Email dari kak Wardah telah ku terima. Kak Wardah menyatakan yang dia sangat merindui aku dan juga keluarga yang lain. kak Wardah tak lupa menyampaikan salam rindu pada semua adik-adik dan juga ibu dikampung. Dia berpesan agar aku senantiasa menelefon ibu dan jangan lupa menjaga adik2 yang lain dengan baik.
Seperti warkah-warkah kak Wardah yang dahulu, pasti ada pesanan yang berguna buat aku. Kali ini kak Wardah memberi aku sepotong ayat Al-Quran berkenaan dengan kewajipan mentaati kedua ibu bapa.
Maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Kak wardah juga mengutip nasihat Luqmanul Hakim dalam menerangkan isi kandungannya.
‘Ain adik ku sayang, Luqmanul Hakim ada berpesan kepada anaknya akan suatu perkara yang berbunyi : “wahai anak yang ku sayangi, Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.” Tahukah adikku Ain, ibu memarahi kita kerana ibu sangat menyanyangi diri kita.
Akak masih ingat ketika kak Wardah masih kecil, ibu selalu marah kak Wardah kalau kak Wardah balik kerumah selepas jam 6 petang. Ain tahu, setiap petang kak Wardah akan keluar ke taman permainan dan bermain bersama rakan-rakan yang lain sehingga masuk waktu Maghrib. Apabila kak Wardah balik lewat, ibu akan merotan kak Wardah. Kak Wardah tak faham mengapa ibu tidak benarkan kak Wardah pulang lewat sedangkan Pak Su sering pulang ke rumah semasa azan Maghrib. Beberapa bulan sebelum kak Wardah nak mengambil UPSR, baru kak Wardah sedar mengapa ibu tidak benarkan kak Wardah bermain sampai ke petang. Bila kak Wardah penat bermain dipetang harinya sudah pasti malamnya akak penat dan tidur awal sehinggakan tidak sempat mengulangkaji pelajaran.’
Aku amat mengagumi kak Wardah kerana amat memahami diriku ini. Sifat aku yang agak degil ini, kekadang mudah sahaja menyanggah apa yang dikatakan oleh ibu ku. Aku berjanji pada kak Wardah yang aku akan mengubah diri menjadi lebih baik. Ain akan berusaha menjaga hati ibu dan menjaga ibu dengan baik. Kak Wardah jangan risau. Ain pasti kak Wardah pasti akan kagum dengan perubahan diri Ain ini.
Keputusan peperiksaan pertengahan tahun amat memuaskan hati.. Ibu juga berpuas hati. Walaupun begitu aku tak puas hati dengan manusia bernama Bakri, kenapa subjek Tarikh Islam dia lebih tinggi satu markah dengan aku? Aku akan cari kau Bakri. Aku akan pastikan kau takkan lebih daripada aku. Aku akan pastikan….
With love,
Ain N.M.I.L
No comments:
Post a Comment