“Ain ada orang kirim surat ke ko?” Huda berbisik sesuatu ke telinga Ain. Surat bersampul purple itu disorokkan kedalam laci meja Ain. Ain terkejut, lantas mengambil surat itu dan dimasukkan kedalam beg.
‘surat dari siapa?’detik hati Ain.
‘tak mungkin dari ibu. Takda setem pun’
‘Agaknya dari Jannah kot?’ Ain mula berteka-teki. Tak sabar hatinya untuk mengetahui siapa pengirim mesteri itu. Jam tangan Q&Q dijeling,
‘baru jam 1 petang. Lambat lagi nak balik’. Suasana dibilik kelas mula sunyi. Sebahagian rakan-rakan telah menuju ke masjid untuk menunaikan solat Zohor. Ain membuka kembali begnya dan membelek-belek surat itu secara sorok-sorok.
‘warkah buatmu, Ain? Daripada, kasut putih?’ Ain membelek-belek surat itu. Tulisan pengirim mesteri itu sangatlah kemas. Ain kagum namun geram kerana sipengirim seperti mahu mempermainkan dirinya. Surat itu disorokkan didalam buku Al-Quran Sunnah agar surat itu disimpan kemas, agar tiada sesiapa sedar akan kehadiran surta itu kecuali dia, Huda dan pengirim surat ini.
‘siapa ye yang bagi surat ni? Bro Amin? Tak mungkin jejaka idaman hati aku. Lagipun Bro Amin tu baik giler. Sihah ke yang bagi? Tak mungkinlah sihah, dia tu kan tomboy takkanlah nak bagi aku surat macam girly ni. Jannah…. Amir…. Tak mungkin ustaz Z…’
“apa kau menung tu ha Ain?” Imah menepuk belakang Ain.
“UHUK UHUK”
“kau ni Imah kalau aku mati tersedak macamana? Tak sayang aku ke?” jelingan 360 darjah memang cukup mahal.
“wow! Lama tak tengok kau jeling macam tu. Mahal kau tahu tak. Aku nak beli boleh? HAHAHAHA” ketawa Imah, mengejek Ain.
“Boleh… boleh blah” Ain menekup mukanya ke meja. Kawan apa la si Imah ni
“Aik… Aku memain jelah, apasal take it serius ha?” Imah mengurut belakang Ain.
“Kau ada masalah ke?” Imah sedikit berbisik.
“Tak lah” Ain masih lagi menekup mukanya.
Imah masih lagi mengurut belakang Ain, harap-harap Ain akan bercerita kepadanya. Ain tak pernah berahsia dengan dirinya, mungkin kerana sejak dari tingkatan intensif lagi dia sudah se’dorm’ dan se’kepala’ dengan Ain. Katil mereka juga bersebelahan. Perkenalan itu masih lagi utuh dan akan terus kukuh disulami bibit kasih sayang dan persefahaman antara mereka berdua.
Cairo berlari masuk kedalam kelas.
“Ustaz Zul tak datang kelas, jadi kita semua boleh balik sekarang” Cairo menyampaikan pesanan dari ustaz Zul.
“mana kau tahu?” Tanya Nor.
“Aku jumpo ustaz Zul tadi. Tahu nok gi mana” bahunya dijungkit sekali.
“Ain, jom kita balik” ajak Imah.
“kau balik lah dulu. Tolong Tapau makanan untuk aku. Tupperware aku ada kat dalam almari” Ain masih lagi menekup mukanya.
“ok lah.”
“ kalau masak singgang ko ambik nasi banyak ok. Jangan lupa sambal belacan banyak tau. Kalau ada budu jangan lupa letak juga” Ain memesan.
“Aik!!! Tengah sedih pun masih lagi kuat nafsu makan” Imah tersenyum melihat gelagat sahabatnya ini.
“tapi kau kena janji cerita ke aku ok. Apa masalah kau” Imah menagih janji.
“yelah yelah”
Semua buku telah disusun dengan kemas didalam laci meja. Hanya beberapa buku sahaja dibawa pulang asrama. Hanya kerja sekolah sahaja yang dibawa pulang, tak perlu nak memberatkan bahu.
Ain masih lagi tidak mengangkat kepalanya. Sesekali dia meninjau keadaan bilik kelasnya.
“Ain, kau tak balik ke?” tegur Mas.
“aku balik dulu. Nanti kau nak keluar jangan lupa tutup kipas ok” Mas memberi pesan, dan meninggalkan Ain keseorangan dibilik itu. Ain mengangkat kepalanya. Ditoleh ke kanan dan kri memastikan tiada siapa yang ada didalam kelas.
Diambik beg kepangkuan dan ditarik sampul berwarna purple itu. Dengan berhati-hati Ain mengoyakkan sampul itu, ada lukisan budak perempuan berbaju kurung sekolah dan disebelahnya seekor kucing. Lukisan yang sangat comel. Sekeping kertas kajang dilipat kemas dikeluarkan. Jatuh beberapa kertas pink dan merah ketika kertas kajang itu dibuka.
Ain mengambil cebisan kertas yang jatuh itu, satu persatu didibelek. Dan semuanya berbentuk hati dan tertulis diatasnya ‘AIN’.
‘sapa punyer keje ni. Geli giler aku’ getus hati Ain.
Surat dibaca.
Assalamualaikum,
Kehadapan Mata Hatiku,
Apa khabar awak disana? Maafkan kerana surat ini kunjung tanpa awak jangkakan. Pada mulanya aku tidak terfikir untuk mengirim kepada awak surat ini. Tetapi memandangkan aku perlu mengutus surat ini sebagai kewajipan seorang muslim kepada muslim yang lain.
Aku rasa lebih selesa menggunakan aku dan kau sahaja. Kau mesti merasa sangat geram ketika surat ini mengunjungi kau. Aku pasti kau merasakan yang ada sesiapa yang mahu mengorat kau. Maafkan aku, surat ini aku kirim bukan untuk mengorat kau, tetapi untuk menegur sikap kau Ain.
Aku mendengar dari kawan-kawan sekelas kau, kau seorang yang sangat rapat dengan ustaz serta ustazah disekolah ini. Aku memuji sikap kau yang peramah dengan semua guru-guru disini. Namun, aku agak tidak senang apabila aku mendengar kau mengangkat suara dengan seorang guru dibilik guru kelmarin. Bukan kelmarin sahaja aku perasan kau bersikap agak tidak beradab dengan gurur tersebut, namun aku pernah mendengar dari beberapa rakan yang kau kurang senang dengan sikap guru kita ini. Aku bukanlah insan yang sempurna Ain, tetapi kita sebagai pelajar perlu menghormati guru walaupun dia hanya guru ganti.
Ain, tahukah kau? sikap kau ini telah mengguris hati guru kita itu. semalam aku berjumpa dengan guru tersebut dan bercerita dan mengambil pengalamannya ketika diluar Negara. Aku cuba menanyakan mengapa kau mengangkat suara kepadanya. Tetapi dia hanya menjawab, tiada apa-apa. Bahkan dia kata kau menganggap dia sebagai abangnya. Walaupun dari air mukanya menunjukkan kurang senang dengan persoalan aku itu. Aku tidak kisah bagaimana anggapan kau terhadap dia, tetapi ingatlah Ain, dia guru kita dan kita wajib menghormatinya.
Aku rasa cukuplah sampai disini sahajalah Ain. Mungkin ini surat pertama dan terakhir aku buat kau. AKu tidak memaksa kau untuk menerima teguran aku, tetapi aku berharap kau dapat menjadi muslimah solehah, muslimah contoh buat umat masa sekarang. Aku harap kau menjadi bayangan saidatina aisyah r.a era globalisasi ini.
Wassalam…
Dari insan yang berkasut putih,
Surat itu dilipat kembali. Dikutip semua hati-hati yang jatuh kelantai dan dipangkunya dan dimasukkan semula kedalam sampul purple itu kembali. Raut wajah Ain keruh sekeruh hatinya. Tiada tanda airmata akan jatuh ke pipi. Disimpan semula surat itu kedalam beg.
‘ maafkan aku ustaz. Aku tidak berniat untuk mengguris hatimu’ Ain menangis didalam hati.
No comments:
Post a Comment