Sunday, September 6, 2009

Ayam Lemak Cili Api


.... hu hu hu, baru je tadi kawan aku nak sangat aku masukkan resepi. So, aku pilihla AYAM MASAK LEMAK CILI API. Gerenti pedas, orang kelantan mesti x tahan (orang kata orang kelantan ni tak kuat pedas. Betul ke?)

Bahan- Bahan :-
1/2 ekor ayam
2 ketul kentang
19 biji cili api

2 1/2 inci kunyit hidup
sekotak santan M&S (ikut korang la nak santan jenama pa)
dua batang serai
sekeping asam keping
garam secukup rasa

Cara Masak:-
1. tumbuk cili api dan kunyit hidup sampai lumat. kalo tak cantek nanti kuah tu.
2. titik serai
3. basuh ayam dengan bersih.
4. kecutkan ayam didalam periuk bersama dengan cili api yang telah ditumbuk dan serai yang dititik. kalo suka kentang yang lembut, masukkan sekali kentang dengan ayam yang hendak dikecut.
5. apabila ayam tu dah kecut (masak), masukkan santan. masukkan garam, asam kepin dan daun limau purut.
6. masak guna api yang sederhana, takut nanti kuah tu jadi ketul-ketul.
7. Jangan lupa rasa takut x masin.
8. bila mengelegak, tutup api dan angkat periuk tadi ke dapur lain. Ini kerana takut dapur tu panas dahn boleh wat kuah lemak tu akan jadi tak cantek.

p/s : Bila korang dah try, bagitahulah rasanya ye.


~ SELAMAT MENCUBA~
CHOW CHIN CHOW

1 comment:

  1. Masak lomak cili api..

    bile nk jamu makan ni?tiba2 lapar.hahah..
    kalu nk masak, masak bagi pedah berapi,,jgn pedas manis..
    tak sedap la gitu kan..

    ReplyDelete