Selamat Hari RABU... CERKON hari rabu.
BENAR kata pepatah air yang dicincang tidak akan putus. Begitulah juga perhubungan adik-beradik. Walau sehebat mana gelora yang datang melanda, air tidak pernah terputus. Adik beradik, abang, kakak dan adik umpama molekul - molekul yang ada dalam air.
Aku dilahirkan didalam keluarga yang sederhana, bahkan aku pernah merasai kekurangan hidup. Semasa aku berada darjah satu, aku sudah pun mula menjual nasi lemak kepada kawan-kawan aku di sekolah. Dengan duit jual nasi lemak akan aku berikan pada ibu. Bermula dari 10 bungkus nasi lemak yang aku jual, lama kelamaan ibu menyediakan 30 bungkus nasi lemak kepadaku setiap hari.
"mir, nasi lemak ada lagi?" Senior darjah 3 Mutiara menanyakan kepadaku.
"ada tinggal satu je lagi bang" aku mengeluarkan nasi lemak terakhir kepada senior.
"esok aku nak dua ye. aku nak bagi kat awek aku satu" aku hanya mengangguk.
tersenyum aku sendirian, apabila melihat hasil jualan nasi lemak ibu laku setiap hari. Setiap pagi sebelum jam loceg berbunyi, aku akan pastikan nasi lemak ibu habis dijual. Tetapi apabila tidak sempat habis, aku terpaksa menyorokkan nasi lemak tersebut di dalam almari yang berada di belakang bilik darjahku.
pernah suatu hari,
"bau nasi lemak siapa dalam kelas ini?" cikgu Bainun mengesat-ngesat hidungnya.
Semua memandang ke arahku. Aku tunduk ketakutan. Aku tahu di dalam kawasan sekolah tidk dibenarkan menjual apa-apa jua. Tetapi aku terdesak melakukan ini. Hasil untung jualan nasi lemak inilah yang akan menjadi duit sekolah aku dan adik-adik aku yang lain.
"nasi lemak Amir, cikgu" Bakar membuka rahsia.
Cikgu berjalan ke arah aku. terasa percikan air keluar dari rongga roma.
"mana nasi lemak kamu?" cikgu bainun mengarahkan aku mengelurkan nasi lemak.
aku mengeluarkan dua bungkus nasi lemak keatas meja. Aku masih lagi menundukkan kepala.
"bagi cikgu satu boleh?" cikgu bainun tersenyum.
Apa lagi ketika itu, mulut aku ternganga luas dan mata ku terbeliak kekeliruan mengdengar permintaan cikgu bainun.
"boleh tak amir?" cikgu bainun melambai-lambai tangannya dihadapan muka ku.
"arrrr...bo.. bo... booo leh cikgu" aku mengangguk.
"terima kasih ye Amir" sebungkus nasi lemak sudah pun berada di tangan cikgu bainun. siapa sangka cikgu bainun yang dikenali dengan garangnya didalam kelas, telah teroikat dengan bau nasi lemak ibu. nasi lemak ibu memang powerlah.
******************************************
"adik tetap nak dia. abang jangan masuk campur hal Khaulah ok" suara khaulah.
"abang kata, tak boleh. tak boleh lah. kenapa Khaulah degil ni?" aku masih dengan nada harmoni dan simfoni. Namun, siapa tahu dalam nada simfoni itu, dada aku terbakar dengan permintaan adik kedua ku itu.
"Ap kurangnya Zahar? dia belajar bagus" adikku masih lagi dengan pendiriannya.
"abang tahu si Zahar tu bagus dalam pelajaran. Tapi, kamu tak dengar ke si Zahar tu buat macam-macam masalah kat kampung ni dulu?" aku cuba membuka mata adikku sorang ni.
"dia dah berubah la bang. Khaulah tengok sendiri dia pergi solat kat masjid. Kat kampus pun si Zahar tu dah tak terlibat dengan buda-budak liar pun"
"tapi tak percayalah si Zahar boleh berubah dalam masa sesingkat itu" aku menunjukkan keraguan aku terhdapa fakta yang dikeluarkan oleh adikku.
"abang boleh tak jangan jugde Zahar lebih-lebih. Abang sedar tak diri abag tu sapa? Abang tu hanya penjual nasi lemak. belajar entah kemana". Adikku sudah melampau
PANG!!!!!!
******************************************************
"apa ni har?" Khaulah menolak tangan Zahar yang mula menjalar di lengannya.
"ala.. janganlah takut. Semua orang bercinta memang macam ni la Khau" Zahar memujuk.
"jangan!" Khaulah menolak tangan Zahar sekali lagi. Kemarahannya memuncak, Zahar tak mendengar kata.
"kolotlah u ni Khau" Zahar merajuk
"ada i kisah..."Khaulah bangun dan meninggalkan Zahar sendiri di Taman Universiti.
'Khaulah kau ingat aku nak sangat ke kat kau tu. Muka bukannya cantik sangat. Aku hanya teringin dengan duit kau sahaja. adik penjual nasi lemak, not mt taste!' gerutu hati Zahar. Malam ini seperti malam-malam sebelumnya. Anne, Sofie, Jane dan betina yang seksi - meksi pasti tak sabar menunggunya.
"Hello, i'm Zahar Datuk Mansur..." Zahar menelefon seseorang.
Khaulah geram dengan tindakan Zahar. Berani zahar menyentuh yang bukan mahramnya. Walau sehabat mana cintanya kepada zahar, dia tak sanggup menggadaikan maruahnya. Adakah semua perubahan yang dilihatnya hanya lakonan sahaja dari seorang manusia yang bertopengkan manusia. Hatinya terus membentak, geram dan sedih dengan perbuatan kurang ajar zahar. Manusia tu patut diajar. Esok tazkirah tentang menyehtuh bukan mahram akan dia beri pada zahar. Malam ni sms yang diterima zahar hanya di pandang sepi. Dia perlu bertegas dalam bab begini.
*********************************************************
Tajuk berita
ANAK DATUK DITANGKAP BERZINA
Kuala Lumpur : Sepasang kekasih telah ditangkap oleh pihak agama Islam malam semalam. Serbuan dibuat ketika pasangan kekasih itu sedang bermadu kasih di hotel mewah di tengah Bandar.
Amat memalukan apabila serbuan dilakukan, pasangan langsung tidak sedar bahawa bilik hotel mereka telah dipecahkan oleh pihak pencegah maksiat dan polis. Polis memaklumkan, mereka telah menerima aduan dari seorang saksi yang menyewa bilik di hotel berkenaan. Mereka melihat sepasangan kekasih yang dalam keadaan yang amat memalukan telah menginap di hotel tersebut.
Pihak polis memberitahu berita, ketika serbuan dibuat juga, mereka telah mendapati beberapa botol arak dan pil khayal bertaburan di dalam bilik tersebut. Ujian kencing telah dibuat ke atas pasangan tersebut dan mereka telah didapati positif dadah. Tahap alkohol mereka juga tinggi.
Apabila disiasat, teman lelaki pasangan tersebut merupakan pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Selangor dan adalah anak kepada seorang datuk yang terkenal di Kuala Lumpur ini.
***************************************************
Hari ini adalah hari konvokesyen Khaulah dan rakan-rakan yang lain. Semua tersenyum girang, topi graduan dan scroll mereka campakan ke langit. Sinar kegembiraan jelas terpamer di setiap wajah graduan.
“abang, ibu tengok ni. Khau dapat anugerah diraja” Khaulah menunjukkan hadiah yang diterimanya hari ini.
Kecemerlangannya dalam akademik tidak dapat disangkal. Setiap semester dia mendapat 4 flat, dan setiap tahun mendapat anugerah dekan. Bukan itu sahaja, Khau juga aktif dalam persatuan dan kelab yang dianjurkan di dalam universiti.
“terima kasih banyak abang dan ibu” air mata Khaulah jatuh ke pipi.
“kenapa pulak ni? Hari baik dan gembira ni mana boleh menangis” aku memberi tisu kepada Khaulah. Ibu hanya tersenyum meilhat gelagat Khaulah yang sememangnya tidak dapat dijangka.
“sebab nasi lemak ibu dan berkat usaha abang, Khaulah Berjaya. Maafkan Khaulah sebab hina abang. Kini Khaulah sedar abang banyak berkorban untuk Khau dan adik-adik yang lain”aku memeluk Khaulah, ibu tersenyum adik-adiknya juga gembira melihat kakak mereka sudah Berjaya.
-----The end----
***************************
Aku rasa cerita aku kat atas ni langsung tak da kaitan dengan air yang dicincang takkan putus…. Konfius betol…
No comments:
Post a Comment