Semalam bertarikh 30 september 2009, telah berlaku gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud di Sumatra 6 lebih petang semalam. Gegaran akibat gempa bumi tersebut dapat dirasai oleh semenanjung Malaysia. Boleh dikatakan sesiapa yang berada berada di ketinggian lebih dari tingkat lima akan merasai gegaran itu. Keadaan di Malaysia menjadi kelam kabut kerana rakyat Malaysia tidak pun diberitahu akan berlaku gegaran.
Kejadian gempa bumi tu telah menyebabkan kawan-kawan rumah call aku dan tanya kenapa ramai sangat orang kelaur dari kediaman dan turun ke bawah. Siap dia tanya "ada apa berlaku ke?". Sedangkan ketika tu aku berada di luar kawasan perumahan (manala aku tahu apa yang terjadi). Nak dijadikan alkisah...
akibat kejadian tu, salah satu blok di kawasan perumahan aku tu pun retak. Polis dan bomba datang ke situ untuk mengarahkan semua penduduk blok berkenaan keluar dari rumah kediaman masing-masing. (jadi sebab tulah kawan aku call)
Rumah kami tak rasa gegaran tu sebab kami duduk di tingkat antara 1-4. Gegaran kurang dirasai oleh kami.(lagipun rumah orang bujang manala ada barang rumah yang banyak. gegar pun tak perasan.)
Berbalik ke kisah gempa bumi ni. Aku teringat ajaran ustaz aku kat sekolah, gempa bumi adalah salah satu tanda KIAMAT betul ke? aku rasa betullah. Bumi ni dah tua sangat kalau nak dikira la kata saintis ' bumi ni sebelum manusia duduki dinosaur yang diami.' (Ha x ke lama?) 2009 pun ni kira dari tahun kelahiran nabi Isa, nabi Adam turun ke bumi bila? sebelum masihi la kan? bila tu? Hanya Allah je yang tahu. Umur bumi pun hanya Allah je yang tahu.
Itu Allah bagi tanda je, hanya 7.2 magnitud je, tak dapat bayangkan macamana pula kalau Kiamat la haula wala quwwata illa billah hil 'azim dan nauzubillah hil ali'i azim. Minta sangat agar kita semua tidak merasai betapa kelam kabutnya keadaan ketika itu. Allah ada kata bukit - bukau tercabut, bintang jatuh kebumi, dan macam-macam la lagi ( agaknya lagi dahsyat dari filem Twister dan Armagedon kan?, pernah ke korang tengok cerita tu?) Lagipun kita ada tengok banyak cerita dari Hollywood yang pasal kemusnahan bumi selain 2 fileam tadi.(so, tengok filem jangan sebab suka, tapi ambik pengajaran dari sana). Gempa macam itu pun aku dengar telah terkorban lebih kurang 1000 orang(korang bukalah bernama ye)
Aku pun kekadang tidak la poyo mana. Ada gak aku fikir hal-hal yang erat-berat ni. Yela orang kata apa Don't Jugde A Book by it's Cover" ( tak gitu bintuhood, hehhe sory)
Ok.
CHOW CHIN CHOW

No comments:
Post a Comment