Sunday, July 15, 2012

Persiapan RAMADAN.... 1433H


Assalamualaikum.....

Selamat Sejahtera.

PUASA 5 HARI LAGI !!!!!

Tahun pertama puasa bersama dengan SUAMi dan Anak kesayanganku.. Jadinya perlukan persiapan seperti :-

  1. Membiasakan bangun awal.
  2. Masak dalam kadar yang pantas (yela mana taknya, kerja sampai jam 5 lebih. Nak kemas rumah lagi, masak lagi... kenapalah ada manusia yang tak faham bulan pose bagilah balik awal)
  3. Tidur awal... (tabiat tidur lewat sampai jam 1 @ 2 pagi )
  4. Lauk - pauk dalam peti ais.
  5. Kurma...

Banyak rasanya persediaan YANG PALING PENTING :-
  1. ROHANI (ketahanan jiwa dalam puasa ni... dari perkara MAKSIAT)
  2. JASMANI (Jangan la ada yang GASTRIK setiap hari... sebelum ni tak da pun gastrik)
  3. MENTAL (Ada jugak ke yang sakit mental sebab puasa....)
  4. EMOSI (Inilah yang perlu dijaga oleh seorang guru tadika.... Time puasa ni budak2 suka buat perangai)

AZAM PUASA tahun ni:-
  1. Khatam Al-Quran
  2. Solat Terawih
  3. Qiamullail



Friday, July 13, 2012

Ohhh anak2 tadika ku...



Assalamualaikum…

Apa khabar semua? Harap semua sihat-sihat je ye…
Semalam ialah Hari Laporan Prestasi Pelajar Tadika Penggal 1/2012. Rasanya hari prestasi ni buat lewat sebab kengkangan masa selepas cuti penuh dgn latihan sukan dan sambutan hari jadi pelajar. Jadinya hari laporan prestasi ini terpaksa dianjakkan ke 12 Julai 2012.


Kelmarin aku periksa semua prestasi pelajar 4- 6 tahun. Ada yang meningkat ada yang tidak. Biasalah kanak-kanak, umur mereka ni bukannya masa untuk mereka study hard. Tetapi masa umur mereka ni ialah mereka meneroka melalui bermain. Menimba pengalaman dari luar bilik kelas. Apa orang kata pelajaran tidak formal.

Nak la dijadikan cerita (wah bunyi macam penglipur lara la pulak), seorang bapa datang berjumpa guru kelas 4 tahun, nak ambik report kemajuan anak dialah. Pelajar 4 tahun tersebut pula duduk sebelah bapanya itu, selepas mengetahui perkembangan dan apa yang perlu ibu bapa tekankan dirumah. Bapa pelajar tu bertanya “ cikgu mana yan baik?”. Pelajar tu menunjuk kearah aku dan guru kelas 4 tahun itu, siap kata, dua-dua jahat. Geram betul rasanya hati ini. Aku dikatanya jahat. Ada nak kena sekeh ni minggu depan. Kami berdua yang dituduh jahat, buat muka tak da perasaan la. Walaupun dalam hati “ awatnya la bapa budak ni Tanya  soalan macam tu ke anak dia”.

Itulah mengajar kanak-kanak bukannya senang. Walaupun tak perlu kejar silibus pembelajaran. Tetapi ragam dan telatah mereka terpaksa ditempuhi dengan sabar. Kekadang fikir, boleh ke seorang pensyarah atau professor mengajar kanak-kanak 2-6 tahun ini dengan sabar.

Tugas guru tadika ni macam pepatah melayu mengatakan ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Inilah kami adalah individu yang sanggup melentur buluh agar satu hari nanti buluh tersebut akan menjadi elok dan tidak bengkok.


 Baiklah sampai disini sahajalah dulu... ada masa sambung lagi

Thursday, July 5, 2012

PERAH OTAAAAAKKKKK




Salam Sejahtera....

Lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Penyakit MALAS memang tak boleh dijangka. kih kih kih...
Masa belajar dulu, update blog paling malas seminggu sekali atau sebulan sekali. Ni dah kahwin ada anak blog ni bersawang ... dah macam rumah yang terbiar je rasanya. 

BUKAN TAK NAK update blog ni. Mungkin kerana kengkangan masa (ceeeewah macam padat sangat masanya). TETAPIIIII tak da idea nak tulis apa kat blog ni. Takkan nak citer kehidupan setiap hari aku, nanti orang kata nak cari publisiti murahan la pulak. 

Inilah situasi aku bila nak dapat idea nak menaip..

Tak ke korang rasa kesian ke diri ku ini... 

Sekarang pun sedang perah otak nak taip apa.. tapi sebab dah takda kerja (ada je kerja, tapi wat xda kerja)  .Ok lah anak2 kecik ku ni dah memanggil.. "cikgu.. cikgu lisa main tarik rambut orang" adui budak2 ni ad akena dengan aku...

oklah wassalam...

Saturday, September 10, 2011

Dugaan buat ibu & Damia A'ishah

Assalamualaikum…

Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin

Sempena bulan yang mulia ini, saya ingin memohon kemaafan dari semua pengunjung blog saya. Sekiranya penulisan saya ini ada yang mengguris rasa dan perasaan sesiapa.

Pada bulan Ramadan yang baru berlalu ini, saya masih dalam pantang (bersalin). Sepanjang Ramadan dan tempoh berpantang ini, Allah menduga aku dan baby (Damia A’ishah) dengan pelbagai dugaan.

DEMAM KUNING

Seawall kelahiran damia, dia kena kuning. Hati ibu mana tak seedy anak kena kuning. Alhamdulillah lepas pergi ke klinik, doctor kata paras kuningDamiaditahap OK (10.5).. Memang tak berapa perasan sangat kuning siDamiani. Kuning hanya naik kat muka dan mata je. Alhamdulillah tak da pulak kat badan. Doctor minta teruskan penyusuan susu ibu, dengan itu dapat mengurangkan juandis damia.

Ruam

Satu pagi di rumah mak aku di Pahang, aku lihat ada bintik – bintik kat muka dan tengkok damia. Punyer la risau, aku Tanya ke mak. Mak pun kata macam ruam. Oh tidak!!! Anak aku kena ruam la pulak. Kuning tak habis lagi dah kena ruam. Aku call kakak aku, dia pun terkejutDamiakena ruam. Malam tu jugak kakak aku di sungai besar balik ke rumah mak. Kakak aku kata anak-anak dia pun tak tahan panas dan cepat naik ruam. Bagi mengurangkan ruam damia. Mak setuju untuk pasang aircond (walaupun sebelum ni sangat tak bersetuju kami pasang aircond). Alhamdulillah ruam berkurangan, Damia memang tak tahan panas dan peluh rupanya.


~bersambung... dugaan chicken pox & dugaan raya~


Wednesday, August 17, 2011

PUASA PUASA PUASA



Assalamualaikum...

Selamat berpuasa!!! dan salam nuzul Al-Quran.

Sedar tak sedar sudah hari ke 17 ramadhan rupa-rupanya. bagi umat islam yang sihat wal alfiat mungkin dah berjaya berpuasa 16 hari. Cik Ken pulak dah kena ganti 16 hari puasa (pantang time puasa). Sejak dua hari lepaas radio-radio dah mula pasang lagu raya. Tak macam tahun sudah-sudah, tahun ni rasa janggal sungguh bila dengar lagu raya (tak da feel nak raya).

Cerita pasal puasa dan raya teringat masa kecik-kecik dulu. Cik Ken mula berpuasa masa berumur 5 tahun. Masa tu puasa ikut larat ke tak larat. Mak akan bagi buka puasa bila dah tak larat sangat. Alasan je semua tu, sedangkan boleh dikatakan curi-curi minum air time kkumur-kumur mulut. hahaha, ini adalah taktik zaman kanak-kanak. Masuk umur 6 tahun dah kena puasa penuh. Ayah langsung tak janjikan apa-apa kalau puasa penuh. Ayah akan kata puasa kerana Allah bukan kerana upah atau hadiah. Lagi satu mak dan ayah kan ugut kata, siapa
tak puasa penuh, maka tiada baju raya dan tak boleh raya. Disebabkan nak sangat beraya, j
adi terpaksa tahan lapar dan dahaga.


Bila mula meningkat dewasa, ada satu penyakit iaitu lupa yang Cik Ken tengah puasa. Balik jer dari sekolah buka peti ais dan minum air sejuk (togok je). Lepas hilang dahaga baru ingat yang Cik Ken sedang berpuasa... tergelak la Cik Ken sendirian ( apalagi sebab REZEKI ). Orang kata terminum @ termakan semasa puasa adalah satu ezeki dari Allah. Tapi kalau dah selalu adakah dikira sebagai rezeki? fikir-fikirkanlah.

Paling best ialah puasa masa menanti SPM 2004. Masa tu ingat lagi, Cik Ken duduk rumah sewa bersama 8 orang kawan yang laiu . Disebabkan kami periksa masa puasa, dan sekolah ketika itu yang tinggal hanya pelajar SPM sahaja. Kantin asrama ditutup, kami semua terpaksa memasak sendiri. Cik Ken ingat lagi, kami akan beli makanan di bazar ramadhan di Kedai Lalat @ masak dirumah. Kalau masak dirumah biasanya kami masak didalam periuk nasi (milik khairunnisa'). seronok sangat masa tu, kalau tak berbuka dirumah kami akan berbuka dirumah cikgu-cikgu dan kengkawan yang berhampiran.
Bila Cik Ken masuk UM, Nilam Puri, pada tahun pertama, Cik Ken diberi ta
nggungjawab untuk mengendalikan program Ihya' Ramadhan. Masa tu Cik Ken cukup tak tahu apa keadaannya ihya' ramadhan ni. Cik Ken ambik ia sebagai pengalaman. Seronok tak terkira berbuka bersama-sama dengan kengkawan AMK (Al-Malik Khalid). Selain tu banyak pulak program ceramah dan solat teraweh bersama-sama warga UMNP. Selama 2 tahun Cik Ken merasa Ihya' Ramadhan di bumi nilam puri. Seronok sangat.

eh panjang sangat la cerita Cik Ken ni.. nanti Cik Ken sambung lagi yer....

Assalamualaikum
Waalaikumsalam


Monday, August 15, 2011

JOM BertukAr.....


Assalamualaikum....



Lama sangat rasanya dah tak menaip dan menulis. Bercerita tentang kehidupan sendiri dan apa jua yang terlintas difikiran dan hati. Rasa janggal pun ada bila

kembali menaip isi hati dan aktiviti ni. huhuhu lawak pun ada. Sekejap taip sepatah perkataan, sesaat dua di backspace pulak perkataan tu pulak. BUNTU BUNTU..
Nak mula dari mana entah. Rasanya perlu dari kisah selepas bergelar isteri dan diselang selikan dengan pembesaran Permata Hati tercintaku...


Nama blog pun akan ditukar rasanya, biarlah sesuai dengan umur dan status sebagai isteri dan ibu. hehhehe...minah poyo sudah menjadi ayu..oh tidak.. akhirnya aku berjaya (berjaya ke?).

Ok kita mula dari sini ye.

NAMA BLOG yang BARU rasanya apa yang sesuai yer?
1. New Life of Muslimah & Women
2. Story of mine, hubby & little mujahidah
3. For the rest of my life (Shaz's Family)

kalo yang no.1 tu nampak sangat cerita aku jer... tak sesuai... BUANG dalam plastik. no.2 nampak macam best jer, KIV. no.3 sama nama blog yang dulu, takut pulak ada orang dah guna ayat tu untuk blog mereka. BUANG dalam kertas.
keputusannya ialah Story of mine, hubby & little Mujahidah... set.

ok lah nak ubah backgroung blog ni. kan nak bertukar. wallpaper mesti bertukar jugak... hahaha

Assalamualaikum..
waalaikumsalam...

Saturday, November 13, 2010

ChilDren's Day .... Peringkat KeBAngsaAn 2010



SELAMAT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA
PERINGKAT KEBANGSAAN 2010


::Wishes In The Dark::
Sometimes when she's sleeping
I can see in my mind's eye
the little girl I thought I had,
the one who said good-bye.
Sometimes when she's sleeping
folded by her cheek
I close my eyes and see before me
a child who can speak.
Sometimes when she's sleeping
she seems so whole and well
I can't believe she won't awaken
with dreams of which to tell.
Sometimes when she's sleeping
and the tears in my eyes overflow,
I steal what kisses I can in the dark
and wonder what joys she will know.

Sometimes when she's sleeping
and my eyes ache with tears unshed,
I pray she'll always be full of peace
as she slumbers in her bed.
Sometimes when she's sleeping
I can almost hear her say
"I love you, Mom, with my heart
and my soul, each and every day".
But always when she's sleeping
I am full of pride
at the miracle that is my daughter
and the perfection that is inside