
Assalamualaikum…
Apa khabar semua? Harap semua sihat-sihat je ye…
Semalam ialah Hari Laporan Prestasi Pelajar Tadika Penggal 1/2012.
Rasanya hari prestasi ni buat lewat sebab kengkangan masa selepas cuti penuh
dgn latihan sukan dan sambutan hari jadi pelajar. Jadinya hari laporan prestasi
ini terpaksa dianjakkan ke 12 Julai 2012.
Kelmarin aku periksa semua prestasi pelajar 4- 6 tahun. Ada yang
meningkat ada yang tidak. Biasalah kanak-kanak, umur mereka ni bukannya masa
untuk mereka study hard. Tetapi masa umur mereka ni ialah mereka meneroka
melalui bermain. Menimba pengalaman dari luar bilik kelas. Apa orang kata
pelajaran tidak formal.
Nak la dijadikan cerita (wah bunyi macam penglipur lara la pulak),
seorang bapa datang berjumpa guru kelas 4 tahun, nak ambik report kemajuan anak
dialah. Pelajar 4 tahun tersebut pula duduk sebelah bapanya itu, selepas
mengetahui perkembangan dan apa yang perlu ibu bapa tekankan dirumah. Bapa pelajar
tu bertanya “ cikgu mana yan baik?”. Pelajar tu menunjuk kearah aku dan guru
kelas 4 tahun itu, siap kata, dua-dua jahat. Geram betul rasanya hati ini. Aku dikatanya
jahat. Ada nak kena sekeh ni minggu depan. Kami berdua yang dituduh jahat, buat
muka tak da perasaan la. Walaupun dalam hati “ awatnya la bapa budak ni Tanya soalan macam tu ke anak dia”.
Itulah mengajar kanak-kanak bukannya senang. Walaupun tak perlu kejar
silibus pembelajaran. Tetapi ragam dan telatah mereka terpaksa ditempuhi dengan
sabar. Kekadang fikir, boleh ke seorang pensyarah atau professor mengajar
kanak-kanak 2-6 tahun ini dengan sabar.
Tugas guru tadika ni macam pepatah melayu mengatakan ‘melentur buluh
biarlah dari rebungnya’. Inilah kami adalah individu yang sanggup melentur
buluh agar satu hari nanti buluh tersebut akan menjadi elok dan tidak bengkok.
Baiklah sampai disini sahajalah dulu... ada masa sambung lagi

No comments:
Post a Comment