Assalamualaikum....
lama betul aku tak mengadap blog aku ni...
entahlah, rasanya hari-hari dihabiskan dengan membaca buku dan novel. akhir bulan februari yang sangat kritikal...... Sangat kritikal apabila kau TAK LALU MAKAN..... dan yang lagi kritikal aku rasa minggu lepas penyakit kepala aku datang kembali.... setiap pagi kepala berdenyut-denyut.... bila masuk tengahari sakitnya pun hilang..... So apalagi aku carilah maklumat dari internet.... yela nak tahu tanda apa penyakit aku ni..... dari hasil carian maklumat aku tu. Aku dapat simpulkan yang aku berkemungkinan menghidap MIGRAIN.... STRESS.... BARAH OTAK (nauzubillah)....
Bila aku dapat tahu tentang maklumat itu semua, aku jadi lagi sakit kepala dan tak lalu makan. Maulidur rasul yang sepatutnya aku sambut dengan gembira akhirnya menjadi medan aku menenangkan diri. Kenapalah aku tak pergi jumpa doktor dan buat pemeriksaan kepala aku ni... Oi dah nama pun shiken manalah aku nak jumpa doktor... doktor yang datang jumpa aku adalah(yela kakak aku kan doktor).... Tapi aku rasa aku tak menghidap penyakit ketiga .... pertama juga juga bukan.....
COZ
bila baca novel dan buku, kepala aku dah tak sakit... kemungkinan aku stress yang amat sehinggakan aku pening kepala. biasalah bila dah stress semua tak betul. Alhamdulillah syukur kepada tuhan kerana berikan aku kesihatan pada minggu ni dan menjadikan aku lebih sihat....
CUMA
aku masih lagi tak selera makan... aku hanya mengidamkan MAGGI+TELUR.... Orang rumah aku dah bising, katanya tak mau aku mati... (makan maggi pun mati ke?)... Sayang gak budak rumah aku kat aku... Yela tiap-tiap hari hanya bertapa dalam bilik (beruzlah la katakan)....Thanks kengkawan....xspecially kat KINAH yang menyuarakan kerisauannya (sejak bila la budak ni jadi minah jiwang).
LASTly.....
aku nak SYORkan kepada korang untuk tengok cerita ni......
NODAME CANTABILE.... orang yang senu macam aku memang suka kalau ada cerita pasal muzik, lukisan, dan segala yang senilah.....nanti bila kau dah habis tengok cerita ni, aku akan kongsi dengan korang ye......
thanks for all.....
luv u all....
from... tiger woman....
No comments:
Post a Comment