Friday, July 20, 2012

Ramadhan Datang Lagi... (Azam Puasa)



Assalamualaikum.......
Alhamdulillah Bulan Ramadhan tiba lagi.....
Suka tidak terkira kerana dapat menemui kembali bulan ramadhan pada tahun ini. Macam biasalah bila tiba bulan puasa, puteri shaz mesti akan pasang azam sempena bulan puasa ini. 
So apa azam puteri shaz pada tahun ini.....

deng deng deng !!!!

  1. Berpuasa dengan makna bukan hanya menahan lapar dan dahaga tetapi dapat menahan panca indera daripada perkara yang dapat mengurangkan pahala puasa itu sendiri.
  2. Cuba untuk bangun sahur setiap hari (masak untuk putera shaz dan sahur bersama)
  3. Mengkhatamkan Al-quran paling kurang sekali... (baca je ke? kalo khatam awal boleh tadabbur Al-quran pulak.
  4. Perbanyakkan solat suant terutama solat sunat Dhuha , Solat sunat qabliah dan ba'diyyah.
  5. Qiamullail sebelum sahur... (paling tidak 2 rakat solat tahajud)
  6. bersedekah....
  7. Banyakkan bersabar...
  8. Bersenam (aktiviti suka) puasa tidak bermakna puteri shaz tidak boleh main badminton kan putera shaz)
  9. Mengajar Damia mengaji Al-quran...
  10. Solat teraweh....
Ini antara azam ramadhan puteri shaz pada tahun ini... Jadi apa azam kengkawan tahun ini...

Puteri shaz nak kongsi satu video yang puteri shaz suka dengar masa bulan puasa ni....



1 comment: