sampai ke rumah tengahari tadi. Surat untuk Ayun dari kolej di Kuala Lumpur.

“Abang lang, ada surat untuk abang”

“bak sini surat tu” tangan abang lang terus membuka surat.

“surat apa tu abang lang?” Tanya Umairah sikecil

“surat dari sekolah yang abang nak sangat tu …” abang lang mencuit pipi tembam adiknya.
“ooo sekolah yang besar tu ke? ” umairah mengusap-usap pipinya mungkin kerana sakit dicubit abangnya.

“ye Umairah si comel” sekali lagi tangan abangnya hinggap ke pipi.
“ummi….. tengok abang asyik cubit adik je” umairah lari ke dapur.

*****************************************************************************
“ni abah tak suka kamu ambik bidang yang bukan untuk orang laki macam kita ni tahu tak ayun?” abah mencampakkan kain baju ke tanah.

“abah tak boleh buat macam ni, ayun dah
besar. Ayun tahu apa yang sesuai dengan naluri Ayun tahu tak bah?” Ayun lari kebawah rumah mengutip kembali baju-baju yang telah dibunag oleh abahnya.
Abah dah cukup melampau bagi Ayun, perubahan pada dirinya bukan kerana kursus fesyen yang diambik ketika kolej swasta. Tetapi kerana dalam naluri dia sendiri, tiada siapa yang boleh menghalang kehendak ayun.

“abah tak lahirkan seorang sotong ye Ayun” wajah abah merah padam.

“Ayun tak kata abah lahirkan seorang sotong” ayun memasukkan bajunya kedalam bilik. Ayun keluar kembali.

“Nor, kamu tak jaga ke adik kamu ni masa kat KL dulu?” abah memandang tepat wajah kak nor yang sejak tadi mengintai perbalahan Ayun dan abah da
ri tirai dapur. Kak nor sedar abah tahu di mengintai, jadi terpaksalah dia mengahadap wajah abah.

“Nor minta maaf bah. Nor tak sangka ni yang akan terjadi. Lagipun. Ayun tak buat apa-apa la abah. Dia masih lagi seperti dulu” kak Nor cuba mempertahankan adiknya.

“kamu sukalah orang kata bukan-bukan pada Ayun ye?” abah memandang tepat wajah kak Nor.

“saya terima Ayun seadanya abah. Lagipun kat KL tu ramai yang macam Ayun.” Kak Nor cuba membuka pemikiran abahnya.

Ayun pula merapati kak Nor, cuba memberi kekuatan kepada kak Nor untuk mempertahankan dirinya. Kak nor anak sulung dalam keluarga dan juga kebiasaannya apa jua pandangan kak Nor akan di terima oleh abah dan juga ummi.

“dia anak abah, dia masih lagi anak abah tahu tak. Dia juga adik nor, ayun dah besar bah. Dia tahu mana baik dan mana buruk”

Abah bangkit dari tempat duduknya dan terus masuk kedalam bilik Ayun. Abah keluar dengan membawa beg-beg pakaian ayun.

“kamu nak sangat jadi macam ni kan Ayun?. Kamu ambik semua barang kamu ni kamu keluar dari rumah ni. Jangan sesekali kamu balik. Abah tak pernah ada anak laki yang tak tahu identiti diri sendiri tahu.” Abah mencampakkan beg-beg baju dihadapan ayun dan kak Nor.
Ayun mengambil beg baju dan berjalan keluar dari rumah.

“walaupun abah anggap ayun tak wujud dalam hidup abah, ayun tetap akan ingat abah. Ayun tak minta jadi macam ni bah. Ayun takkan pulang lagi ke sini bah. Ayun hormat arahan abah” ada airmata yang mengalir dipipi ayun.

“abah tak boleh buat macam ni tau” kak Nor cuba menghalang adiknya dari keluar dari rumah.

Ummi yang sejak dari tadi menjadi penonton setia drama tiga anak beranak mula bersuara.

“abang, kenapa buat macam ni bang?” ummi mengurut lengan abah. Ummi mahu meredakan panasa dalam diri abah.


“dia anak tak sedar diri”

“dia bukan tak sedar diri bang. Dia dah jumpa apa yang sebenarnya dalam diri dia. Kita tak boleh paksa dia untuk jadi laki” ummi mengurut belakang abah.

Kak Nor masih lagi mengejar ayun yang masuk kedalam kereta Kancil miliknya. Kak Nor cuba membuka pintu tetapi gagal. Ayun sudah mengunci dari dalam, enjin mula dihidupkan, gear reverse dan pedal minyak ditekan. Kak Nor mengeuk tingkap kereta sambil memanggil nama Ayun. Ayun tidak menghiraukan Kak Nor. Kereta di bawa kehadapan dan keluar dari kawasan rumah dan Kak Nor hanya mampu melihat dan akhirnya Kak Nor pengsan di tengah halaman rumah.

“abang, Nor pengsan” ummi menarik lengan abah.


“ya Allah” abah bergegas turun kebawah dan mengangkat Kak Nor ke atas rumah.

******************************************************************
Kereta Harrier ayun sudah pun berada ditengah halaman yang sudah dua belas tahu ditinggalkannya. Halaman yang sangat dirindui, pernah jugak dia kembali kesini namun tiada siapa yang sedar akan kepulangannya. Pada hari ini dia kembali sebagai Nisa’ bukan Ayun. Bukan Khairun tetapi Khairunnisa’. Wanita yang berkerjaya dan mempunyai sebuah butik terkenal di Kuala Lumpur. Tiga belas tahun lepas dia ketemui dirinya yang sebenarnya. Dia bukan seorang lelaki tetapi seorang wanita.


“assalamualaikum” kini seorang wanita berada di dihadapan tangga rumah papan yang sudah bertukar warna tetapi masih lagi seperti dulu.

“waalaikumsalam” ummi menyahut dari dalam rumah.

“masuklah.. siapa tu?”

Nisa’ naik ke anjung rumah dan masuk ke dalam ruang rumah yang telah lama ditinggalkan.

“ni Ayun ummi” nisa’ bersuara dari pintu rumah.

Ummi menoleh ke pintu. Wajah ummi kelihatan terkejut dan ummi bangun dari duduknya menuju ke anak yang lama tidak diketemuinya. Anak yang sangat dirinduinya. Wajah ummi berubah, keriangan mula kelihatan dibalik garis kedutan dipipinya. Ummi merapati anak gadisnya, diusap pipi dan hidung anaknya. Kulit ini masih seperti dulu. Kulit yang paling putih antara anak-anaknya yang lain, hidung itu j
uga tidak berubah. Mancung seperti dulu. Cuma yang berubah ialah Ayun kini lebih ayu dan kemas. Ayun kini bertudung dan bukan lagi Ayun yang berambut pendek. Ayun ini memakai baju kurung bukan seperti Ayun dahulu yang berbaju melayu berkain pelikat ketika mahu pergi ke surau.

“Ayun, anak ummi” ummi mencium pipi anak kesayangannya.

“ye ummi”

“Ayun cantik sangat. macam arwah ibu ummi masa muda-muda dulu” ummi memeluk anaknya. Kerinduan akhirnya menuju ke penghujung.

“mana abah ummi?” Ayun melepaskan pelukan ummi. Dan memandnag tepat ke anak mata ummi.


“abah kamu ada dalam bilik. Pergilah jumpa dia. Ummi rasa abah kamu dah boleh terima kamu nak” ummi membawa Ayun masuk kedalam kamar tidurnya.

Ayun menjenguk dari luar bilik, abah sudah semakin kurus jika nak dibanding ketika dia mula-mula kelaur dari rumah itu. Abah terbaring lemah diatas katil bertemankan wayar air dan oksigen.

“masuklah Ayun, abah kamu ni dah tak sedar sejak semalam lagi. Pagi tadi tetiba je abah kamu macam nazak. Ummi tak tau kenapa. Itu sebab ummi minta kak Nor call Ayun, minta Ayun balik awal”

Ayun cakaplah dengan abah ye. Abah kamu boleh dengar tu, walaupun dia kamu Nampak seperti tak sedarkan diri. Ummi keluar dulu, nak ke dapur ye” ummi menepuk-nepuk bahu Ayun memberi kekuatan kepada diri. U
mmi keluar dari bilik.

Ayun mengambil tangan abah dan diciumnya.

“abah, Ayun datang ni. Ayun minta maaf abah, ayun dah banyak kecewakan abah. Ayun tak boleh jadi laki abah. Abah pun tahukan. Ayun rindukan abah. Ayun boleh lagi memancing lagi tau bah. Nanti bila abah bangun dan sihat ayun bawak abah abah pergi memancing kat Sungai Selangor ayun biasa memancing kat sana tau abah. Ayun dah beli joran untuk abah, ayun beli guna duit gaji pertama ayun tau bah. Ayun rindu sangat nak memancing dengan abah.” Ada airmata mengalir membasahi tudung yang dipakai ayun. Dia akhirnya dapat mencium dan berborak dengan abah walaupun hakikatnya hanya dia sahaja ayang bercakap. Bagaimana kalau abah sedar? Adakah abah boleh menerima dirinya.

“Ayun mintak maaf abah. Ayun ingat lagi, bila ayun Tanya abah kenapa 'adik' ayun ada dua. Abah kata itu namanya ‘khunts
a’ , dan abah kata Ayun ni laki. Tetapi Ayun pelik bila Ayun masuk kolej, Ayun datang bulan dan sampai sekarang, tiap-tiap bulan Ayun akan datang bulan. Ayun bukan lelaki bah. Ayun dan jumpa sakit puan masa kat kolej dulu. Dia kata hormone ayun lebih ke perempuan. Dan Ayun pilih untuk menjadi perempuan. Ayun ingat abah boleh terima perubahan diri Ayun. Tapi rupanya tidak, abah halau Ayun dari rumah ni. Sejak masuk kolej, tubuh ayun telah tumbuh macam perempuan. Ayun tak boleh kata ayun lelaki. Ayun malu nak sebilik dengan lelaki bah. Ayun tukar I/C Ayun dari laki ke perempuan. Dan Ayun kini masih lagi guna nama yang abah beri masa dulu. Cuma Ayun tambah sedikit kat belakang dengan nama Nisa’. Khairunnisa’ bah, sedapkan…bah” Ayun sudah tidak dapat menahan sebak di dada. Ayun menekup wajahnya ditepi abah. Tangannya masih lagi menggengam tangan abah. Ayun mahu abah tahu yang ayun sangat saying abah. Ayun terpaksa menjadi perempuan kerana dia selesa dengan status perempuan.
Ayun menegakkan badannya dan melihat wajah abah, diusapnya wajah abah yang cengkung sekali. Dilihatnya ada manik-manik halus keluar dari mata abah yang tertutup. Abah tahu Ayun kat sini ke? Detik hati Ayun.

“abah maafkan Ayun kan?” ayun mengusap pipi abahnya.

Ayun yakin abah dah maafkan dirinya. Airmata itu tanda kemaafannya diterima oleh abah. Alangkah gembiranya sekiranya abah ketika ini sedar dan sihat. Sudah pasti ayun akan menangis dalam pelukan abah. Sama seperti yang dilakukan abah ketika ayun mintak maaf kerana rosakkan joran kesayangan abah. Ketika itu abah marah sakan ke ayun sehinggakan abah tak ajak ayun pergi memancing dan juga hantar ayun ke sekolah. Akhirnya ayun minta maaf dan abah memeluk erat ayun apabila ayun menangis ketika memohon maaf.

“abah maafkan. Jangan lupa gantikan joran abah ni bila dah besar ye?” ayun menangis dalam pelukan abahnya…

Abah…. Ayun rindu pelukan abah. Bangunlah bah…


~Susah Betul Lanak Pandai DWcs4 ni~



Assalamualaikum...
Dah tiga hari ber'kursus' dreamweaver cs4' ni, hari pertama hanya perkenalan tentang www, dan pasal "coding". Ni la yang aku paling lemah pasal-pasal coding. Teringat la pulak masa aku mula-mula belajar kod mengkod ni rasa macam nak demam. ALhamdulilah masa kelas pertama tu aku tak la rasa pening2 atau nak demam, just pelik pakai dreamweaver pun guna coding ke? pelik2.

Al-kisah pulak hari kedua kau kat kursus tu, aku telah mempopularkan diri aku
tanpa sengaja, mana taknya kelas mula jam 9.00pagi aku sampai jam 9.35, siap ditulis late pada pada kertas kedatangan. Ha... ni yang aku nak cerita ni, aku dah sampai awal beb... Jam 835 pagi lagi aku sampai kat tempat program, masalah yang membuatkan aku lambat masuk klelas ialah kerana aku dok leka mencari parking kereta khas untuk pelajar. cari punyer cari parking akhirnya kau kena letak kat tasik varsiti. punyer la bapok jauh , dan apgi-pagi lagi aku dah kena mula bersenaman..huhuhu (dah la berat badan aku dah naik, penat lelah betul la ku rasa bila sampai kat blok FBE tu)

Malu giler rasa macam nak masukkan je muka dalam beg masa tu, nasib naiklah aku jenis yang selamba bye2,jadi hal macam ni abgi aku adalah perkara biasa(walaupun muka aku time tu rasa cuak giler la)

So, hari ni(hari ketiga) aku sampai 15minit awal(kira aku la yang paling awal sampai la kelas tu). Aku dah serik beb nak datang lewat(hehehe tak tau la sampai bila kau serik). Doakan lah aku sokmo sampai awal, hehehe dan serik aku ni berpanjangan sehingga ku tua(moga2 aku tak datang lewat kat mana2 kelas atau program lagi).
Oklah kelas aku ank start dah.

BYE2
CHOW CHIN CHOW
Assalamualaikum....

Monday, November 23, 2009

.: IkhTilat..:.


Assalamualaikum…
Masihkah ingat rakan-rakan yang pernah belajar di sekolah agama, tentang satu istilah yang tidak asing lagi iaitu “IKHTILAT”. Kami orang amatlah pasti bebudak sekolah agama memang tidak asing lagi dengan istilah ini. Lagi-lagi yang menjadi ahli BADAR(Badan Dakwah) (kat sekolah ken..BALADI) memangla mereka ni amat2lah peka dengan situasi IKHTILAT ni. Ingat lagi masa sekolah dulu, sebab nak elakkan daripada ikhtilat berlaku, maka telah diasingkan tempat belajar muslimat dan muslimin( ada bangunan lelaki dan banguna perempuan). Bahkan masa rehat lelaki dan perempuan pun lain bagi mengelak ikhtilat ni berlaku (mungkin korang tak rasa akan situasi macam ni, sekolah ken ni memang dahsyat la). Kami berdua bukanlah orang yang selayaknya membicarakan pasal ikhtilat ni, tetapi sebagai yang memegang amanah untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
IKHTILAT
Dari segi bahasa ikhtilat ini ialah : pergaulan sesuatu dengan
sesuatu. Manakala menurut istilahnya ialah : pergaulan lelaki dan perempuan yang ajnabi ditempat yang sama pada waktu yang sama, sama ada dalam kumpulan atau sendirian. Yang mana pergaulan ini boleh berlaku bertegur sapa dan bertemu muka. Atau lebih tepat ialah prhubung yg bukan syarie diantara lelaki n ppun bukan muhrim..X kisah la same ade dengan prjumpaan,chatting,percakapan n same waktu dengannya..Setiap ikhtilat haram di sisi agama Islam..
Bagaimana ikhtilat yang dibenarkan dan ikhitlat yang dilarang?. Itu yang menjadi permasalahan. Pada masa sekarang yang serba moden ini, banyak situasi ikhtilat yang terpaksa kita hadapi iaitu ketika ditemuduga ketika memohon pekerjaan, ikhtilat antara guru dan murid di dalam kelas, pergaulan lelaki dan perempuan didalam kenderaan awam (BAS, LRT dan KTM) dan sebagainya. Sekiranya kita nak mengelak dari ikhtilat ini amatlah susah, maka oleh itu kita akan meliaht terlebih dahulu kepada maqasid syariah untuk menetukan adakah ikhtilat itu ada perharusan didalam sesuatu keadaan.

Mengapa ikhitlat itu dilarang? Daripada firman Allah yang bermaksud : “ dan jangan kamu dekati perbuatan zina”. Daripada ayat ini maka segala bentuk perbuatan atau apa jua tindakan yang membawa kepada zina amatlah dilarang. Ini kerana Allah meletakkan jangan kamu dekati, dari segi zahirnya kita akan fahami jangan kamu lakukan zina dan juga perkara yang boleh menghampiri zina.

Bagaimana boleh berlaku zina? Bagaimana permulaan zina? Apa jua perhubungan yang boleh membawa kepada zina maka hendaklah dihindari. Ust Hasrizal ada beri contoh “Tiadalah pula dinyatakan bilangan SMS yang perlu dihantar sehari oleh Rasulullah. Sesungguhnya kamu dibenarkan ber’SMS’ sebanyak mana kamu mendapat SMS percuma daripada mana-mana syarikat telekomunikasi yang kamu langgani.Takde hadis ni,cuma yang boleh kita pakai ada satu hadis, Apabila kamu merasakan ia maksiat,maka tinggalkan ia. Kalau awak mesej dengan kekasih awak untuk bertanya khabar atau sebagainya tanpa ada nafsu,kalau SMS ke-4 itu tiada nafsu dan SMS ke-5 tu ada nafsu,maka yang ke-4 itu halal yang ke-5 itu haram.”
    Ada beberapa keadaan ikhtilat itu diharamkan:
  1. Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan (Muttafaq `alaih)

  2. Tidak menunduk pandangan Ghaddul Bashar (kat Nilam Puri amatlah ditekankan Ghaddul Bashar
  1. Tidak menutup aurat

  2. Bertabarruj

  3. Berkomunikasi dengan suara menggoda

    Diharuskan ikhtilat dalam beberapa keadaan :
  1. ikhtilat didalam urusan jual beli

  2. melakukan kerja kehakiman (didalam perbicaraan)

  3. melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar

  4. didalam kenderaan awam

  5. tujuan belajar

  6. dan beberapa keadaan yang dalam adatnya berlaku percampuran tetapi hendaklah menjaga adab2 islamiah

    Keadaan apabila berikhtilat lelaki dan perempuan :

  1. setelah urusan itu tidak dapat diselesaikan bersama kaum sejenis

  2. ringkaskan kata-kata dan ayat

  3. tundukkan hati ( banyakkan istighfar la)

  4. tundukkan pandangan (coz dari mata jatuh kehati) tapi janganla sampai ada kes terlanggar tiang coz tundukkan pandangan plak ok

  5. mempercepatkan urusan, bincang yang perlu sahaja… jangan meleret-leret

Teringat syair ust akhil hay
“Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.”
.


Ok sampai sini sahajalah … sesiapa nak betulkan boleh la betulkan ok….
Wassalam….


Saturday, November 21, 2009

.: DISKUSI AGAMA BAKAL MEnemuI ANda:.

Diskus Agama
DISKUS AGAMA.


Assalamualaikummm...
Selepas aku (ken) dan si shaz habis exam, kami berdua telah putuskan untuk adakan satu ruangan yang dipanggil Diskus Agama. Mungkin kerana kami berdua tak nak lah blog yang kami ada ni digunakan hanya untuk suka-suka sahaja tetapi blog ini akan memberi ruang kepada rakan-rakan yang lain untuk berbincang masalah remaja dan agama jugak. Artikel pertama yang kami nak keluarkan ialah pasal "Adab dan tanggungjawab suami isteri" tetapi niat itu telah pun kami tahan dulu buat masa sekarang. tajuk
yang kami telah pilih untuk merasmikan ruangan diskus agama ialah berkenaan "IKHTILAT"

Harap sahabat-sahabat semua dapat memberi pandangan dan apa jua la agar berkenaan masalah ini akan lebih murni dan di fahami oleh semua generasi.

Syukran dan Thanks A lot
CHOW CHIN CHOW

Assalamualaikum....
diskus agama

Saturday, November 14, 2009

~Minggu Exam Yang Menyesakkan Minda~



Assalamualaikumm semua,...

Dah lama sangat rasanya tak update blog ni. Mana kan tidak penat mengulangkaji(macam kenyataan palsu je). Almaklumlah kalau sudah menjadi tabiat manusia yang suka sangat wat kerja last minute dan study bila nak exam (bila nak berubah ni?). Rasanya dah hampir dua tahun setengah kat UM ni tetapi still lagi
perangai macam tu.(sapa boleh tolong ubatkan?) Paper pertama aku bermula 5hb dengan subjek yang aku rasa sangat2 tak faham masa belajar, tapi dah study dan cari bahan baru aku faham dan rasa tak la payah sangat subjek Sejarah Pemikiran Politik Moden tu...

Walaupun minggu study aku sempat lagi
untuk keluar merendek dengan kengkawan UiTM Puncak Alam (mek nin) dan UiTM Shah Alam (mek nor) kat Mid Valley. Perancangan awalnya kitaorang nak main bowling, tetapi coz si mek nin ni takut drive tengah malam so terpaksa batal je niat tak baik tu. hahahaha.... Kawan2 rumah aku pun pening je aku rasa sebab aku dah wat jadual study dan malam kitaorg merendek tu aku kena study (wat selamba je la). So bila dah penat window shopping, aku apa lagi penat dan terus tido dan habislah musnah harapan nak study malam tu(angan2 minah jenin je aku ni).


Lepas tu aku terus dengan study dan tido (STADO)... asal je nak study dada aku mula sesak nafas. Ada penyakit apa plak la ni? Asal je nak study aku mulalah rasa x leh nak nafas. Lagi satu penyakit time nak exam dan study ni perut aku ni asyik berkeroncong. Itu masalahnya kerana aku ni suka masak, aku sanggup habiskan masa kat dapur daripada kat depan meja dan laptop. Tapi aku nak ucap terima kasih sangat2 kat kawan aku sorang ni, time aku study je mesti dia teman kan aku. Kuranglah sikit rasa bosan aku ni, walaupun kami dok borak kat YM je(hehehhee YM aku online sokmo). Paling tidak aku boleh la stay up sampai 3-4 pagi. (TERIMA KASIH
SAHABAT.... :-) )

Minggu depan ni, adalah minggu paling mencabar(takut la plak nak hadapinya). Tiga subjek berdere-deret, dah la tiga2 tu punyer la power penangannya kat aku especially kat subjek URUF WA MASLAHAH. Terpaksalah aku tumpu dan tak tido malam untuk subjek ni. Harap sangat subjek ni aku paling koma
n dapat la A(hehehe study malas) xpun kalo lulus ( B+ ) aku dah bersyukur bukan senang tau...Ya Allah bantulah hambamu ini...

Sebelum aku keluar, aku nak ucapkan GOOD LUCK to all candidates SPM'09. ALL THE BEST .... think always u can Because We are Pro Mahasiswa " YES WE CAN"

Ok
CHOW CHIN CHOW
WASSALAMUALAIKUM.....