Sunday, December 6, 2009

~Warkah Cinta Dari Kaherah~ 2

Seusai solat maghrib secara berjemaah dimasjid dan solat sunat ba'diah, 25 orang pelajar lelaki berkumpul di satu sudut belakang masjid. Kelihatan seorang akh berjubah putih dan berserban putih dan ditangannya kitab yang setebal 5cm duduk dipaling hadapan perkumpulan itu. Akh memandang ke sekeliling masjid, memastikan tiada yang tertinggal, atau masih lagi menunaikan solat sunat. Sementara menunggu sahabat-sahabat yang lain, mereka mengulang bacaan Al-Quran. Seorang pelajar berjalan ke arah kumpulan pelajar lelaki itu, semua melihat kearahnya. Amin, pelajar tingkatan 6 bawah merupakan pembantu kepada akh Aqil dalam kelas tasmi' ini, semua penghuni asrama memanggilnya 'bro Amin'. Bro Amin duduk disebelah Akh Aqil dan meminta maaf kepada yang menunggu kehadirannya.

Semua membaca doa pembuka majlis Al-fatihah dan doa dikuatkan hafazan.


Seorang demi seorang mentasmi' hafalan dengan akh Aqil dan bro Amin. Keduanya merupakan lepasan dari Maahada Tahfiz Wal Qiraat, repek. Sejak mereka berdua memasuki sekolah agama Umar Al-Aziz, kelas tahfiz telah dimulakan setiap maghrib bagi sesiapa yang berminat untuk menghafaz Al-Quran. Sesiapa yang sudah mentasmi'kan hafalan maka akan melakukan aktiviti secara sendirian, samada mahu membaca Al-quran ataupun pulang ke asrama. Tetapi dalam masa sejam untuk menghafal ayat Al-quran yang baru memang tak sempat.

"Bro Amin, boleh tak saya beralih ke ayat lain? dah dua hari saya tasmi' ayat yang sama" pinta seorang pelajar. Wajahnya mengharapkan keprihatinan dari bro Amin.

"Bro akan tambah ayat bacaan kamu kalau kamu lancar hafzan kamu ni sebelum jam 12 malam ini" Bro Amin mula mengugut dengan nada tegas.

"Lepas prep saya jumpa bro Amin di dorm bro ye?" bersungguh-sungguh dia mahu menambah ayat bacaannya. mungkin dah terlampau bosan menghafaz ayat yang sama dari kelamarin. Bro Amin menganggukkan kepala tanda setuju dengan permintaan pelajar tersebut.

Pelajar tadi merupakan pelajar terakhir yang ditasmi' hafazannya dengan bro Amin. Akh Aqil masih lagi mentasmi' seorang pelajar yang kini memasuki juz ketiga. Akh Aqil kelihatan khusyuk mendengar bacaan dari pelajar itu. matanya ditutup dan mulutnya seperti mengikut apa yang dibaca oleh pelajar tersebut. Kekadang jari akh mengetuk meja kecil dihadapannya sekiranya ayat yang dibaca atau tajwidnya salah.


****************************************************

Di bahagian banat pula, tiada program yang khas untuk sesiapa yang mahu menghafaz Al-Quran. Tetapi ada kelas Al-quran untuk adik-adik kelas satu dan peralihan. Ada juga yang mengambil masa selepas maghrib untuk menghafaz ayat hafazan untuk peperiksaan. Setiap tahun sudah ditetapkan ada surah yang perlu dihafaz, tingkatan peralihan akan menghafaz juzuk 30, tingkatan satu juzuk 29, tingakatan dua surah pilihan (Al-Mulk, As-Sajadah, Ad-Dukhan, Yaa Siin, Ar-Rahman dan Al-Waqiah). Manakala tingakatan 3 akan mengahafaz juzuk 1, tingakatn 4 juzuk 2 dan surah pilihan untuk SMU (Sijil menengah Ugama)dan tingkatan 5 juzuk 3.

Mek Nin akan mengambil menjaga aktiviti pelajar tingkatan satu, Aisyah pula menjaga tingkatan 3 dan Ken akan menjaga aktiviti selepas maghrib pelajar tingkatan 2. mereka bertiga akan mengumpul adik-adik bawah jagaan mereka di bahagian atas masjid pada setiap hari Ahad, & Selasa. Hari Isnin dan sabtu pula akan diadakan tazkirah maghrib untuk semua penghuni asrama puteri. Hari rabu malam dan khamis malam jumaat pula diadakan kuliah dimasjid.

Ketika adik-adik membaca Al-quran, Ain menjalankan projek yang lain pula. Port kegemarannya ketika menghafal Al-quran ialah ditangga yang menuju ke tingkat atas masjid. Disitulah Ain boleh mengintai jejaka idamannya. Sambil menyelam minum air (tak tersedak ke?), sambil-sambil menghafal matanya mengintai dari lubang dinding ditangga yang sememangnya akan menampakkan tempat solat bahagian banin. Yang pastinya sebelum mengintai, dia akan pastikan tiada orang yang ada di tangga. Jika tidak... tandas masjidlah akan menjadi tempat dia bertapa nanti masa prep.

'Comelnya dia' detik hati Ain. 'Eh! kalau kawan aku tahu ni matilah aku' hatinya berkata lagi. Sebagai seorang ahli dalam N-MIL, semua dilarang sama sekali untuk menaruh perasaan dengan mana-mana lelaki. 'Issshhhh mana diorang tahu, Ain pun tak tahu' hatinya tersenyum kambing. 'jangan tengok lama-lama nanti dia perasan' terkehek-kehek hati Ain ketawa.

**************************************
'Kenapa rasa lain macam ye?' cetus hati Bro Amin.

'Setiap kali waktu maghrib, rasa seperti gerak geri aku diintai oleh sesuatu' bro amin berkata sendirian didalam hatinya. Di pandang ke sekeliling masjid, tiada yang mencurigakan.

'Ke aku nak mati ni?' hatinya mengingatkannya akan kematian. Bro Amin menutup matanya dan berdoa didalam hati
'Ya Allah seandanya ajalku sudah mendekatiku, maka berikanlah peluang kepadaku untuk bertaubat, berbakti kepada kedua ibu bapa ku dan aku dapat memberikan yang terbaik untuk umat manusia'

**************************************sambg

No comments:

Post a Comment