“Assalamualaikum ustazah, selamat pagi ustazah” ucap seluruh warga kelas.
“Waalaikumsalam, selamat pagi” jawab Ustazah Asiyah.
“Duduk semua” arah ustazah.
Ustazah Asiyah meletakkan buku dan Al-Quran diatas meja guru dan berdiri dihadapan murid-murid semua.
“Hari ini saya akan memulakan tugas saya kembali. Macamana dengan Ustaz Zul? Dia ajar kamu semua dengan baik tak?” Tanya Ustazah Asiyah. Senyuman terpamer dibibir yang kemerahan.
“Ala…” terdengar keluhan dari belakang. Semua menoleh kearah tuan punyer keluhan.
“Kenapa kamu Hanin? Tak suka saya mengajar balik?” Ustaz Asiyah mula memerli.
“Tak lah ustazah. Kalau ustazah dah start mengajar, Ustaz Zul dah tak da lah kat sini ye?” Hanin menghantar keluhan.
Seisi isi kelas gelak dengan kenytaan hanin. Jelas beberapa bulan Ustaz Zul mengambil tempat ustazah sudah mampu mengambil hati Hanin.
“Dia masih lagi bertugas disini. Kontraknya selama 6 bulan. Ada beberapa bulan lagi. Dia akan mengajar kelas yang tiada guru sahaja”
“Alhamdulillah” Hanin mengucap kesyukuran
Sekali lagi seluruh kelas ketawa dengan tindakan Hanin.
“Mana Ain?” Tanya ustazah Asiyah. Ketiadaan ain dirasai, manakan tidak minah mulut murai yang akan menghangatkan suasana.
“Saya ada ustazah” Ain menjawab dengan kepala dibaringkan keatas meja.
Ustazah merapati Ain.
“Kamu tak sihat ke Ain?” Tapak tangan ustazah merasa panas didahi ain.
“Kamu demam panas ni Ain”. Ustazah menarik tangan.
“Saya panggilkan sesiapa untuk hantarkan kamu ke klinik ye”
“Tak yah la ustazah, saya okey je” Ain cuba menyembunyikan penyakitnya.
“Tak boleh, saya akan minta sesiapa untuk hantar kamu”.lantas ustazah mengeluarkan hp Nokia 3310 dan menekan nombor seseorang. Ustazah menuju ke pintu dan bercakap dengan seseorang, tidak lama kemudian ustazah kembali ketempat Ain.
“Kamu turun ke bawah dan tunggu di wakaf. Ustaz Zul akan hantar kamu ke klinik”. Ustazah Asiyah menolong Ain untuk bangun.
“Saya temankan dia ye ustazah” Imah bangun dan menawarkan diri untuk menemani Ain.
“Tak yah, biar Ain sahaja yang pergi” Ustazah membantu Ain turun ke bawah.
“Kamu ni Ain, dah tahu sakit kenapa datang sekolah?” ustazah menggelengkan kepala. Pelik!! kalau dulu ada peluang mesti si Ain ponteng. Tapi kenapa pulak hari ni dia ke sekolah walaupun keadaannya tidak mengizinkan.
Sesampai sahaja ain di wakaf bangunan perempuan, kereta Kancil warna silver telah menunggu dihadapan wakaf. Pemandunya sudah semestinya ustaz Zul. Pintu belakang dibuka, dan Ain masuk kedalam.
“Zul kamu je ke? Kata cik sakinah nak temankan Ain?” Tanya ustazah asiyah.
“Dia ada hal tadi, Zul try cari guru lain yang nak temankan tapi tak da la plak” ustaz zul membuka kedua tingkap dihadapan. Agar tiada curiga dengan dirinya dan Ain yang berdua didalam kereta.
“Bawak kereta tu baik-baik. Jangan nakal-nakal kamu tu Zul”
“Tahulah saya kak Asiyah. Saya kan student Al-Azhar. InsyaAllah tiada apa-apa” Ustaz Zul meyakinkan Ustazah Asiyah.
Ain dibelakang kelihatan pucat dan tidak bermaya. Sepanjang perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Ain hanya tidur.
Selepas mendaftar di kaunter dan menunggu giliran untuk dipanggil. Ustaz Zul membeli roti dan air milo dalam kotak.
“Kamu dah ok ke Ain?” Ustaz Zul mengambil tempat selang sekerusi dnegan Ain.
Ain menggelangkan kepalanya. Masih tidak sihat.
“Ustaz ada beli roti dan milo. Kamu makan dulu ye sebelum masuk kedalam” bungkusan makanan diberikan ke Ain. Ain meletakkan di kerusi kosong diantara mereka berdua.
“Ainul Qalbi” suara jururawat dari bilik no 04.
“Saya masuk dulu ye ustaz. Nanti saya makan” Ain bangun. Beberapa langkah kehadapan
GEDEBUK!!! Ain jatuh ke lantai, tidak sedarkan diri.
“Ya Allah Ain!!!” Ustaz Zul bangun nak mendapatkan Ain.
‘macamana ni? Takkan aku nak angkat dia?’ detik hati hati ustaz Zul.
“Nurse! Nurse!” ustaz Zul berlari mendapatkan jururawat.
***********************
Ain kini didalam ruangan pemeriksaan. Kemungkinan besar Ain ditahan dihospital. Suhu badannya amat tinggi, dan badannya kekurangan air.
Langsir ruangan pemeriksaan diselak,
“Doktor macmana ye dengan dia?” Ustaz Zul mendekati doktor yang memeriksa Ain. Jleas terpamer di dada doktor itu namanya ‘Khairil’.
“Dia demam panas. Suhu badannya terlalu tinggi. Kami terpaksa menahan dia buat sementara waktu” doktor Khairil menerangkan satu persatu kepada ustaz Zul.
“Boleh saya lawat dia?”
“Silakan”
Ain yang masih lagi terbaring didekati. Satu tiub disambungkan antara jarum yang dicucuk ditangan dan air yang digantung disisi Ain.
“Kamu terpaksa ditahan hospital, Ain” ustaz Zul memberitahu kembali apa yang diberitahu doktor sebenter tadi.
Ain membuka mata perlahan-lahan. Wajahnya pucat, hilang segala keceriaan yang sentioasa terpamer diwajah ank gadis ini. Wajah marahnya juga sama sekali tenggelam dek kepucatan yang mendominasi wajahnya.
“Ustaz, saya nak balik” pujuk Ain.
“Tak boleh Ain, kamu kena tggal disini. Tak lama pun” Ustaz Zul cuba memujuk Ain daripada terus airmatanya mengalir.
Bersambung……………….
nama kawe ado situ.dah la mcm kawe admire ustaz tu je..owh...tidakkkkkkkkkkkk
ReplyDeleteBintuHood