Thursday, January 21, 2010

.:Surat Ungu:. ~Warkah Cinta dari Kaherah~ part6



“Ain ada orang kirim surat ke ko?” Huda berbisik sesuatu ke telinga Ain. Surat bersampul purple itu disorokkan kedalam laci meja Ain. Ain terkejut, lantas mengambil surat itu dan dimasukkan kedalam beg.

‘surat dari siapa?’detik hati Ain.

‘tak mungkin dari ibu. Takda setem pun’

‘Agaknya dari Jannah kot?’ Ain mula berteka-teki. Tak sabar hatinya untuk mengetahui siapa pengirim mesteri itu. Jam tangan Q&Q dijeling,

‘baru jam 1 petang. Lambat lagi nak balik’. Suasana dibilik kelas mula sunyi. Sebahagian rakan-rakan telah menuju ke masjid untuk menunaikan solat Zohor. Ain membuka kembali begnya dan membelek-belek surat itu secara sorok-sorok.

‘warkah buatmu, Ain? Daripada, kasut putih?’ Ain membelek-belek surat itu. Tulisan pengirim mesteri itu sangatlah kemas. Ain kagum namun geram kerana sipengirim seperti mahu mempermainkan dirinya. Surat itu disorokkan didalam buku Al-Quran Sunnah agar surat itu disimpan kemas, agar tiada sesiapa sedar akan kehadiran surta itu kecuali dia, Huda dan pengirim surat ini.

‘siapa ye yang bagi surat ni? Bro Amin? Tak mungkin jejaka idaman hati aku. Lagipun Bro Amin tu baik giler. Sihah ke yang bagi? Tak mungkinlah sihah, dia tu kan tomboy takkanlah nak bagi aku surat macam girly ni. Jannah…. Amir…. Tak mungkin ustaz Z…’

“apa kau menung tu ha Ain?” Imah menepuk belakang Ain.

“UHUK UHUK”

“kau ni Imah kalau aku mati tersedak macamana? Tak sayang aku ke?” jelingan 360 darjah memang cukup mahal.

“wow! Lama tak tengok kau jeling macam tu. Mahal kau tahu tak. Aku nak beli boleh? HAHAHAHA” ketawa Imah, mengejek Ain.

“Boleh… boleh blah” Ain menekup mukanya ke meja. Kawan apa la si Imah ni

Aik… Aku memain jelah, apasal take it serius ha?” Imah mengurut belakang Ain.

“Kau ada masalah ke?” Imah sedikit berbisik.

“Tak lah” Ain masih lagi menekup mukanya.

Imah masih lagi mengurut belakang Ain, harap-harap Ain akan bercerita kepadanya. Ain tak pernah berahsia dengan dirinya, mungkin kerana sejak dari tingkatan intensif lagi dia sudah se’dorm’ dan se’kepala’ dengan Ain. Katil mereka juga bersebelahan. Perkenalan itu masih lagi utuh dan akan terus kukuh disulami bibit kasih sayang dan persefahaman antara mereka berdua.

Cairo berlari masuk kedalam kelas.

“Ustaz Zul tak datang kelas, jadi kita semua boleh balik sekarang” Cairo menyampaikan pesanan dari ustaz Zul.

“mana kau tahu?” Tanya Nor.

“Aku jumpo ustaz Zul tadi. Tahu nok gi mana” bahunya dijungkit sekali.

“Ain, jom kita balik ajak Imah.

kau balik lah dulu. Tolong Tapau makanan untuk aku. Tupperware aku ada kat dalam almari Ain masih lagi menekup mukanya.

“ok lah.”

“ kalau masak singgang ko ambik nasi banyak ok. Jangan lupa sambal belacan banyak tau. Kalau ada budu jangan lupa letak juga” Ain memesan.

“Aik!!! Tengah sedih pun masih lagi kuat nafsu makan Imah tersenyum melihat gelagat sahabatnya ini.

“tapi kau kena janji cerita ke aku ok. Apa masalah kau” Imah menagih janji.

“yelah yelah”

Semua buku telah disusun dengan kemas didalam laci meja. Hanya beberapa buku sahaja dibawa pulang asrama. Hanya kerja sekolah sahaja yang dibawa pulang, tak perlu nak memberatkan bahu.

Ain masih lagi tidak mengangkat kepalanya. Sesekali dia meninjau keadaan bilik kelasnya.

“Ain, kau tak balik ke?” tegur Mas.

“aku balik dulu. Nanti kau nak keluar jangan lupa tutup kipas ok” Mas memberi pesan, dan meninggalkan Ain keseorangan dibilik itu. Ain mengangkat kepalanya. Ditoleh ke kanan dan kri memastikan tiada siapa yang ada didalam kelas.

Diambik beg kepangkuan dan ditarik sampul berwarna purple itu. Dengan berhati-hati Ain mengoyakkan sampul itu, ada lukisan budak perempuan berbaju kurung sekolah dan disebelahnya seekor kucing. Lukisan yang sangat comel. Sekeping kertas kajang dilipat kemas dikeluarkan. Jatuh beberapa kertas pink dan merah ketika kertas kajang itu dibuka.

Ain mengambil cebisan kertas yang jatuh itu, satu persatu didibelek. Dan semuanya berbentuk hati dan tertulis diatasnya ‘AIN’.

‘sapa punyer keje ni. Geli giler aku’ getus hati Ain.

Surat dibaca.

Assalamualaikum,

Kehadapan Mata Hatiku,

Apa khabar awak disana? Maafkan kerana surat ini kunjung tanpa awak jangkakan. Pada mulanya aku tidak terfikir untuk mengirim kepada awak surat ini. Tetapi memandangkan aku perlu mengutus surat ini sebagai kewajipan seorang muslim kepada muslim yang lain.

Aku rasa lebih selesa menggunakan aku dan kau sahaja. Kau mesti merasa sangat geram ketika surat ini mengunjungi kau. Aku pasti kau merasakan yang ada sesiapa yang mahu mengorat kau. Maafkan aku, surat ini aku kirim bukan untuk mengorat kau, tetapi untuk menegur sikap kau Ain.

Aku mendengar dari kawan-kawan sekelas kau, kau seorang yang sangat rapat dengan ustaz serta ustazah disekolah ini. Aku memuji sikap kau yang peramah dengan semua guru-guru disini. Namun, aku agak tidak senang apabila aku mendengar kau mengangkat suara dengan seorang guru dibilik guru kelmarin. Bukan kelmarin sahaja aku perasan kau bersikap agak tidak beradab dengan gurur tersebut, namun aku pernah mendengar dari beberapa rakan yang kau kurang senang dengan sikap guru kita ini. Aku bukanlah insan yang sempurna Ain, tetapi kita sebagai pelajar perlu menghormati guru walaupun dia hanya guru ganti.

Ain, tahukah kau? sikap kau ini telah mengguris hati guru kita itu. semalam aku berjumpa dengan guru tersebut dan bercerita dan mengambil pengalamannya ketika diluar Negara. Aku cuba menanyakan mengapa kau mengangkat suara kepadanya. Tetapi dia hanya menjawab, tiada apa-apa. Bahkan dia kata kau menganggap dia sebagai abangnya. Walaupun dari air mukanya menunjukkan kurang senang dengan persoalan aku itu. Aku tidak kisah bagaimana anggapan kau terhadap dia, tetapi ingatlah Ain, dia guru kita dan kita wajib menghormatinya.

Aku rasa cukuplah sampai disini sahajalah Ain. Mungkin ini surat pertama dan terakhir aku buat kau. AKu tidak memaksa kau untuk menerima teguran aku, tetapi aku berharap kau dapat menjadi muslimah solehah, muslimah contoh buat umat masa sekarang. Aku harap kau menjadi bayangan saidatina aisyah r.a era globalisasi ini.

Wassalam…

Dari insan yang berkasut putih,

Surat itu dilipat kembali. Dikutip semua hati-hati yang jatuh kelantai dan dipangkunya dan dimasukkan semula kedalam sampul purple itu kembali. Raut wajah Ain keruh sekeruh hatinya. Tiada tanda airmata akan jatuh ke pipi. Disimpan semula surat itu kedalam beg.

‘ maafkan aku ustaz. Aku tidak berniat untuk mengguris hatimu Ain menangis didalam hati.

‘terima kasih kasut putih’

Tuesday, January 19, 2010

.: Diari ~ Warkah Cinta Dari Kaherah ~ :.(part5)

5 jun 2004,

Email dari kak Wardah telah ku terima. Kak Wardah menyatakan yang dia sangat merindui aku dan juga keluarga yang lain. kak Wardah tak lupa menyampaikan salam rindu pada semua adik-adik dan juga ibu dikampung. Dia berpesan agar aku senantiasa menelefon ibu dan jangan lupa menjaga adik2 yang lain dengan baik.

Seperti warkah-warkah kak Wardah yang dahulu, pasti ada pesanan yang berguna buat aku. Kali ini kak Wardah memberi aku sepotong ayat Al-Quran berkenaan dengan kewajipan mentaati kedua ibu bapa.

Maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Kak wardah juga mengutip nasihat Luqmanul Hakim dalam menerangkan isi kandungannya.

‘Ain adik ku sayang, Luqmanul Hakim ada berpesan kepada anaknya akan suatu perkara yang berbunyi : “wahai anak yang ku sayangi, Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.” Tahukah adikku Ain, ibu memarahi kita kerana ibu sangat menyanyangi diri kita.

Akak masih ingat ketika kak Wardah masih kecil, ibu selalu marah kak Wardah kalau kak Wardah balik kerumah selepas jam 6 petang. Ain tahu, setiap petang kak Wardah akan keluar ke taman permainan dan bermain bersama rakan-rakan yang lain sehingga masuk waktu Maghrib. Apabila kak Wardah balik lewat, ibu akan merotan kak Wardah. Kak Wardah tak faham mengapa ibu tidak benarkan kak Wardah pulang lewat sedangkan Pak Su sering pulang ke rumah semasa azan Maghrib. Beberapa bulan sebelum kak Wardah nak mengambil UPSR, baru kak Wardah sedar mengapa ibu tidak benarkan kak Wardah bermain sampai ke petang. Bila kak Wardah penat bermain dipetang harinya sudah pasti malamnya akak penat dan tidur awal sehinggakan tidak sempat mengulangkaji pelajaran.’

Aku amat mengagumi kak Wardah kerana amat memahami diriku ini. Sifat aku yang agak degil ini, kekadang mudah sahaja menyanggah apa yang dikatakan oleh ibu ku. Aku berjanji pada kak Wardah yang aku akan mengubah diri menjadi lebih baik. Ain akan berusaha menjaga hati ibu dan menjaga ibu dengan baik. Kak Wardah jangan risau. Ain pasti kak Wardah pasti akan kagum dengan perubahan diri Ain ini.

Keputusan peperiksaan pertengahan tahun amat memuaskan hati.. Ibu juga berpuas hati. Walaupun begitu aku tak puas hati dengan manusia bernama Bakri, kenapa subjek Tarikh Islam dia lebih tinggi satu markah dengan aku? Aku akan cari kau Bakri. Aku akan pastikan kau takkan lebih daripada aku. Aku akan pastikan….

With love,

Ain N.M.I.L


.; PAPER PROJECT OH PAPER PROJECT;.






SELAMAT PAGI, TENGAHARI DAN MALAM...

Hari ini hari selasa, aku rasa semua orang dah tahu. Hari ni kelas aku hanya ada sejam. selebihnya aku habiskan mas akau didalam PPZ library(nak jadi best student la katakan)... Yelah semua kengkawan aku dijabatan yang lain dah hantar proposal paper project (latihan ilmiah) ke penyelia masing-masing. Jabatan aku masih lagi tak keluarkan tajuk latihan ilmiah walaupun sekarang dah masuk minggu keempat kuliah bermula. Teruk betul aku rasa.
rasa nak mengamuk je... Tajuk tak dapat lagi... proposal tak wat lagi... borang kaji selidik nak edar masa cuti mid sem pulak tu..(dalam dua minggu lagi)...



Thursday, January 14, 2010

~ Pengumuman bagi yang TIADA JODOH~



ASSALAMUALAIKUM

Apa khabar semua? haaa hari ni nak kongsi satu lrik lagu dan video klip sebuah lagu. Aku yakin sesangat korang semua dah hafal lagu ni. Aku tak kisah cumaaaa aku nak ingat ke korang semua lagu ni janganlah korang nyanyi kat pasar malam atau kat dalam bilik air. Coz tak pasal-pasal ada makcik nak datang meminag korang terus tak jadi nak meminang korang. tapi kepada lelaki yang dok kahwin2 lagi... aku rasa baiklah korang nyanyi kat pasar malam atau kat mall. Hheeeee mana tahu ada yang nak bagi anak diorang kat korang cayalah....

aku tujukan lagu ni buat kengkawan aku yang dok kahwin2 :-
  1. kawan yang dok Uitm Puncak Alam
  2. mek jah (KUIS)
  3. kengkawan kat Mesir
  4. kengkawan kat Morocco
  5. kengkawan kat UM ni
  6. kengkawan kat MADA
  7. kengkawan kat mana-manalah yang dok kahwin2 lagi
heehehee soryy




Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku


Jangak n marah ye... umur pun makin meningkat, apa lagi masa sekaranglah waktunya untuk kita memenuhi tuntutan rasulullah s.a.w. ok

CHOW CHIN CHOW
Assalamualaikum


Wednesday, January 13, 2010

~Seronoknya~

ASSALAMUALAIKUM.......

Seronok betullah ada icon baru dalam blog aku. Malam ni aku habiskan masa yang agak lama depan laptop hari ni.

Esok aku nak pi joging, harap-harap menjadilah impian nak bersukan tu. Yela sejak cuti hari tu badan mula naik rasa dah macam belon. Rasa sangat tidak selesa (rasa nak masuk THE BIGGEST LOSER) ALAMAK!!!

Kengkawan semua duit JPA dah masuk SERONOKNYA......

~ Masa Makin Singkat... KIAMAT ~


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Di bawah ini persoalan dan jawapan yang dicopy n paste dp Utusan untuk rujukan penulis blog dan sesiapa yang berminat untuk membacanya. Semoga bermanfaat.

Masa berlalu amat pantas. Rasanya baru sangat kita menyambut Maal Hijrah 1430. Kini kita sudah berada dalam tahun 1431H. Apakah tanda atau maksud masa yang terlalu pantas ini?


Tanpa kita disedari masa berlalu begitu pantas. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Kini kita berada di ambang tahun baru Hijrah 1431 dan tahun Masihi 2010.


Pada hakikatnya fenomena kepantasan waktu adalah suatu petanda bahawa dunia sudah semakin di penghujung usianya. Ini telah dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)


Dengan beralihnya kita ke dalam tahun baru, kerisauan sepatutnya dihadirkan dalam diri dengan seribu macam persoalan tentang masa depan kita.


Bukan sahaja masa depan hidup di dunia ini tetapi masa depan di akhirat kelak kerana ia adalah destinasi terakhir kita sebagai manusia. Pelbagai soalan perlu diajukan.


Apakah sudah cukup amalan kita? Apakah sudah tertebus dosa kita? Apakah layak kita menjadi penghuni syurga? Apakah mampu kita menahan malu di padang mahsyar apabila segala rahsia keburukan kita dipamerkan secara terperinci oleh Allah dan apakah sanggup kita menahan seksaan azab api neraka-Nya?


Allah berfirman di dalam surah al-Hasyr ayat 18-20 yang bermaksud:


(Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang Telah dilakukannya (sebagai persiapan) untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri , mereka Itulah orang-orang yang fasiq. Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga; penghuni-penghuni syurga itulah mereka yang benar-benar beruntung).

Apa pula maksud yang tersirat daripada sambutan Maal Hijrah setiap tahun?


Insaflah! Bahawa berlalunya masa bermakna semakin tualah usia kita. Lihatlah tubuh kita yang suatu masa dahulu begitu cergas tetapi kita pergerakan sudah menjadi lambat.


Rambut kita, dahulunya hitam kini sudah ada kilauan warna putih beruban. Kulit kita, dulunya tegang tetapi kini sudah menampakkan kedutannya.


Bermulanya tahun baru bermakna semakin tualah usia dunia dan semakin hampirlah saat ketibaan hari kiamat. Jika lahirnya Nabi Muhammad SAW adalah sebagai tanda bermulanya akhir zaman, kini baginda SAW telah semakin lama meninggalkan yang memberi makna usia dunia pastinya benar-benar sangat lanjut.


Ini lebih nyata dengan pelbagai siri perkara aneh yang berlaku dan berbagai bencana alam yang tidak terduga berlaku. Seluruh dunia dalam tahun 1430 Hijrah menyaksikan pelbagai kejadian bencana alam yang tidak terkawal.


Begitu juga dengan kejadian jenayah, pembunuhan dan peperangan yang seolah-olah tiada noktahnya.


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku al-Harj. Sahabat bertanya, Apakah al-Harj itu hai Rasulullah? Nabi menjawab, peperangan demi peperangan demi peperangan". (riwayat Ibnu Majah)


Justeru, apa sewajarnya sikap kita dalam mempersiapkan diri bertemu Allah SWT?


Masa yang menjadi semakin singkat ini tidak sewajarnya dibiarkan begitu sahaja. Lihat peringatan Allah dalam surah al-Asr.


Suasana umat Islam hari ini seolah-olah lebih cenderung memenuhi kehidupan mereka dengan keseronokan dan hiburan. Sebaliknya tidak berminat dengan aktiviti lebih bermanfaat seperti beribadat di masjid ataupun menuntut ilmu.


Ini dapat dilihat apabila masjid-masjid sentiasa suram dengan penghuninya sebaliknya tempat-tempat hiburan sentiasa penuh dengan pengunjungnya.


Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Dua nikmat yang selalu diabaikan oleh ramai manusia iaitu kesihatan dan masa lapang. (riwayat Imam Bukhari).


Masa dalam kehidupan seorang muslim sangat penting. Ia lebih penting daripada wang ringgit. Oleh itu setiap waktu dalam kehidupan muslim sentiasa dikaitkan dengan ganjaran jika dilaksanakan amalan tertentu.


Waktu fajar umpamanya dikaitkan dengan dua rakaat solat sunat yang lebih baik dari nilai dunia dan isinya. Waktu tengah malam pula ialah saat afdalnya munajat kepada Allah SWT.


Bagi seorang muslim masa di dunia adalah waktu untuk bersusah payah dahulu mengumpul bekalan sebelum mengecapi kegembiraan di akhirat kelak!


Masa sepatutnya digunakan sebaiknya kerana ia sesuatu yang tidak dapat dikembalikan semula. Hayatilah sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit dan masa senang sebelum susah". (riwayat Al-Hakim).


Malangnya kita jarang bertanya perkara seperti berapa kalikah aku meninggalkan solat pada tahun ini? Apakah puasaku cukup? Apakah aku pernah bangun malam menangisi dosaku di hadapan Allah?


Apakah aku membaca al-Quran dan berapa kali aku membacanya dalam seminggu? Apakah aku benar-benar rasa nikmat menjadi Muslim? Apakah aku sudah bertaubat dari dosa-dosa besar yang telah aku lakukan?


Seharusnya perkara begini turut menjadi keutamaan kita setiap kali menyambut tahun baru.


Begitu hebat kepentingan menjaga masa. Malangnya ramai yang menganggap tunggulah bila dah tua baru nak beribadat. Bagaimana membetulkan persepsi begini?


Masa muda, ia adalah saat tubuh badan masih kuat dan fikiran masih segar, maka gunakanlah ia untuk melaksanakan ibadah dan menuntut ilmu. Bukannya digunakan untuk berseronok atau hanya berhibur seperti mana yang banyak berlaku hari ini.


Apabila sudah tua pastinya pergerakan semakin perlahan dan kebolehan menuntut ilmu semakin lemah dan kekuatan untuk melaksanakan ibadah semakin sedikit.


Diriwayatkan bahawa malaikat maut datang bertemu Nabi Yaakub a.s. Maka Nabi Yaakub bertanya: "Wahai malaikat maut apakah kamu datang kepadaku kerana ingin mencabut nyawa atau menziarahiku? Jawabnya: Untuk menziarahmu sahaja. Berkata Nabi Yaakub: Aku ada satu permintaan darimu. Bertanya malaikat maut: Apakah permintaanmu? Jawab Nabi Yaakub: Jika kamu datang untuk mencabut nyawaku maka hantarkanlah dahulu utusan untuk memaklumkanku terlebih dahulu. Kata malaikat maut: Ya! Kemudian malaikat maut pun pergi. Setelah beberapa tahun malaikat maut datang kembali kepada Nabi Yaakub. Lalu Nabi Yaakub bertanya: Kamu datang untuk menziarah atau mencabut nyawaku? Kata malaikat maut: Aku datang untuk mencabut nyawamu. Lalu kata Nabi Yaakub: Bukankah aku telah katakan jika kamu ingin mencabut nyawaku hantarkan dahulu seorang utusan supaya dapat aku bersedia menambah ketaatan dan amal kebaikan. Jawab malaikat maut: Aku telah lakukannya. Kata Nabi Yaakub: Tiadapun utusan yang sampai kepadaku. Jawab malaikat maut: Sesungguhnya aku telah mengutuskan dua utusan iaitu uban di kepalamu dan belakangmu yang bongkok".


Masa juga mestilah dipelihara ketika kita melaksanakan kerja dan tugas harian. Sebagai muslim menghargai masa dan menepatinya adalah satu kewajipan manakala tidak menepatinya adalah satu dosa kerana ia adalah tanda sifat munafik.


Apa yang berlaku dewasa ini ialah meremehkan masa dan selalu lambat yang semakin menular di kalangan umat Islam. Pada masa ini orang Arab sering dikaitkan sikap lambat, suka bertangguh, tidak tepati janji dan begitu juga dengan masyarakat Melayu hingga munculnya ungkapan 'janji Melayu'.


Penyakit lambat ini memberi imej yang tidak baik kepada Islam itu sendiri kerana bangsa Arab dan bangsa Melayu adalah sinonim dengan Islam. Contohnya di tempat kerja, suasana lambat menghadiri mesyuarat, lambat memulakan sesuatu majlis dan lambat menyiapkan tugasan adalah menjadi lumrah.


Budaya lambat ini adalah gambaran kemalasan dan kelembapan dan biasanya budaya inilah yang membantutkan kemajuan. Lihat sahaja apa yang berlaku di pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta. Amat susah melihat sesuatu mesyuarat dimulakan tepat pada waktunya.


Malah ada sesetengah tempat, masa yang tercatat sengaja diawalkan kerana sudah sedia maklum pasti akan berlaku kelewatan dalam memulakan sesuatu majlis.


Sumber: Utusan & http://harmoniinn.blogspot.com