Wednesday, September 9, 2009

Hobi tidur lepas Subuh...


Tidur lepas subuh? Jangann kata korang tak pernah atau pun korang tidak berminat langsung nak tidur selepas Subuh. Mak aku ada kata yang tidur lepas Subuh ni boleh buat kita malas dan rezeki lari. Betul ke? Bagi aku biasalah anak-anak muda (macam aku) tidur lepas subuh. Yela waktu tu rasanya amat nyaman sekali, mimpi pun time tu best-best (hehehe).
Tetapi kerana tabiat ni.. aku
mengalami satu peristiwa yang tidak dapat aku lupa. Apa taknya, macam biasa lepas baca ma'thurat aku akan berdampingan dengan baby aku(bantal busuk) sambil baring-baring di toto. Dan pada hari tu pulak, aku nak pi jumpa orang jam 8 pagi. Punyer la aku ni tak boleh nak tinggalkan tabiat buruk ni, ada date pun aku boleh belasah membuta lepas Subuh. Yela, aku dah pasang niat nak bangun jam 7 pagi untuk bersiap-siap. Korang tahu apa jadi? Aku dapat agak dah korang mesti tau punyer la. Aku bangun Jam 8 pagi, aku apa lagi kelam - kabut sampai pagi tu aku rasa macam mandi tak basah dan... ( aku rasa aku tak gosok gigi, hehehe).

Aku jumpa gak orang yang nak aku ketemui tu, tapi jam 9 pagi la. Haila..bila aku jumpa je, takut giler rasanya aku bila tengok muka dia yang tengah puasa sunat tu, nampak macam harimau yang tengah lapar(nasib baik puasa, kalo tak mati aku dia telan). Aku pun apa lagi mintak maaf dan ampun la, tetiba je dia gelak ke aku. Korang tahu apa? aku jumpa dia dengan pakai seluar tido gambar ultraman. Patutlah aku rasa mandi tak basah, rupa-rupanya aku tak mandi pun pagi tu.

Jadi, aku pun kena leter la sampai 2 jam. aku rasa dah insaf nak tidur lepas Subuh (insaf sekejap kot ,hehehe). Korang nak tahu aku jumpa dengan sapa tak? Aku jumpa dengan bakal majikan aku la. lepas tu dia siap bagitahu jangan tidur lepas Subuh kalo dah kerja(baik bos!). Dan untuk pengetahuan korang, bos aku ni memang baik sebab bos aku ni ialah My oldest sister.

Dan aku sampai sekarang tak insaf lagi untuk tidur lepas Subuh... dan hari ni peristiwa bangun lewat berlaku kembali. Aku terpaksa mengadap muka lecturer aku lepas zohor ni.(nak bagi alasan apa ye?)

CHOW CHIN CHOW


No comments:

Post a Comment