Friday, October 30, 2009

~ Muslimah Bangkitlah~


Assalamualaikum....

Sehari suntuk aku menghabiskan pembacaan buku bertajuk 'untaian mutiara hadis untuk wanita' tulisan Dr Hasan. Time aku baca hadis-hadis didalamnya.. aku rasakan biasa aje xda yang berlainan... Banyak hadis yang dikeluarkan ialah pasal wanita dari sebelum bernikah sehingga dah mempunyai anak. (biasala tu)

Aku pun terfikir... kenapa
xda buku yang mampu menaikkan semangat seorang muslimah untuk berkorban untuk suami dan keluarga? Sedangkan wanita itu bagi aku adalah asas kepada keluarga, lagi2 pada masa sekarang ni. Kalau siibu x kuat dan mudah terpengaruh.. pasti suami dan anak-anaknya juga akan mudah terpengaruh dan lemah.

Jadi, jangan haraplah bagi wanita yang lemah untuk mendapatkan keluarga yang mampu berjuang (maaflah kalau ada yang terasa, Hanya mengingati diri ini juga). Cuba korang bayangkan bagaimana kalau siibu tidak menutup aurat dan mendedahkan aurat kepada bukan muhrimnya? Sudah pasti orang lain menganggap sisuami ini tidak menyuruh akan isterinya untuk menutup aurat. (haaa kan dah jadi fitnah buat si suami... nak ke orang perlekehkan suami kita?). Apatah lagi... dengan anak-anak juga pasti tidak akan menutup aurat dengan sempurnanya, manakan tidak sianak pasti berkata "mak aku pun tak tutp aurat". Inilah pepatah melayu pun ada kata 'BAPA BOREK ANAK RINTIK" aku rasa nak tukar sikit "MAK BOREK KELUARGA RINTIK".

..........................................................................................................................................................................


Aku pernah berangan-angan untuk menjadi sekaya SITI KHADIJAH "yang mampu menginfakkan seluruh hartanya untuk membantu si suami (Rasulullah) menyebarkan Islam".
Aku juga pernah teringin menjadi seperti SITI AISYAH" yang sentiasa menemani suaminya dan menggembirakan suaminya(Rasulullah)".
Aku juga pernah mengimpikan aku akan meminta mahar sepertimana ZAINAB AL-GHAZALI meminta agar "menjadikan ruangan rumah mereka untuk perjuangan Islam".


TETAPI..... aku tidak sekaya SITI KHADIJAH, tidak seceria SITI AISYAH, dan tidak sehebat ZAINAB AL-GHAZALI... aku wanita yang hidup tengah maksiat dan cabaran duniawi. Aku yang lemah melawan bisikan nafsu dan syaitan durjana. Aku memerlukan muslimah-muslimah yang gigih berjuangan disisiku untuk aku kuat berdiri dan bangkit berjuang. Aku perlu tabah dan sanggup berkorban sekiranya aku mahu suamiku menjadi sekuat HANZALAH dan aku menjadi seperti isteri hanzalah yang bisa membenarkan suaminya HANZALAH berjuang sehingga syahid...

Amiiinnn Ya Rabbal 'Alamiiinnn


No comments:

Post a Comment