Saturday, December 15, 2012

VLOG !!!!

Assalamualaikum....

Sihat ke semua ? hehehe... pagi2 Sabtu ni (pagi ke) rasa malas la pulak. BUT ! rajin nak menengok Youtube... memacam aku search ... untuk apa? ENTAH !!!! aku pun tak tahu... Dok tengok2 aku pun tertekan nama MARIA ELENA .. Sapa perempuan ni.. nama macam kat dalam novel la plak...hahahha.. Wah dia ni sempoi + gedikzz sikit hahaha ( sory ).. but I LOVE IT...

And then... enter enter enter.. .opppsss MATLUTFI... macam pernah dengar nama ni... enter2 cepat... Dia ni pulak aku agak2 berasal dari Kedah.. sebab dok cakap sleng alik sana... huhuhu..  Dia ni aku rasa tengah study kat seberang laut ( oversea ok)... Dia punyer video2 pun best2 gak...

Citer pasal video di youtube mahupun di blog aku rasa singkatannya sesuai dengan VLOG... actually.. aku teringin buat jugak VLOG ni,,,  BUTTTT aku malu seh.. Yela bukan  apa banyak orang post2kan video kat youtube... ada yang nak sampaikan maklumat secara mereka sendiri. Tak kisah la gedikss2 ke. control macho ke. nyanyi ke.... asal apa yang terpendam dalam hati mereka dapat disampaikan.. Selain tu boleh la famous sikit..hahahahaa...

Mungkin masa aku belajar kat UM dulu BLOG mesti kena ada.. betul tak EFFA? Tiap2 hari dok update blog..  lepas tu seminggu sekali.. kalau nak exam tu Sebulan sekali jela .. Yela bakat menulis ni bukan semua orang ada... Ada yang boleh menulis tapi tak da orang nak baca ( macam aku la, aduh sedihnya  :'( ) . Ada tu pandai giler menulis , semua tulisan dia kat blog membawa makna , memang ramai la follow blog dia ( macam blog ustaz Aizat).  Dan macam 2 lagi....

So, budak2 UM 2012/2013 ni ada blog dan VIDEO kat Youtube Tak? Kalau tak ada, rasanya korang boleh buat la.. Senang.... Jangan nak kelentong HP korang tak leh nak wat video. Sedangkan HP korang canggih2 lagi dari aku ni... So apa lagi.... CAMERA ROLLING 3, 2, 1 ACTION !!!!

TADA !!!! DAMIA KAT DEWAN  MASA PREPARATION KONVO 2012...

Wednesday, December 12, 2012

Kenangan KAAK05/12...

Assalamualaikum...

Hari ada masa yanf kosong boleh post gambar2 masa kaak bulan oktober. Peserta hanya 20orang...Tapi 2 hari kemudian 20 menjadi 18 orang sahaja.

Jadinya satu kumpulan ada 6 orsng ahli... Mula- mula gi kaak ni rasa boring dan nak memberontak jugak. Tapi disabarkan juga hayi ni, lama2ok dan rasa seronok sebab semua ahli dalam kelas tu sangat happening... Walaupun dalam kelas sokmo tidur...

Rindu la korang semua... Rehan, sha,kak yana, mady, tina, naa, kak siti, nah, ayu, linda, asiah, farah, fatin, maa, kak nurul ( jumpa sokmo ni) , norfa dan kak mas...

Damia SAKIT... :'(

Assalamualaikum...

Dah 4hari Damia DEMAM PANAS... malam2 meragam...

Jumaat 7/12 = badan Damia mula panas... bukan panas biasa.. panas luar biasa.. Still boleh minum susu...

Sabtu 8/12 =pagi badan damia ok je.. tapi xnak makan... susu pun xnak. ptg badan naik panas mendadak. terus gi klinik . Doktor kata perhatikan kalau nail bintik2 merah.. takut DEMAM DENGGI...
DEBAR SUNGGUH...

Ahad 9/12 =malam tak leh tido... pagi nampak mcm dah ok.. tapi xnak minum susu.. Damia nasih terus makan ubat doktor bagi..

Isnin 10/12  = mengamuk teruk... susu langsung tak nak. air kosong je dia minum. x pelah asal minum . Badan dah x bersemangat.. Baring je dan tido.. buat keputusan gi klinik  sekali lagi but nsk jumpa dr rashid. dr ni memang kitaorang rujuk dengan dia la. So, dua check dan katanya paru-paru penuh kahak. Dan jawapannya Damia LELAH.. Kena la sedut Nebulizer.. Doktor kata Damia kena sedut nebu for 3 days.. twice a day... aduhai...

Semoga Damia cepat sembuh. Ibu dan auah tak kisah berulang - alik ke klinik asal Damia sihat balik. We LOVE U...♥♥♥♥

Saturday, December 8, 2012

Wah sudah mula berblog semula....

assalamualaikum...

Lama sangat rasanya dah tak post apa-apa dalam blog ni..
Rasanya lepas ni boleh la post apa- apa yang menarik yang boleh dikongsikab bersama...
KENAPA?
Sebab saya jumpa APP Blog ni kat Pkay Store... Suka sangat ... saya suka 2x (ala2 mei mei pulak).
   ini dia bukti saya guna app blog di hp..

Monday, September 17, 2012

Apa2 sajalah....

Assalamualaikum....

Lama rasanya tak menulis dan mencoretkan sesuatu di laman ini. Kerinduan sentiasa mencengkam jiwa untuk menjenggah sebentar lama maya ini. Tapi apakan daya kesibukan dan kengkangan masa sentiasa memaksa diri untuk tidak menjejakkan diri dan jasad di laman ini....

aduhai... yat ku jiwang sungguh,,, kih kih kih... adakah penangan lagu NUR KASIH dari INTEAM yang sedang kudengari membuatkan diri menjadi seromantik ini... wuhah wuha wuha...

Nak cerita la sikit kat sini...
Lepas raya raya ke4 dah balik Paka, dan bekerja pada hari raya ke5.... Masuk minggu ke2 raya mula mengajar. Mood raya masih lagi ada, Tapi minggu ke2 raya tu ada sambutan kemerdekaan... so kami semua menyambut merdeka jugak la....

Lepas tu.... bersambung... ada keje nak wat pulak... sory..

Wednesday, August 22, 2012

Salam Aidilfitri...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.....

Selamat Hari Raya Aidilfitri ... maaf zahir dan batin.

 Alhamdulillah pada tahun dapat kami beraya bersama-sama keluarga tercinta.

menyambut kedatangan aidilfitri pada tahun ini, kai sambut dengan kesederhanaan sahaja. Keperluan diri dan suami hanya biasa-biasa shaja, yang penting persiapan anak tersayang Damia A'ishah...

ok lah nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DNA BATIN...

lepas ni kita share gambo raya damia dan family ye...

love u all

wassalamualaikum...

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Datang Lagi... (Azam Puasa)



Assalamualaikum.......
Alhamdulillah Bulan Ramadhan tiba lagi.....
Suka tidak terkira kerana dapat menemui kembali bulan ramadhan pada tahun ini. Macam biasalah bila tiba bulan puasa, puteri shaz mesti akan pasang azam sempena bulan puasa ini. 
So apa azam puteri shaz pada tahun ini.....

deng deng deng !!!!

  1. Berpuasa dengan makna bukan hanya menahan lapar dan dahaga tetapi dapat menahan panca indera daripada perkara yang dapat mengurangkan pahala puasa itu sendiri.
  2. Cuba untuk bangun sahur setiap hari (masak untuk putera shaz dan sahur bersama)
  3. Mengkhatamkan Al-quran paling kurang sekali... (baca je ke? kalo khatam awal boleh tadabbur Al-quran pulak.
  4. Perbanyakkan solat suant terutama solat sunat Dhuha , Solat sunat qabliah dan ba'diyyah.
  5. Qiamullail sebelum sahur... (paling tidak 2 rakat solat tahajud)
  6. bersedekah....
  7. Banyakkan bersabar...
  8. Bersenam (aktiviti suka) puasa tidak bermakna puteri shaz tidak boleh main badminton kan putera shaz)
  9. Mengajar Damia mengaji Al-quran...
  10. Solat teraweh....
Ini antara azam ramadhan puteri shaz pada tahun ini... Jadi apa azam kengkawan tahun ini...

Puteri shaz nak kongsi satu video yang puteri shaz suka dengar masa bulan puasa ni....