Sunday, March 28, 2010

.: READER MANIA? :.

Asslamualaikum...

Seronokny tidak terkira….

Huhuhu

Menjadi seorang READER MANIA (ada ke istilah ni dalam dunia?) agaknya aku ni. Walaupun banyak buku dah aku baca, satu habuk pun tak masuk dalam kepala ni. Membaca Bukanlah Satu Hobi… tetapi adalah satu Rutin Harian aku.

Membaca dan terus membaca.

BUKU GENRE APA AKU SUKA?

Macam2 genre….

Komik Sin-Chan, komik Keluaran Gempak – Starz, buku cerita kanak-kanak, buku kisah tauladan khas untuk kanak-kanak, kisah penyiasatan, buku kisah cinta remaja, buku motivasi, buku islamik, buku agama, buku politik, buku sekolah, buku ilmiah, buku cinta islamik, buku cinta merapu, kitab agama dalam bahasa arab, buku motivasi B.I version, Al-Quran(dah semestinya) , dan buku tulisan bahasa cina pun aku baca (walaupun x faham dan x reti baca, tengok gambar jelah)…. Dan mcam2 lah…

Kalo dah nama reader mania…. Memanglah….

Hatta surat khabar yang dah bertahun ada kat rak rumah aku pun boleh aku baca bila dah habis semua buku yang aku baca. Huhuhuhu… mak pulak akan membebel bila kerja aku kat dapur menjadi sangat lambat apabila aku mengupas bawang, menyiang ikan, sayur dan lain-lain sambil baca surat khabar yang menjadi alas.

Sudahnya aku sanggup menyimpan hamper seribu untuk aku habiskan didalam pesta buku antarabangsa KL kali ini. Memang dari awal aku berjimat agar bila pesta buku menjelang, aku lah manusia yang paling gembira.

Korang rasa sedih coz tak dapat berbelanja sakan ketika PBAKL 2010? Aku sarankan menyimpan duit bermula setiap januari… sudah pastinya bila tiba pesta buku antarabangsa setiap tahun korang tak kan menyesal ataupun sedih….

Huhuhu….

Nak habiskan baca buku HILAL ASYRAF … SINERGI…

Jangan jelous OK…


Friday, March 12, 2010

.: memory... SPM'04...:.


Assalamualaikum...

Awal betul hari ni aku meng'entry'kan @ meng'update'kan blog ...huhuhu

Semalam, dok tengah gosok baju terdengar yang result SPM keluar.. huhuhu ... tetiba teringat masa aku berdebar menunggu result SPM.... tapi reslut aku sangatlah menyedihakan buat aku (tak sama langsung time mid term exam dan trial exam)... kecewa sesangat (tp tak sampai tahap cipan)....

ni aku nak ceritalah sikit masa pasal SPM ni, bukan aku tak nak cerita pasal orang lain. Tapi ni kan bloeg aku, ikut akulah nak carita pasal sapa. Lagipun kalo aku menulis pasal aku, mana tahu nanti anak-anak aku dah besar boleh la aku suruh diorang baca entry aku ni..huhuhu (berangan la pulak).


ok nak start ni, masa aku form 5, aku ni tak la pandai sangat tapi x lah bengap sangat. Tapi, aku akan pastikan aku akan study setiap malam (kalo malas, tidola).. masa tu aku tak duduk asrama.. aku duduk kat dalam gua.. dan ahli gua tu di panggil ashabul kahfi,(coz jenis tido siang. berjaga malam).

Nak dijadikan ceritalah, masa trial exam, aku dapat straight A kecuali B.I....dan Add math yang takat lulus je (mana taknya, tak belajar langsung subjek add math ni kat sekolah). Mak aku kata oklah add mathlulus coz subjek tu tak ditawarkan kat sekolah aku. Tapi mak aku pelik macamana B.I hanya boleh takat lulus. Guru kelas aku apa lagi, dia pun berilah tumpuan ke aku (coz guru kelas aku mengajar B.I)... tapi dah nama pun tak suka bahasa. Aku lari dan apa aku belajar langsung tak masuk otak (degil bin dugul betul aku ni).

at last, SPM pun menjelma dan aku pun jawabla soalan.... time keluar result. Aku berdebar la jugak. Yela cita-cita nak sambung belajar kat mekah (ummul qura' la katakan). Tengok reslut, ustaz2 siap bagi semangat. Katanya result aku dah ok sangat la tu. kalo nak semua A kena ambiklah STAM.... saat tu aku buat keputusan untuk ambik STAM (walaupun hati memberontak x mau). Isi borang UPU (time tu online pun ada jugak)...
bila keputusan kemasukan ke IPTA diumumkan nama aku takda dalam senarai (bila sms). My sister tak caya aku tak dapat masuk U. coz dalam family result SPM aku antara yang terbaik after my brother yang dapat agreget 8 (tp dia xambik add math masa tu). Kak long aku check by online dan guna no seat aku time exam. Nak tahu keputusannya ? aku diterima masuk ke UM course syariah. Masa tu tak lah seronok sangat, yela masa tu aku fikir baik ambik syriah kat Mesir.

lepas mid term exam lower 6, aku balik kampung dan mak aku kata aku kena masuk U. Mak tak benarkan aku pi Timur Tengah. Mak kata belajar je lah kat Malaysia. Aku pun ikut jelah kata mak aku. dan kini aku dah ditahun akhir... dok siapkan paper project....

itu al-kisah yang sangat tak menarik untuk korang tetapi menarik untuk diri aku... huhu persannya...

bye...bye... dah SUBUH ni...

Wednesday, March 10, 2010

.: resepi terbaru:. sedapnya....


Assalamualaikum....

Malam ni sepatutnya aku rancang nak pi pasar malam sebelah kawasan perumahan aku ni....
tapi kerana dek penyakit malas nak turun ke bawah dna bersesak-sesak dengan orang ramai....
aku telah berjaya mencipta satu resepi untuk kehidupan aku....

apa dia?

haaaa..... tengoklah ....

ini dia.....


mee g
oreng yomyam+ telur mata kebau

korang nak tau dek penangan mee goreng tom yam aku ni, satu rumah aku bersin... pedas... yela aku masukkan hampir separuh genggam cili api....

masa aku dok ber'blog' ni... aku tengah menikmati rasanya...


sedap nya...... hehehe (perasan tol)...
aku boleh kalahkan chef wan ni...

sapa nak cuba.. bgth jela.... aku pos guna sms... hahahha

byee
sayonara
wassalam....

~ Selamat hari Ulangtahun Kelahiran ... MAk!~


Assalamualaikum....
hari ni hari RABU... 10/3/2010....

Dua hari yang lalu adalah hari ulangtahun kelahiran dua insan yang aku sayang.... mak (ROHANi) dan kawan aku norsyafawati abd rahim...(kat usim) 8/3/2010
lagu ini aku tujukan buat MAK dan kawan aku Syafa
I'll be loving you forever,
Deep inside my heart you'll leave me never,Even if you took my heart,
And tore it apart,
I would love you still, forever,

You are the sun,
You are my light,
And you're the last thing on my mind,
Before I go to sleep at night,
You're always round,
When I'm in need,
When trouble's on my mind,
You put my soul at ease,

There is no one in this world,
Who can love me like you do,
That is the reason that I,
Wanna spend forever with you,

We've had our fun,
But who'd have guessed along that road,
We'd learn to give and take,
It's so much more than I could have dreamed,
Cause you make loving you, so easy for me,

There is no one in this world,
Who can love me like you do,
That is the reason that I,
Wanna spend forever with you,


Cause this is the world, where lovers often go astray,
But if we love each other, we won't go that way,
So put your doubts aside,
Do what it takes to make it right,
I love you, forever, no-one can tear us apart


Mak...
kak lang tak dapat pulang ke kampung pada hari jadi mak,
setiap tahun kak lang sambut hari lahir mak,
tahun ni pun akan sambut gak...tapi lamabt sikit,
maafkan segala dosa anak mu ni ye..
anak mu janji akan buat KEK untuk mak,
semoga mak panjang umur (sebab kami hanya ada mak je kat dunia ni...)
dan dimurahkan rezeki (cucu yang ramai)
terima kasih atas didikan dan jerih perih membesarkan anak yang degil dan nakal macam kaklang,

norsyafawati,

selamat hari lahir ke 24... kamu dah tua
minta maaf sesangat rasanya sejak aku di UMKL ni memang jarang sesangt nak borak @ sms ko,
selamat hari lahir sekali lagi,
terima kasih coz jadi kawan aku,
aku nak sangat pi usim.. tapi aku ada hal...
but i wish u hepi always..
may allah bless u..
good luck...

i love u mom so much..... i miss u syafa.....