Saturday, November 13, 2010

ChilDren's Day .... Peringkat KeBAngsaAn 2010



SELAMAT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA
PERINGKAT KEBANGSAAN 2010


::Wishes In The Dark::
Sometimes when she's sleeping
I can see in my mind's eye
the little girl I thought I had,
the one who said good-bye.
Sometimes when she's sleeping
folded by her cheek
I close my eyes and see before me
a child who can speak.
Sometimes when she's sleeping
she seems so whole and well
I can't believe she won't awaken
with dreams of which to tell.
Sometimes when she's sleeping
and the tears in my eyes overflow,
I steal what kisses I can in the dark
and wonder what joys she will know.

Sometimes when she's sleeping
and my eyes ache with tears unshed,
I pray she'll always be full of peace
as she slumbers in her bed.
Sometimes when she's sleeping
I can almost hear her say
"I love you, Mom, with my heart
and my soul, each and every day".
But always when she's sleeping
I am full of pride
at the miracle that is my daughter
and the perfection that is inside


Thursday, October 7, 2010

Aku nak KAHWIN sudah!!!!!


Assalamualaikum...

Dah lama sangat tak menjenguk dan mengemaskini pelbagai aktivti dan juga perkongsian dalam blog ini.

Sebab apa ye?

yelah orang bakal menempuh satu tahap kehidupan.... alam rumahtangga...

Alam rumahtangga????
apa tu???
yang penting ada rumah dan juga tangga....
pelik tapi benar....
adakah rumah bakal suami ku ini ada tangga?
rasanya ada...
ye la orang rumah quaters kan

bila tarikh kahwinnya???
2-3 hari lagi....
lusa nikah....
huhu
tudung nikah x jahit tepi lagi....(malam ni kena jahit)

keesokkannya kenduri....
baju oppssss
masih lagi kat tukang jahit...
relax3...

tema warna apa?
simple jerk....
white & gold...

hantaran ...
tema garden....

backdrop
taj mahal mari...

bilik pengantin
kampungan...

door gift
vantage...

gambar yang tiada kena mengena topik

datang dan lihatlah..... yang penting simple jerk....




Friday, September 10, 2010

PERMATA HATI.... 2001 (W.M.F-N.S.Z)




PERMATA HATI

Sekian lamanya
aku pendamkan rasa
cahaya bagaikan permata
bilakan bersinar

Dingin ku rasakan
sepi tak berteman
menanti dalam kerinduan
tiada kesudahan

Siangku gelap bagaikan malam
hati ku resah dan suram
datangkah dia mendekatiku
menerangi duniaku

Lama ku nantikan
kama ku impikan
kau tak kunjung datang
semoga menjadi kenyataan

Engkau
permata hati
Engkau
curahan hati
Engkau
cahaya kasih
yang menerangi

Bulan menjadi saksi
Malam menjadi mimpi
Namum hatiku pasti
Kau kan kembali di sisi


Lagu ini aku terima sepuluh tahun yang lalu.... sampai kini akan aku simpan dalam hati aku... W.M.F

Tuesday, August 24, 2010

DUGAAN BUATKU

Assalamualaikum....



Dugaan datang tanpa di minta
kekadang ku mampu untuk menepiskan
dan juga menempuhnya
namun
kekadang aku jatuh jua

dugaan itu mengajar aku
mengajar aku untuk lebih
TABAH
mengajar aku untuk kenal
HAKIKAT duniawi
mengajar aku
TAK SEMUA IMPIAN ITU INDAH

Dugaan itu mematangkan aku
dari berfikiran sempit
ke berfikiran yang lebih terbuka

Andai hari2 sentiasa cerah....
tanpa hujan
manakan hidupan dapat subur menghijau

begitu jugalah aku
dugaan bagaikan baja
bagi aku menjadi insan yang berguna
yang tahu menilai sesuatu
yang bisa membuat keputusan yang tepat

lantas menjadikan aku
seorang yang kuat dan tabah
dalam mengharungi hidup ini


Sunday, August 22, 2010


Asslamualaikum....
PERTAMA SEKALI

nak ucapkan TAHNIAH kepada NOORSYUHADA MOHD NAZIR kerana baka menjadi ibu@umi@mak tak lama lagi... TAHNIAH sesangta rasanya bilalah due datenya (bersalin)? baby boy or girl la?

KEDUANYA

HANIN HOOD selamat berpose..... AISYAH MOHD juga....
kuatkan beribadah kepada, tingkatkan usaha dalam belajar jugak.

KETIGANYA

kepada semua eknalanku... selamat berpose, kepada yeatantawai, hasmadi, nor al-firdaus, cik effa dan lain2...

KEEMPAT

eh nak masukkan entry pasal buku terbaru yang aku dah khtama baca dalam bulan pose ini. Tapi tak Berapa sempat la... Tajuk bukunya ialah BUMI CINTA.... BEST SANGAT.... BANYAK ILMU yang boleh kita dapat daripada buku ini.... esok lusa aku masukkan entry pasal buku tu ok...

KELIMA

selamat berpose, bertaraweh, dan bertadarus...


SAyonara
Ma'assalamah

Wednesday, August 11, 2010

:< Kini KEMBAli


Assalamualaikum....,
Apa kahabr... dah berabuk dah blog... aku rasa dah macam horor sikit la plak nak buka blog ni... mcm dah berhantu.... hahhaha
by the way, selama hampir 2-3 bulan langsung tidak meng'update' aktiviti yang tidak patut di update. Aku kembali ke laman ni.... membersihkannya dan mencuci mana-mana yang patut....

CUBA BAYANGkan....
BLOG mcm RUMAH

BILA RUMAH LAMA DITINGGALKAN.....
kenalah CUCI....

KALO BLOG LAMA DITINGGALKAN.....
kenalah CUCI.... (tapi dengan apa?)

BILA RUMAH takda PERABOT.....
kenalah BELI PERABOT.. PASANG LANGSIR ... LETAK TV...PASANGA ASTRO

KALO BLOG takda PERABOT.....
boleh ke nak kena BELI PERABOT.. PASANG LANGSIR ... LETAK TV...PASANGA ASTRO

kalo dulu sebelum zaman IT melanda dunia, mungkin kita rasa x mungkin perkara virtual ni x mungkin boleh samakan dengan rumah...

BUT... today everything will be come true... BLOG ni boleh kita cuci dengan delete entry yang tak patut.... BLOG boleh tambah PERABOT dengan wadget kat tepi2 ... siap ada ruangan sembang...sebijik mcm rumah ada ruang tamu...boleh plak nak tambah TV & RADIO....

So.... kalo SAYANG blog ANDA.... buatla macam rumah hang (alamak terkena kat kepala sendiri).... KEMAS dan sentiasa isikannya dengan perkara yang bermanfaat...

oklah....
SAYONARA....
WAssalAm

Wednesday, May 26, 2010

Entry melalui CT CS4....

Huhu ini adalah trial aku yang pertama untuk menggunakan Ct sc4... lambat sikit... tapi best gak coz aku boleh nak pak dengan jelas dan bagaiman nak adjust entry aku kat blog..


Kembali meNERJAH

Asslamualaikum…. J

begitu lama kau tak meng'update' blog ni… ramai kengkawan dah bagi signal ( perasan ramai peminat… opppssss ada aku kesah???).

whatever lah … jom kita check kembali apa yang aku lakukan sepanjang beberapa minggu yang lalu…

APRIL

9hb = hantar paper project untuk di jadikan buku.. seronok dna berdebar.. beratus jugak lah habis. apa taknya buku setebal lebih dari 160 muka surat perlu di bukukan sebanyak 6 buah

  1. penyelia
  2. pemeriksa
  3. jabatan
  4. library utama
  5. JPA
  6. diri sendiri

alamak labu… bukannya murah… kena plak print out yang ada color dah kena guna color.. budget beb… beratus jugaklah berabis. harap sangat dapat balik duit dari JPA dan juga dapat A.

12hb= hantar paper project… inilah saat2 yang dinanti-nantikan oleh semua penuntut tahun akhir. termasuk aku juga. siap berdoa dihadapan penyelia.. terima kasih banyak2 kepada dr ishomuddin sulaiman ilyas yang merupakan penyelia aku dan juga pensyarah jemputan jabatan siasah syar'iyyah.

13hb= aku masih lagi kat UM walaupun ramai yang dah pulang ke kampung. apa taknya. banyak asgment yang aku tak siapkan lagi.. today siapkan islam dan ideology.

14hb= pepagi lagi dah kuar ke PPZ (singakatan kepada perpustakaan Za'baa).mencari bahan dan juga isi untuk sistem pentadbiran islam (kumpulan). tajuk apa ye… oh kepimpinan islam.. akhirnya si effa yang siapkan (thank u effa .. akak sayang kamu)

15hb= hari tu pun macam semalam… ke PPZ siapkan asgment yang netah bila akan siap…. dapat plak sms dari si effa minta buatkan qiyas….. huhuhu ….. al-kisahnya..bila kura pepagi dgn perut kosong… alamatnya… kepala ku akan pening dan rasa nak pengsan. nasib baik bawak coklat dan air kosong dalam beg. coklat seinci jadi alas perut aku yang dah kekosongan tu untuk satu hari.

16hb= hantar semua asgment dan pulang ke KG.. seronok beb.

16hb-4 mei = perjalan hidup pelajar yang menghadapai exam…. sangat tension dan jiwa kacau sokmo….

5hb mei- 26hb= kemas buku-buku di rumah sewa di p.permai….


ni sebahagian buku aku yang dah diikat dan diletakkan dalam keta bahagian belakang tempat duduk.. penuh ruangan belakang tu.

bawak pulang kerumah… mak siap sound " wei….ini nak jual buku ke?"… aku sengih je la … siap jawab lagi beb "hehehhe duit mak jugak"….

dua kali round la dari kl – Pahang mengangkut harta karun aku yang tak berapa laku…..

mak kata "kau tahu tak.. semua bilik dalam rumah ni ada barang ko k.lang…. bawaklah insaf barang ko dah berlambak kat dalam rumah ni"….

aku "betul ke? hehehhe… biasalah…."

sekali kena ketuk kepala dengan mak aku… muncung dua puloh inci mulut aku kepala kena ketuk dengan mak (hahahaha lawak je… lawak ke? x kelakar pun)…..


 


kek madehand aku.. perasa oren… sipa aising beb.. boleh jual mak aku kata


di deco aku sendiri k…. siap ada nama adik aku yang kecik sekali ( x berapa kecik la)


eh… nama aku pun ada gak …..


HEPI MOTHERS DAY…. SORY LA MAK AWAL DUA HARI….


inilah rupa kek aku dari dalam….. SEDAP……


 

Esok paginya adik aku dah bersiap dengan kuda merah dia …. bertolak dari Pahang ke Kedah….naik kuda inilah….



 

Aku pulak bersiap2 tengahari sabtu dan pi ambik anak buah kesayangan aku si AFIQAH…..

petang tu sms si Effa ajak dia dinner…. tapi dia dah pulang ke KG…

aku pun ajak la si Aisyah ana pak tohid…

konon nak makan sedap… bertolak dari UM jam 10 malam…

jumpa kedai makan jam 12 malam

<sesat dua jam… asiyah naik lapar… AFIQAH siap tido kat seat belakang..>

ini makanan yang kami pesan

spageti olive oil…. BIG PLATE


bayak tol seafoodnya… yummi2


 


muka asiyah yang kekenyangan


ni pulak muka budak yang mengigau makan jam 12 tengahmalam… hahha makan spageti…


 

setiap minggu berehat ini penuh dengan aktiviti ….. 1. bina badan ….2. bina badan lagi… 3. driver utama mak……4. pembantu tetap kak long aku….

minggu kedua lepas exam aku dah kena pi rumah along di sungai besar… dia wat kenduri… so siapalah lagi menjadi pembantu tetap dia? akulah…. the lovely sister.. hahaha

still menyibukkan diri dengan membantu kakak dan emak di rumah…. kemas itu dan ini… kak long dan mak wat keputusan untuk jadikan bilik tido aku sebagai mini library (ini adalah kerana buku aku yang terlebih banyak berbanding adik-beradik yang lain)….. so kenalah kemas…..


 

Aktiviti Sampingan

  1. 27 hb mei = pi ganu kahwin si ummu(rasanya tak dapat pi…. coz ada orang tempah aku untuk tolong kenduri kahwin)
  2. 29 hb mei = ambik si budak kecik… AFIQAH… di DARUL HUFFAZ
  3. 30hb mei = reunion MADA…. dan pi IKEA (mau cari perabot… HANIN TEMAN KEN BOLEH?)
  4. 31hb mei= balik KG… coz jam2 petang nak hantar mak pi BELAJAR NGAJI….
  5. 6hb jun = ambik AFIQAH di DARUL HUFFAZ dan bawak dia pulang ke sg besar….
  6. 7@8hb jun = mengambil barang PENTING kad kedai bunga…
  7. 12hb jun = pi JOHOR kahwin kak YUS
  8. 14hb jun= EFFA janji nak belanja maaaaaa (ingat effa)
  9. 15hb jun= mencari barang yang penting…
  10. 16hb jun= kemas bilik dan siapkan bahan-bahan
  11. 20hb jun= MY BIG EVENT……


 


setakat itu sahaja yang aku sempat tulis… rasa sangat penuh….

Tuesday, May 25, 2010

Aku Ada Kamu….

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,

Kau suluhkan sinar petunjuk,

Di kala ku kesedihan,

kau ukirkan senyuman,

Dengan penuh sabar memujuk,


Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.


Andai hari esok langit akan runtuh,

Tabahlah menjunjung bersamaku,

Andai hari esok dunia gelora,

Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


Di kala aku tak pasti,

Kau tampil dengan berani,

Membimbing agar lebih yakin,

Dan bila hidup penuh soalan,

Kau berikan jawapan,

Melengkap semua kekurangan...


Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,


Andai hari esok langit akan runtuh,

Tabahlah menjunjung bersamaku,

Andai hari esok dunia gelora,

Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


Tidak mungkin diri ini mampu,

Hidup tanpa doronganmu,


Andai hari esok langit akan runtuh,

Tabahlah menjunjung bersamaku,

Andai hari esok dunia gelora,

Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.



Wednesday, April 28, 2010

.: Penangan DIET :.

Assalamualaikum.... semua

NOW ! kat dalam PPZ (lib kat UM). Memang syok dok sini...
but!! Kepala Pulak SAKIT... PUSING...
Nasib Baik BAWAK....

apa lagi..... lari ke tingkat bawah (tempat letak beg) dan makan seinci coklat rendah lemak dan minum setengah botol air kosong...

ini adalalah kerana x ambik nasi dalam makanan dua - tiga hari ni... just makan epal hijau 2-3 biji sehari

kenapa?
DIET la apa lagi....

inilah akibatnya lupa yang diri sendiri adalah manusia yang ada gastrik dan mudah masuk angin kalo x makan....
sabo je la....

Monday, April 26, 2010

.: Aku Lagi PriHatin :.

Assalamualaikum......


hari ni aku cukup masa untuk memasukkan entry yang banyak... huhu Seronoknya... Dalam gembira ada duka... siapa yang tahu kna?...

pagi2 yang sedih ini, aku bukalah blog kengkawan .... ye... selepas dua tiga minggu bergelut dengan kertas dan nota-nota. Baru aku sedari kes buang anak kat Malaysia ini semakin meruncing.



Apalah dosa anak kecil itu kan?

SIAPA ibu dan bapa mereka?

MENGAPA mereka dibuang begitu sahaja?

TAK SEDIH kah melihat simbolik cinta pasangan kekasih di buang begitu?

HATTA dia anak luar nikah

DIA bukti CINTA mereka.. kamu dan kamu...

SEDIH melihat mereka tidak berpakaian...

SUDAH HILANG AKAL kah IBU dan BAPA?

SUDAH HILANG PERIKEMANUSIAANkah kalian?

DIA mahu hidup...

dibesarkan dan disusukan

diberi pelajaran

dan

AKHIRNYA....

AKAN MENJAGA KALIAN DI WAKTU TUA








.: MalaY WEdding vs Kena Marah :.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh......
Semalam pi Malay Wedding Expo... huhu best betul melihat decoration kek kahwin dan pelamin.... teruja betul... TeTIba je rasa nak Berkahwin.... dengan sapa pun tak tahu....
ni kek yang paling besar dan tinggi ada kat sana.....(ish xmau la aku kek besra mcm ni... mcmn nak potong)


ni plak baju pengantin... versi melayu

Balik dari sana terus colapse.... tp sebelum tu aku dah onn YM aku....biasa la walaupun online aku dah pun terlelap... Dok mimpi pasal kahwin lagi ko (aku just jadi pengapit je...dalam mimpi pun xda orang nak).....

Bila pagi, biasa la sibuk dengan nak urus keperluan diri.... kawan Buzz kat YM pun tak perasan...

so apa lagi kena marahlah.... takut dan sedih pun ada....
aku rasa macam kucing ni la plak bila kena marah......

bye2....


Wednesday, April 21, 2010

.: Nota Cinta Buatmu:.



Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah


nota cinta: Saujana

EXAMMMMMMMM






Tuesday, April 6, 2010

.: Budak Rumah aku bagi komen cepat? :.

Assalamualaikum & Selamat Pagi....

Semalam bersamaan 5 april 2010, aku buat resepi baru yang bagi aku sangat la simple....

ni dia spaghetti paper project aku


budak2 rumah aku yang rasa spaghetti ni sila beri komen anda.