Wednesday, November 25, 2009

~Siapalah Aku?~


Semalam Ummi telefon, katanya abah sakit tenat. ummi minta ku balik. Ummi kata lagi, doktor kata abah dah tak da harapan untuk sembuh lagi. Kak Nor, Abang Jie dan adik beradik lain semua dah berada di kampung.

" Kamu tak tak nak balik ke?" dengan nada sayu ummi bertanya.

Aku senyap, tiada jawapan. ummi sudah pun ada jawapannya, kenapa kau perlu menjawabnya.bukan ummi sahaja yang tahu,bahkan semua ahli keluarga tahu
mengapa aku enggan pulang ke kampung. Bukan aku tak ingin pulang tetapi
kerana aku bimbang sekiranya aku pulang, apa-apa akan terjadi kepada abah.

"Baliklah Ayun, ummi rasa tak la apa-apa akan berlaku" ummi cuba memujukku.
"tak pe la ummi, ummi kirim salam pada semua ye. Ayun tak dapat pulang ke kampung. Lagipun ummi, sekarang ni Ayun sedang buat
pakaian untuk anak Datin faridah. Dalam masa seminngu lagi anaknya nak pakai dah baju tu. Ummi faham kan?" aku memberi alasan

"Kamu balik sekejap je la Ayun, bukan jauh sangat Kuala Lumpur tu dengan B
entong. Sejam setengah kamu dah boleh sampai sini"

"Kamu janganlah asyik beri alasan je. Dah berapa tahun Ayun tak balik raya di kampung? Takkanlah Abah kamu sakit pun kamu masih lagi tak mau pulang?" Ummi mula mengeraskan suaranya. Ummi perlu bertindak tegas agar aku pulang bertemu dengan abah.

" Nanti Ayun ada masa, Ayun balik la ye" Aku memebri harapan.

"Janji ye? Oklah Yun, ummi nak ke dapur. Apalah yang dibuat oleh kak Nor kamu tu. Riuh rendah dapur ummi dengar"

"jaga diri kamu tu baik-baik Ayun. Jangan la kamu terjebak deng
an benda-benda tak elok ye. Assalamualaikum."

"Ye ummi. Waalaikumsalam" aku menekan butang off handphone Nokia model N92.

Kak Nor masih lagi seperti dulu, tak berubah langsung. Asal masuk dapur ada la yang tak kena . Badi siapalah lekat kat kak Nor ni. Jika nak dibandingkan dengan ummi, macam langit de
ngan bumi. Ummi seorang yang pakar dalam masak memasak, tak pernah aku denga
r apa-apa berlaku kat dapur kalau ada ummi. Tapi kalau kak Nor, ada je la yang tak kena. Pernah suatu ketika, ketika ummi bersalinkan Izwan, kak Nor la yang ambik tugas ummi dalam masak lauk untuk kami semua. Masa tu aku berumur sepuluh tahun.

Aku masih ingat lagi macamana kak Nor boleh terbakarkan periuk nasi yang dah berbelas tahun ummi pakai, sampai je kat tanagn kak Nor semua hancussss. Itulah kak Nor, kak long kami yang sangat pelik dengan dapur. Itulah sebab dia pilih suami dia seorang chef. Tak payahla kak Nor nak masuk dapu
r, harap ke laki je la dia. Rindu betul aku pada kak Nor, dia yang banyak bantu aku bila aku mula datang ke Kuala Lumpur ni.

****************************
Kain baju siap di lipat dengan kemas dan disusun didalam beg Garfield kecil, beg Garfield diletakkan ditepi katil. Tetipa handphone berdering menunjukkan ada sms yang masuk. Sms dari kak nor. Ada apa ye? terdetik dalam hati ayun bertanya. Ditekan butang read…

Ayun balik cepat, abah dah nazak

Abah nazak? Perlukah aku pulang? Bagaimana bila aku balik keadaan aba
h makin serius, tidakkah semua orange akan salahkan aku? Tak mungkin ada
yang salahkan aku,kerana ummi dah minta aku pulang, kak nor juga dah minta aku pulang segera. Aku mesti balik sekarang juga.

************ ******************************************

“hello sal, ni Nisa’ "

“ye cik Nisa’, ada apa?”

“tolong batalkan semua appointment petang ni dan malam ni jugak ye. Katakan saya ada hal penting dan jangan lupa tolong call si Fatin bagitahu dia baju dia dah siap 80% tak lama lagi dia dah boleh datang untuk mencuba. Ingat tu?”

“ingat Cik Nisa’. Cik Nisa’ nak pi mana ni?”

“ada la. saya nak pergi dah ni”

“bye”

“bye”

Klik end call.

***********************************************************


“Ayun, mari sini ikut abah pergi memancing” jerit abah dari bawah rumah.

Ayun menjenguk dari anjun
g tingkap rumahnya. Kelihatan joran kesayangan abah sudah pun berada di tangan kiri dan baldi yang berisi barang-barang pancing ditangan kanan abah.

“apa kau jengukkan tu lagi Ayun, meh turun. Ikut abah pi memancing” panggil abah lagi

“jap, Ayun bersiap” seisi rumah papan itu bergegar dek larian Ayun yang kecil itu.

“Ayun dah siap” ayun berdiri dihadapan abahnya dengan senyuman.

Berbaju SUPERMAN warna merah dan berseluar sukan membuatkan abah terfikir kemungkinan ayun akan membesar dan menjadi seorang lelaki yang MACHO. Kacukan wajah isterinya yang sememangnya anak kacukan melayu cina membuatkan wajah Ayun lebih putih dan hidungnya lebih mancung berbanding anak- ana
k yang lain.

Petang itu Ayun dan abah memancing bersama di sungai yang terletak hujung kampung. Abah memang hebat kalau bab memancing ni, setiap kali pergi memancing pasti ada ikan yang akan dibawa balik. Kekadang ikan yang diperolehi abah boleh tahan sampai seminggu lamanya. Dari hasil tangkapan abah jugalah, ayun sekeluarga dapat berjimat cermat dan menabung untuk pelajaran mereka adik-beradik.

*********************
Sepucuk surat sampai ke rumah tengahari tadi. Surat untuk Ayun dari kolej di Kuala Lumpur.

“Abang lang, ada surat untuk abang”

“bak sini surat tu” tangan abang lang terus membuka surat.

“surat apa tu abang lang?” Tanya Umairah sikecil

“surat dari sekolah yang abang nak sangat tu …” abang lang mencuit pipi tembam adiknya.
“ooo sekolah yang besar tu ke? ” umairah mengusap-usap pipinya mungkin kerana sakit dicubit abangnya.

“ye Umairah si comel” sekali lagi tangan abangnya hinggap ke pipi.
“ummi….. tengok abang asyik cubit adik je” umairah lari ke dapur.

*****************************************************************************
“ni abah tak suka kamu ambik bidang yang bukan untuk orang laki macam kita ni tahu tak ayun?” abah mencampakkan kain baju ke tanah.

“abah tak boleh buat macam ni, ayun dah
besar. Ayun tahu apa yang sesuai dengan naluri Ayun tahu tak bah?” Ayun lari kebawah rumah mengutip kembali baju-baju yang telah dibunag oleh abahnya.
Abah dah cukup melampau bagi Ayun, perubahan pada dirinya bukan kerana kursus fesyen yang diambik ketika kolej swasta. Tetapi kerana dalam naluri dia sendiri, tiada siapa yang boleh menghalang kehendak ayun.

“abah tak lahirkan seorang sotong ye Ayun” wajah abah merah padam.

“Ayun tak kata abah lahirkan seorang sotong” ayun memasukkan bajunya kedalam bilik. Ayun keluar kembali.

“Nor, kamu tak jaga ke adik kamu ni masa kat KL dulu?” abah memandang tepat wajah kak nor yang sejak tadi mengintai perbalahan Ayun dan abah da
ri tirai dapur. Kak nor sedar abah tahu di mengintai, jadi terpaksalah dia mengahadap wajah abah.

“Nor minta maaf bah. Nor tak sangka ni yang akan terjadi. Lagipun. Ayun tak buat apa-apa la abah. Dia masih lagi seperti dulu” kak Nor cuba mempertahankan adiknya.

“kamu sukalah orang kata bukan-bukan pada Ayun ye?” abah memandang tepat wajah kak Nor.

“saya terima Ayun seadanya abah. Lagipun kat KL tu ramai yang macam Ayun.” Kak Nor cuba membuka pemikiran abahnya.

Ayun pula merapati kak Nor, cuba memberi kekuatan kepada kak Nor untuk mempertahankan dirinya. Kak nor anak sulung dalam keluarga dan juga kebiasaannya apa jua pandangan kak Nor akan di terima oleh abah dan juga ummi.

“dia anak abah, dia masih lagi anak abah tahu tak. Dia juga adik nor, ayun dah besar bah. Dia tahu mana baik dan mana buruk”

Abah bangkit dari tempat duduknya dan terus masuk kedalam bilik Ayun. Abah keluar dengan membawa beg-beg pakaian ayun.

“kamu nak sangat jadi macam ni kan Ayun?. Kamu ambik semua barang kamu ni kamu keluar dari rumah ni. Jangan sesekali kamu balik. Abah tak pernah ada anak laki yang tak tahu identiti diri sendiri tahu.” Abah mencampakkan beg-beg baju dihadapan ayun dan kak Nor.
Ayun mengambil beg baju dan berjalan keluar dari rumah.

“walaupun abah anggap ayun tak wujud dalam hidup abah, ayun tetap akan ingat abah. Ayun tak minta jadi macam ni bah. Ayun takkan pulang lagi ke sini bah. Ayun hormat arahan abah” ada airmata yang mengalir dipipi ayun.

“abah tak boleh buat macam ni tau” kak Nor cuba menghalang adiknya dari keluar dari rumah.

Ummi yang sejak dari tadi menjadi penonton setia drama tiga anak beranak mula bersuara.

“abang, kenapa buat macam ni bang?” ummi mengurut lengan abah. Ummi mahu meredakan panasa dalam diri abah.


“dia anak tak sedar diri”

“dia bukan tak sedar diri bang. Dia dah jumpa apa yang sebenarnya dalam diri dia. Kita tak boleh paksa dia untuk jadi laki” ummi mengurut belakang abah.

Kak Nor masih lagi mengejar ayun yang masuk kedalam kereta Kancil miliknya. Kak Nor cuba membuka pintu tetapi gagal. Ayun sudah mengunci dari dalam, enjin mula dihidupkan, gear reverse dan pedal minyak ditekan. Kak Nor mengeuk tingkap kereta sambil memanggil nama Ayun. Ayun tidak menghiraukan Kak Nor. Kereta di bawa kehadapan dan keluar dari kawasan rumah dan Kak Nor hanya mampu melihat dan akhirnya Kak Nor pengsan di tengah halaman rumah.

“abang, Nor pengsan” ummi menarik lengan abah.


“ya Allah” abah bergegas turun kebawah dan mengangkat Kak Nor ke atas rumah.

******************************************************************
Kereta Harrier ayun sudah pun berada ditengah halaman yang sudah dua belas tahu ditinggalkannya. Halaman yang sangat dirindui, pernah jugak dia kembali kesini namun tiada siapa yang sedar akan kepulangannya. Pada hari ini dia kembali sebagai Nisa’ bukan Ayun. Bukan Khairun tetapi Khairunnisa’. Wanita yang berkerjaya dan mempunyai sebuah butik terkenal di Kuala Lumpur. Tiga belas tahun lepas dia ketemui dirinya yang sebenarnya. Dia bukan seorang lelaki tetapi seorang wanita.


“assalamualaikum” kini seorang wanita berada di dihadapan tangga rumah papan yang sudah bertukar warna tetapi masih lagi seperti dulu.

“waalaikumsalam” ummi menyahut dari dalam rumah.

“masuklah.. siapa tu?”

Nisa’ naik ke anjung rumah dan masuk ke dalam ruang rumah yang telah lama ditinggalkan.

“ni Ayun ummi” nisa’ bersuara dari pintu rumah.

Ummi menoleh ke pintu. Wajah ummi kelihatan terkejut dan ummi bangun dari duduknya menuju ke anak yang lama tidak diketemuinya. Anak yang sangat dirinduinya. Wajah ummi berubah, keriangan mula kelihatan dibalik garis kedutan dipipinya. Ummi merapati anak gadisnya, diusap pipi dan hidung anaknya. Kulit ini masih seperti dulu. Kulit yang paling putih antara anak-anaknya yang lain, hidung itu j
uga tidak berubah. Mancung seperti dulu. Cuma yang berubah ialah Ayun kini lebih ayu dan kemas. Ayun kini bertudung dan bukan lagi Ayun yang berambut pendek. Ayun ini memakai baju kurung bukan seperti Ayun dahulu yang berbaju melayu berkain pelikat ketika mahu pergi ke surau.

“Ayun, anak ummi” ummi mencium pipi anak kesayangannya.

“ye ummi”

“Ayun cantik sangat. macam arwah ibu ummi masa muda-muda dulu” ummi memeluk anaknya. Kerinduan akhirnya menuju ke penghujung.

“mana abah ummi?” Ayun melepaskan pelukan ummi. Dan memandnag tepat ke anak mata ummi.


“abah kamu ada dalam bilik. Pergilah jumpa dia. Ummi rasa abah kamu dah boleh terima kamu nak” ummi membawa Ayun masuk kedalam kamar tidurnya.

Ayun menjenguk dari luar bilik, abah sudah semakin kurus jika nak dibanding ketika dia mula-mula kelaur dari rumah itu. Abah terbaring lemah diatas katil bertemankan wayar air dan oksigen.

“masuklah Ayun, abah kamu ni dah tak sedar sejak semalam lagi. Pagi tadi tetiba je abah kamu macam nazak. Ummi tak tau kenapa. Itu sebab ummi minta kak Nor call Ayun, minta Ayun balik awal”

Ayun cakaplah dengan abah ye. Abah kamu boleh dengar tu, walaupun dia kamu Nampak seperti tak sedarkan diri. Ummi keluar dulu, nak ke dapur ye” ummi menepuk-nepuk bahu Ayun memberi kekuatan kepada diri. U
mmi keluar dari bilik.

Ayun mengambil tangan abah dan diciumnya.

“abah, Ayun datang ni. Ayun minta maaf abah, ayun dah banyak kecewakan abah. Ayun tak boleh jadi laki abah. Abah pun tahukan. Ayun rindukan abah. Ayun boleh lagi memancing lagi tau bah. Nanti bila abah bangun dan sihat ayun bawak abah abah pergi memancing kat Sungai Selangor ayun biasa memancing kat sana tau abah. Ayun dah beli joran untuk abah, ayun beli guna duit gaji pertama ayun tau bah. Ayun rindu sangat nak memancing dengan abah.” Ada airmata mengalir membasahi tudung yang dipakai ayun. Dia akhirnya dapat mencium dan berborak dengan abah walaupun hakikatnya hanya dia sahaja ayang bercakap. Bagaimana kalau abah sedar? Adakah abah boleh menerima dirinya.

“Ayun mintak maaf abah. Ayun ingat lagi, bila ayun Tanya abah kenapa 'adik' ayun ada dua. Abah kata itu namanya ‘khunts
a’ , dan abah kata Ayun ni laki. Tetapi Ayun pelik bila Ayun masuk kolej, Ayun datang bulan dan sampai sekarang, tiap-tiap bulan Ayun akan datang bulan. Ayun bukan lelaki bah. Ayun dan jumpa sakit puan masa kat kolej dulu. Dia kata hormone ayun lebih ke perempuan. Dan Ayun pilih untuk menjadi perempuan. Ayun ingat abah boleh terima perubahan diri Ayun. Tapi rupanya tidak, abah halau Ayun dari rumah ni. Sejak masuk kolej, tubuh ayun telah tumbuh macam perempuan. Ayun tak boleh kata ayun lelaki. Ayun malu nak sebilik dengan lelaki bah. Ayun tukar I/C Ayun dari laki ke perempuan. Dan Ayun kini masih lagi guna nama yang abah beri masa dulu. Cuma Ayun tambah sedikit kat belakang dengan nama Nisa’. Khairunnisa’ bah, sedapkan…bah” Ayun sudah tidak dapat menahan sebak di dada. Ayun menekup wajahnya ditepi abah. Tangannya masih lagi menggengam tangan abah. Ayun mahu abah tahu yang ayun sangat saying abah. Ayun terpaksa menjadi perempuan kerana dia selesa dengan status perempuan.
Ayun menegakkan badannya dan melihat wajah abah, diusapnya wajah abah yang cengkung sekali. Dilihatnya ada manik-manik halus keluar dari mata abah yang tertutup. Abah tahu Ayun kat sini ke? Detik hati Ayun.

“abah maafkan Ayun kan?” ayun mengusap pipi abahnya.

Ayun yakin abah dah maafkan dirinya. Airmata itu tanda kemaafannya diterima oleh abah. Alangkah gembiranya sekiranya abah ketika ini sedar dan sihat. Sudah pasti ayun akan menangis dalam pelukan abah. Sama seperti yang dilakukan abah ketika ayun mintak maaf kerana rosakkan joran kesayangan abah. Ketika itu abah marah sakan ke ayun sehinggakan abah tak ajak ayun pergi memancing dan juga hantar ayun ke sekolah. Akhirnya ayun minta maaf dan abah memeluk erat ayun apabila ayun menangis ketika memohon maaf.

“abah maafkan. Jangan lupa gantikan joran abah ni bila dah besar ye?” ayun menangis dalam pelukan abahnya…

Abah…. Ayun rindu pelukan abah. Bangunlah bah…


2 comments:

  1. best...!!!
    reka sendiri yeh?u are good in writing..
    buat la buku..compile kan..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih....
    mestilah reka sendiri... insyaAllah jika diberi masa dan peluang dan idea yang banyak adalah novel sendiri... doakan je ye bintuhood ....

    ReplyDelete