Saturday, November 14, 2009

~Minggu Exam Yang Menyesakkan Minda~



Assalamualaikumm semua,...

Dah lama sangat rasanya tak update blog ni. Mana kan tidak penat mengulangkaji(macam kenyataan palsu je). Almaklumlah kalau sudah menjadi tabiat manusia yang suka sangat wat kerja last minute dan study bila nak exam (bila nak berubah ni?). Rasanya dah hampir dua tahun setengah kat UM ni tetapi still lagi
perangai macam tu.(sapa boleh tolong ubatkan?) Paper pertama aku bermula 5hb dengan subjek yang aku rasa sangat2 tak faham masa belajar, tapi dah study dan cari bahan baru aku faham dan rasa tak la payah sangat subjek Sejarah Pemikiran Politik Moden tu...

Walaupun minggu study aku sempat lagi
untuk keluar merendek dengan kengkawan UiTM Puncak Alam (mek nin) dan UiTM Shah Alam (mek nor) kat Mid Valley. Perancangan awalnya kitaorang nak main bowling, tetapi coz si mek nin ni takut drive tengah malam so terpaksa batal je niat tak baik tu. hahahaha.... Kawan2 rumah aku pun pening je aku rasa sebab aku dah wat jadual study dan malam kitaorg merendek tu aku kena study (wat selamba je la). So bila dah penat window shopping, aku apa lagi penat dan terus tido dan habislah musnah harapan nak study malam tu(angan2 minah jenin je aku ni).


Lepas tu aku terus dengan study dan tido (STADO)... asal je nak study dada aku mula sesak nafas. Ada penyakit apa plak la ni? Asal je nak study aku mulalah rasa x leh nak nafas. Lagi satu penyakit time nak exam dan study ni perut aku ni asyik berkeroncong. Itu masalahnya kerana aku ni suka masak, aku sanggup habiskan masa kat dapur daripada kat depan meja dan laptop. Tapi aku nak ucap terima kasih sangat2 kat kawan aku sorang ni, time aku study je mesti dia teman kan aku. Kuranglah sikit rasa bosan aku ni, walaupun kami dok borak kat YM je(hehehhee YM aku online sokmo). Paling tidak aku boleh la stay up sampai 3-4 pagi. (TERIMA KASIH
SAHABAT.... :-) )

Minggu depan ni, adalah minggu paling mencabar(takut la plak nak hadapinya). Tiga subjek berdere-deret, dah la tiga2 tu punyer la power penangannya kat aku especially kat subjek URUF WA MASLAHAH. Terpaksalah aku tumpu dan tak tido malam untuk subjek ni. Harap sangat subjek ni aku paling koma
n dapat la A(hehehe study malas) xpun kalo lulus ( B+ ) aku dah bersyukur bukan senang tau...Ya Allah bantulah hambamu ini...

Sebelum aku keluar, aku nak ucapkan GOOD LUCK to all candidates SPM'09. ALL THE BEST .... think always u can Because We are Pro Mahasiswa " YES WE CAN"

Ok
CHOW CHIN CHOW
WASSALAMUALAIKUM.....

1 comment:

  1. uikss.who is your "sahabat" that always teman u tu?hahaha
    adakah saya?no no..

    ReplyDelete