Thursday, December 31, 2009

.: Check List AZAM 2009 before CounDown 2010.. :.


Assalamualaikum semua.....

2009 bakal melabuhkan tirainya.... dan 2010 bakal memulakan langkah dan gerak.
Bagaimana dengan azam yang lalu?
Masih ada lagi yang tidak selesai atau sempurna?
kalau nak tanya ke aku.... memanglah harapan 2009 aku banyak yang tak menjadi... aku nak listkan azam aku tahun 2009

  1. Nak dapatkan 4 flat dalam semester 4 dan 5 (tapi dua2 x kesampaian)
  2. Nak jadi seorang aktivis Islam (hampeh je coz pemalas....)
  3. Nak kuruskan badan ....(tak kurus2 jugak )
  4. Nak cari pendapatan tambahan (ada la jugak dapat seribu masa cuti bulan 6)
  5. Nak keluarkan satu buku ( cerita ada tapi xda ending coz idea dah mati sekerat jalan)
  6. Nak belajar pasal web (dah pun tercapai... alhamdulillah)
  7. Nak pulihkan kembali hubungan keluarga yang sangat kritikal... alhamdulillah dah menunjukkan hasil dari usaha aku)

Itu jelah aku rasa impian dan azam 2009 aku... tak berapa banyak... tapi kalau nak dikira peratus yang berjaya hanya 20% je kot....

Apa ye azam 2010 aku? boleh beri cadangan? Kan esok dah masuk 2010... bantulah aku dalam buat azam.


Wednesday, December 30, 2009

~Lafaz Yang TerSimpan ~

Assalamualaikum.....

Minggu pertama yang sangat teruk. Makin hujung tahun rasa macam otak dah jadi tak berapa stabil, emosi pun macam tu jugak. Esok adalah hari terakhir 2009, jadi esok jelah ye aku muhasabah balik apa yang aku dah wat dalam masa setahun ni. Rasa macam2 aku dah buat dan aku rasa banyak lagi aku tak buat.

Tapi kali ni aku tak muhasabah lagi coz mood aku tak berapa stabil rasa nak mengamuk je. Otak pun makin blur, idea tak leh kuar secara pukal. Rasanya aku kena banyak solat tahajud ni, yela time macam nilah mudah mengalirkan airmata.

Aku terdengar la plak kat ikim lagu "Lafaz Yang Tersimpan". Ishh!!! rasa nak masukkan je lagu ni. Nak tujukan lagu ni buat sahabat aku yang duduk jauh dari keluarga... yela kengkawan yang kat Morocco, kat Mesir, kat London dan kat mana jualah sahabat aku berada.
Harap korang semua terhibur... hehhee...


Jangan simpan lafaz kasih dan sayang korang semua kepada keluarga terutamanya mak dan ayah korang.

Dan jangan pula korang simpan je perasaan korang kat seseorang, nanti melepas. Janganlah takut orang kata perigi mencari timba. Coz sekarang ni kita pakai paip je pun. (hehhee). tapi yang penting mestilah berlandaskan yang telah ditetapkan syarak okey!

semoga terhibur......

Tuesday, December 29, 2009

~Warkah Cinta dari Kaherah~ part4


Pintu Cyber Café dibuka. Suram benar keadaan didalam kedai ini. Hanya kelihatan beberapa pelanggan yang begitu asyik melayari internet. Ain dan Mek Nin mendaftarkan nama di kaunter utama. Seperti biasa komputer dihujung sekali adalah sasaran Ain

dan Mek Nin, mudah nak wat Video Call dengan sesiapa da

n rasa privacy sikit.

“Nin port kita ada orang tak?” Harap tiadalah yang mengambil tempat mereka.

“Tak da lagi. Oklah kat pc 12 dan 13 ye” Mek Nin menulis nombor PC yang biasa kami jadikan sebagai port.

Setiap kali datang ke Kota Bharu mesti kena masuk CC paling sekejap pun setengah jam, kebiasaannya sejam. Icon IE diklik dua kali, terus masuk ke sesawang Yahoo!. Sudah pastinya email menjadi perkara utama. Setiap minggu pasti ada kiriman dari seberang. Seberang? Seberang mana? Indonesia ke? Singapura ke? Borneo ke?

Inbox (3)

‘ada 3 mesej dari sapa ye’ ain terus klik ke inbox. Paparan email yang dikirimkan kepadanya terpapar sekejap sahaja.

Email

From Subjek Date Size

mas_ibr87 Assalamualaikum 4/12 13kb

wardah_ain Assalamualaikum adikku 4/11 30kb

wardah_ain Assalamualaikum.. Gambar al-azhar 4/ 9 89kb

Ain klik di Assalamualaikum adikku. Itulah email yang sangat dinantikannya. Email dari kakak sulungnya yang sudah lama berada di Mesir. Paparan email dibuka,

Assalamualaikum adikku mata hatiku

Apa khabar kamu disana? Kak wardah sangat rindukan ain dan adik-adik yang lain. Bagaimana dengan ibu? Sudah sihatkah ibu dari demam?. Akak pasti Ain sentiasa menghubungi ibu di rumah. Along tidak berkesempatan menghubungi ibu, hanya berutus email sahaja. Akak amat merindui kalian semua.

Ain,

Dari warkahmu yang lalu. Akak dapat merasai betapa sakit hati dan geram dengan sikap ustaz kamu. Dimalukan dihadapan rakan-rakan dan juga membuatkan egomu dicabar. Tetapi ingatlah adikku mata hatiku, walau seteruk mana guru lakukan kepada kita jangan sesekali kita terasa sakit hati, sudah pasti ada sebab dia lakukan begitu kepada kamu.

Mata hatiku,

Akak masih ingat lagi, ketika akak mula masuk ke Kaherah akak juga pernah di malukan oleh seorang ustaz ini. Ketika itu akak sangat geram dan menaruh dendam dengan ustaz tersebut. Namun tahukah adikku daripada apa yang dilakukan oleh ustaz tersebut akak telah ketahui bahawa akak mempunyai kelebihan akak tersendiri. Ustaz itu boleh melihat kebolehan akak daripada diri akak sendiri. Kini akak sangat bersyukur kerana dengan apa yang dilakukan ustaz tersebut telah membuat akak mengenali diri akak.

Ain Qalbi,

Jangan bersedih, anggaplah semua yang berlaku ada hikmahnya. Teruskan mencari ilmu dan mendalami ilmu. Jangan sesekali lupa untuk berqiamullail setiap minggu, dan jangan sesekali kamu mengelat dari mengikuti usrah. Jaga akhlakmu, sekasar manapun dirimu, Ain adalah seorang muslimah yang akan menjadi contoh kepada remaja masa kini. Hiasi dirimu dengan akhlak isteri Rasulullah, rapatkan jiwamu dengan tuhanmu seperti rapatnya hati Rabiatul Adawiyah dengan Rabbul Izzati.

Wassalam

Salam rindu dan sayang dari kakak mu,

Ain Wardah

Ain menyapu air mata yang menitis dipipinya, warkah kak Wardah senantiasa membuat dirinya tersentuh. Dia insan yang terbaik yang ada dalam hidup Ain.

‘kak wardah, ain akan ikut apa yang akak kata’

Ain membuka email dari kak Wardah yang terdapat didalamnya gambar kak Wardah ketika Haflah ke Sinai. Kak wardah cantik, wajahnya dilitupi

oleh sehelai kain. Walaupun begitu, kak Wardah pandai memadankan pakaiannya mengikut keadaan. Berpurdah langsung tidak menghalangnya untuk melakukan aktiviti dan juga bergaya dan menjaga penampilan sebagai seorang muslimah itulah kak Wardah.

'Ada gambar orang arab yang naik kat sana jugaklah'. Comel betul anak orang arab.

Cantikkan matahari nak naik.... ni gambar akak ambik dari kawan akak. Gambar yang diambil oleh zauj dia.

'Aik! gambar sapa pulak ni?' Hati Ain terdetik bertanya.

Ada nota dibawahnya la plak. ingatkan bakal abang ipar rupanya suami orang rupanya.

................................bersambung...........................................................................................


Monday, December 28, 2009

~Warkah Cinta dari Kaherah~ part3

“Assalamualaikum ustaz” semua pelajar berdiri memberi salam.
“waalaikumsalam, duduk semua” Sekuntum senyuman diberikan kepada seluruh kelas. Buku ditangan terus diletakkan diatas meja guru. Tanpa berlengah kapur berwarna putih dicapai dan menulis sesuatu dengan kapur tersebut di papan hitam.

UJIAN BULANAN

Itu yang tertera.

‘Ujian bulanan?’ Ain berkata dalam hati.

Seluruh ahli kelas 4 Aisyah kelihatan kelam-kabut apabila ujian bulanan tergempar diadakan pada hari ini. Kak Mini mula gelabah, Amnah pula mula membuka Al-Quran, Ada juga yang mulut berkumat-kamit seperti cuba mengingati apa yang dihafal ataupun menyumpah ustaz yang langsung tidak memberitahu lebih awal tentang ujian bulanan yang akan diadakan pada hari ini.

“Ain, kau dah hafal ke juzuk 2?” Imah disebelah Ain mula menggelabah macam kucing hilang anak. Air peluh didahi Imah mula kelihatan. Ain menggelengkan kepalanya, mulutnya muncung sehinggakan boleh sangkut baju kat mulut Ain.

“Habis tu macamana? Kau ada idea?” Imah berbisik kepada Ain. Ain geleng sekali lagi, no idea. Mana mungkin dia sanggup untuk ponteng ujian bulanan kali ini, sudah pasti ustaz muda ini tahu akan helahnya.

“Nak tak nak kita kenalah jawab ujian kali ini” Ain menjawab sambil wajahnya ditundukkan ke meja. Ain jarang kelihatan seperti ini. Ain tak yakin dia boleh menjawab ujian bulanan kali ini. Kebiasaannya, dia akan berjaga malam untuk memastikan dia bersedia menghadapai ujian.

“Baiklah kelas, hari ini saya akan adakan ujian bulanan kepada kamu semua” Ustaz muda tersenyum simpul.

“Tapi ustaz kenapa ustaz tak bagitahu dahulu semalam. Bolehlah kami bersedia” Mek Nin bertanya kepada ustaz. Ini adalah salah satu taktik agar ujian bulanan kali ini ditanggguhkan dahulu.

“Biasanya Ustazah Asiyah akan bagitahu sehari sebelum ujian bulanan” Cek Pah pun menyambung menguatkan lagi taktik Mek Nin. Semua mengangguk kepala, tanda bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Mek Nin dan Cek Pah.

“Itu ustazah Asiyah, Ini saya Ustaz Zulkarnain sepupu ustazah asiyah” Walaupun jawapan yang dikeluarkan oleh ustaz Zul agak tegas tetapi nada suaranya tidak menunjukkan ketegasan bahkan gaya dia bercakap seperti memberi penjelasan kepada kanak-kanak sekolah rendah. Tambahan pulak senyuman yang manis dan lesung pipit di pipi yang begitu menyerlah apabila ustaz Zul bercakap apatah lagi ketika dia tersenyum.

“Baiklah, bila saya kata buka kertas soalan baru kamu buka dan saya nak kamu semua siapkan menjawab soalan ini semua dalam masa setengah jam. Setengah jam lagi kita akan buat kuiz” Ustaz Zul mengedarkan soalan ujian bulanan dari meja ke meja. Hanya sehelai sahaja soalan dan dua helai kertas kajang untuk menjawab. Tiada sesiapa yang berani mencuri melihat soalan apa yang ditanya pada ujian bulanan kali ini. Huda yang duduk dihadapan sekali seperti mendoakan sesuatu sambil menadah tangan seluas-luasnya.

“Baiklah kamu boleh buka dan mula menjawab sekarang” Arahan yang diberikan oleh ustaz Zul dipatuhi oleh seluruh kelas. WajahAin yang pucat sebentar tadi kini beransur normal. Imah yang tadi seperti hendak menangis kini ketawa keseorangan sambil menjawab soalan tersebut.

***************************************

Ustaz Zul pula berjalan dari satu baris ke baris yang lain. Memantau pelajar-pelajar menjawab soalan bulanan kali ini. Dia agak tertarik untuk mengacau seorang pelajar didalam kelas ini, pelajar ini agak sempoi tetapi ada tarikan yang membuat dirinya agar sentiasa memerhatikan gelagat pelajar tersebut. Dalam kekalutan masih lagi berlagak cool, ego lah tu.

Dia melihat seluruh pelajarnya menjawab soalan dengan tekun dan begitu lancar. Wati pelajar yang duduk belakang sekali kelihatan seperti sedang mengingati ayat hafazan sambil mulutnya berkumat-kamit tak ubah seperti bomoh yang membaca mentera. Ustaz Zul tersenyum seorang diri.

‘ish apa la yang dijawab budak ni’ Dia tundukkan kepalanya untuk melihat jawapan pelajar yang menarik perhatiannya. Wajahnya tak ubah seperti seseorang. Pelajar itu perasan akan tindakannya cepat sahaja dia menutup soalan dengan lengan dan badan. Menyebabkan niat dihatinya untuk mengintai jawapan pelajar tersebut terbantut.

‘ala nanti aku tengok jugak jawapan kau tu’ hatinya geram melihat reaksi pelajar tersebut.

Ustaz Zul kembali ke mejanya. Duduk sambil menulis sesuatu didalam buku catatan mengajar. Buku catatan mengajar perlu diisi oleh semua guru-guru dan hendaklah dihantar ke pejabat ditempat yang telah disediakan. Pengetua akan memeriksa semua buku tersebut setiap petang selepas habis waktu persekolahan. Seawal jam 7 pagi, buku tersebut hendaklah diambil oleh guru dipejabat, mana-mana guru yang gagal mengambil kembali buku catatan sebelum jam 9 pagi akan dikira tidak hadir mengajar melainkan ada hal yang menyebabkan datang lewat ke sekolah.

***********************************************************

“masa untuk kamu menjawab soalan sudah tamat. Ain tolong kutip semua jawapan” Syikin yang mula bangun hendak mengutip soalan duduk kembali apabila bukan dia yang diarahkan untuk mengutip jawapan.

‘awat aku pulak kena kutip. Teruk betullah ustaz ni’ hatinya membentak kegeraman apabila dia yang disuruh mengutip semua soalan.

‘ustaz ni tak leh langsung tengok aku senang. Tadi boleh pulak dia nak mengintai jawapan aku’ Ain geram dengan tindak-tanduk ustaz Zul yang sudah mula pandai nak menyakatnya.

‘Rugi jugak aku tak beri dia tengok jawapan aku tadi. Mana tahu ustaz betulkan yang salah. Rugilah kau Ain’ Hatinya merasa rugi akan tindakannya menutup jawapan dengan lengan dan badannya apabila ustaz Zul mula menundukkan kepala melihat ke jawapannya tadi.

Semua kertas soalan kini dihadapan ustaz Zul, Ain berjalan kembali ke tempat duduk.
Tiba-tiba…..
…………………………..Bersambung…………………………….


.: Sem Baru = Sem Akhir :.


Assalamualaikum….

Sem baru sudah pun bermula dan sem ini adalah sem akhir bagi aku dan kawan-kawan kemasukan 2007/2008. Tak sangka dah sampai ke sem akhir rupanya aku. Teringat pulak masa mula masuk UM. Aku merupakan bekas pelajar dari Nilam Puri, kami kat sana dah dengar banyak kisah pasal UMKL ni. Ada rasa takut dan rasa tak sabar nak berhadapan dengan situasi dewasa rasanya masa kat NP.

Yela… kat Nilam Puri aku rasa macam budak-budak je. Aku bergaul dengan rakan-rakan yang boleh dikira adik (dari segi umur). Masa kat NP, kengkawan yang ambik diploma kat UiTM sokmo cerita kisah diorang kat kampus yang ada pelbagai kaum dan pelbagai budaya. Aku just pendengar setia jelah masa tu(sesekali aku senyum ala kambing).

Tapi bila sampai masa aku masuk ke dunia dewasa ni, rasa sangat takut dan korang nak tahu tak, aku demam selama seminggu sebelum nak masuk UM Kuala Lumpur(punyer la takut). Ada tiga perkara paling aku risau :-
  1. Minggu haluan siswa (MHS)
  2. Kena raging
  3. Duduk sebilik dengan non-muslim

Korang jangan gelak pulak kat aku, aku yakin bebenor korang pun pasti takut 3 benda ni. Hehehe

Nak dijadikan cerita, kaklong dan abang long aku yang hantar aku masuk UM. Almaklumlah pasangan sehati sejoli dua-dua dari UM(bekas pelajar UM). Aku punyerlah mengharapkan kedua-duanya untuk bawak aku ke dalam UM. Lastly aku pulak kena tunjukkan jalan ke abang long aku selaku driver pada hari tu. Pelik betoi aku, macamana budak UM boleh tak tau jalan kat dalam UM. Abang long dan kak long aku bagi alasan, masa diorang belajar kat UM kolej aku tu x dibangunkan lagi. Tapi sesampai je kat pintu gerbang UM, aku rasa blur giler. Hampir sesatlah kami pada hari tu akibat penunjuk jalan jadi blur dan mamai.

Sesampai je kat kolej kesepuluh, aku terserempak dengan beberapa kawan sekelas aku kat Nilam Puri, macam si wani dan si fizah. Aku sampai lewat la jugak, dalam pukul satu petang aku rasa. Baju T-shirt yang diberi pihak kolej pun size yang aku dapat pasti xda orang boleh pakai. Punyer la gadak besarnya baju tu. Macam pakai baju bapak aku je rasanya masa tu. Dapat pulak satu topi. Bilik aku masa tu kat blok santubong 2 tingkat atas sekali. Dan sepanjang seminggu MHS tu hanya ada 4 orang sahaja penghuni tingkat atas sekali blok tu aku, zana, asi dan akma (bukan nama sebenar).

Aku ni boleh dikira sangat skema lah, tak pernah lewat tapi lain la plak dengan kawan satu aras aku ni. Ada dua kawan aku ni ( dua dari 4 orang tu lah) boleh wat tahi mata lagi pepagi (after subuh). Yela tak da urusetia nak check bilik kami. Agaknya diorang ingat aras kami ni xda penghuni kot . Punyer la syok diorang tido, tetiba je pembantu mahasiswa(PM) ketuk bilik budak dua orang tu, apa lagi terkejut beruklah diorang masa tu(aku xda ok). PM kerah diorang turun ke bawah dengan muka toyer yang mandi dan bertahi mata tu. Yang aku tabik spring kat dua kwan aku ni, boleh plak dia muka rilex muka x bersalah. Bestnya kalau aku boleh buat muka macam diorang kan.

Satu minggu aku diseksa dalam MHS dengan wat Cheers , poco-poco dan macam-macam la. Lain bebenor budayanya dari Nilam Puri. Banyak jugak citer kat MhS aku nak citer kat korang, tapi nantilah… ada masa aku citer lagi ok.

SEMOGA SEMESTER BARU INI AKAN MEMBERI INSPIRASI DAN MENGUATKAN SEMANGAT AKU AKU UNTUK MENDAPAT 4 FLAT…. KEN CAIYOK! CAIYOK! CAIYOK!


Sunday, December 27, 2009

.: Bleach Vs Chibi MaRuko Chan :.


VS
Assalamualaikum....

Satu hari untuk adik aku buka ANIMAX channel dari pagi sampai ke malam. Pening betul la. Semua anime dia layan, mak aku dah membebel coz terpaksa tengok citer entah apa-apa katanya(huhuhu).

Aku ok je asal boleh tengok Bleach dan Chibi Maroku Chan.. hahaha macam budak2 pulak rasanya.

Korang rasa antara Bleach dan Chibi moruku Chan mana lagi best?


Saturday, December 26, 2009

~Tuhan Berikanlah aku jalan~



Assalamualaikum

Apa khabar semua? Lama sangat dah rasanya aku x update blog ni. Shaz dah pun bagi keizinan untuk menerajui terus blog ni. Dia sangat sibuk, begitu juga aku. Mungkin sekali-sekala dia akan bersama aku untuk sumbangkan idea untuk blog ni.

Bulan disember ni aku rasa penat sungguh, setangah bulan aku habiskan hidup aku dengan Kursus adobe dreamweaver. Lepas tu planner aku penuh dengan undangan pernikahan rakan-rakan dan kerja sampingan. Minggu terakhir cuti sem aku pun sepatutnya aku tidak dapat pulang ke kampong kerana ada kerja persatuan yang perlu aku selesaikan. Isnin yang lalu mak aku called minta aku pulang ke kampong, rindu sangat katanya.

Yela semua adik-beradik aku duduk jauh dengan mak, mak pulak duduk seorang diri di rumah peninggalan arwah ayah aku. Kakak dan abang serta adik aku, dah beri tanggungjawab agar kau sentiasa pulang ke kampong dan menjenguk mak dikampung. Lagi-lagi cuti sekolah, sudah pasti kakak dan abang aku takkan pulang sibuk dengan bisnes masing-masing. Adik aku pula sedang berusaha mencari kolej yang sesuai untuk dia sambung belajar dan menguruskan hal-hal persekolahan dia.

Kakak dan abang dah marah-marah ke aku coz ambik Kurusu dreamweaver, katanya “sanggup ke ko tinggal mak sorang-sorang kat rumah?”. Aku nak jawab apa. Entahlah,…. No answer for this question. (harap korang memahami situasi aku ni). Bila aku kata(minggu lepas) minggu ni aku tak dapat pulang coz ada keja persatuan kena selesaikan, kakak aku mula melenting katanya “antara mak dan persatuan mana penting?” bagi aku dua-dua penting…. Pening betul la.

Tuhan berikanlah aku jalan yang benar… amiiin


Tuesday, December 15, 2009

~KepUtuSan ExaM Yang menG"KECEWA"kan~



Assalamualaikum.....

Petang tadi sempatla menjenguk ke site U aku... nak check result exam sem satu 2009/2010. Sedih betul bila result aku teruk betul. Selama aku masuk U ni tak pernah aku dapat C+ korang tahu tak?. Tapi result aku kali ini aku dapat satu C+. rasa sedih dan down giler2 ni. tak da mood nak buat apa jua. nampaknya cita-cita nak dapat 4 flat untuk satu tahun tak menjadi. Walaupun satu C+, aku still lagi above 3.5 pngk and png. tapi sedihlah. gerenti mak dan kakak dan abang aku tak bagi aku join mana-mana program lagi. Yela harapan nak tengok aku dapat ijazah kelas pertama. tapi kat UM ni ijazah kelas pertama ranking dia tinggi sangat laaaaa. boleh ke aku nak capai????
AKU DOWN TAHAP CIPAN NI....... TOLONGLAH AKU....

Monday, December 7, 2009

~Dalam Pembaikan~


Assalamualaikum...
harap maaf, blog ini dalam pemilihan layout yang sesuai ... harap maaf... akan memakan masa kurang dari 12 jam...
terima kasih

Sunday, December 6, 2009

~Warkah Cinta Dari Kaherah~ 2

Seusai solat maghrib secara berjemaah dimasjid dan solat sunat ba'diah, 25 orang pelajar lelaki berkumpul di satu sudut belakang masjid. Kelihatan seorang akh berjubah putih dan berserban putih dan ditangannya kitab yang setebal 5cm duduk dipaling hadapan perkumpulan itu. Akh memandang ke sekeliling masjid, memastikan tiada yang tertinggal, atau masih lagi menunaikan solat sunat. Sementara menunggu sahabat-sahabat yang lain, mereka mengulang bacaan Al-Quran. Seorang pelajar berjalan ke arah kumpulan pelajar lelaki itu, semua melihat kearahnya. Amin, pelajar tingkatan 6 bawah merupakan pembantu kepada akh Aqil dalam kelas tasmi' ini, semua penghuni asrama memanggilnya 'bro Amin'. Bro Amin duduk disebelah Akh Aqil dan meminta maaf kepada yang menunggu kehadirannya.

Semua membaca doa pembuka majlis Al-fatihah dan doa dikuatkan hafazan.


Seorang demi seorang mentasmi' hafalan dengan akh Aqil dan bro Amin. Keduanya merupakan lepasan dari Maahada Tahfiz Wal Qiraat, repek. Sejak mereka berdua memasuki sekolah agama Umar Al-Aziz, kelas tahfiz telah dimulakan setiap maghrib bagi sesiapa yang berminat untuk menghafaz Al-Quran. Sesiapa yang sudah mentasmi'kan hafalan maka akan melakukan aktiviti secara sendirian, samada mahu membaca Al-quran ataupun pulang ke asrama. Tetapi dalam masa sejam untuk menghafal ayat Al-quran yang baru memang tak sempat.

"Bro Amin, boleh tak saya beralih ke ayat lain? dah dua hari saya tasmi' ayat yang sama" pinta seorang pelajar. Wajahnya mengharapkan keprihatinan dari bro Amin.

"Bro akan tambah ayat bacaan kamu kalau kamu lancar hafzan kamu ni sebelum jam 12 malam ini" Bro Amin mula mengugut dengan nada tegas.

"Lepas prep saya jumpa bro Amin di dorm bro ye?" bersungguh-sungguh dia mahu menambah ayat bacaannya. mungkin dah terlampau bosan menghafaz ayat yang sama dari kelamarin. Bro Amin menganggukkan kepala tanda setuju dengan permintaan pelajar tersebut.

Pelajar tadi merupakan pelajar terakhir yang ditasmi' hafazannya dengan bro Amin. Akh Aqil masih lagi mentasmi' seorang pelajar yang kini memasuki juz ketiga. Akh Aqil kelihatan khusyuk mendengar bacaan dari pelajar itu. matanya ditutup dan mulutnya seperti mengikut apa yang dibaca oleh pelajar tersebut. Kekadang jari akh mengetuk meja kecil dihadapannya sekiranya ayat yang dibaca atau tajwidnya salah.


****************************************************

Di bahagian banat pula, tiada program yang khas untuk sesiapa yang mahu menghafaz Al-Quran. Tetapi ada kelas Al-quran untuk adik-adik kelas satu dan peralihan. Ada juga yang mengambil masa selepas maghrib untuk menghafaz ayat hafazan untuk peperiksaan. Setiap tahun sudah ditetapkan ada surah yang perlu dihafaz, tingkatan peralihan akan menghafaz juzuk 30, tingkatan satu juzuk 29, tingakatan dua surah pilihan (Al-Mulk, As-Sajadah, Ad-Dukhan, Yaa Siin, Ar-Rahman dan Al-Waqiah). Manakala tingakatan 3 akan mengahafaz juzuk 1, tingakatn 4 juzuk 2 dan surah pilihan untuk SMU (Sijil menengah Ugama)dan tingkatan 5 juzuk 3.

Mek Nin akan mengambil menjaga aktiviti pelajar tingkatan satu, Aisyah pula menjaga tingkatan 3 dan Ken akan menjaga aktiviti selepas maghrib pelajar tingkatan 2. mereka bertiga akan mengumpul adik-adik bawah jagaan mereka di bahagian atas masjid pada setiap hari Ahad, & Selasa. Hari Isnin dan sabtu pula akan diadakan tazkirah maghrib untuk semua penghuni asrama puteri. Hari rabu malam dan khamis malam jumaat pula diadakan kuliah dimasjid.

Ketika adik-adik membaca Al-quran, Ain menjalankan projek yang lain pula. Port kegemarannya ketika menghafal Al-quran ialah ditangga yang menuju ke tingkat atas masjid. Disitulah Ain boleh mengintai jejaka idamannya. Sambil menyelam minum air (tak tersedak ke?), sambil-sambil menghafal matanya mengintai dari lubang dinding ditangga yang sememangnya akan menampakkan tempat solat bahagian banin. Yang pastinya sebelum mengintai, dia akan pastikan tiada orang yang ada di tangga. Jika tidak... tandas masjidlah akan menjadi tempat dia bertapa nanti masa prep.

'Comelnya dia' detik hati Ain. 'Eh! kalau kawan aku tahu ni matilah aku' hatinya berkata lagi. Sebagai seorang ahli dalam N-MIL, semua dilarang sama sekali untuk menaruh perasaan dengan mana-mana lelaki. 'Issshhhh mana diorang tahu, Ain pun tak tahu' hatinya tersenyum kambing. 'jangan tengok lama-lama nanti dia perasan' terkehek-kehek hati Ain ketawa.

**************************************
'Kenapa rasa lain macam ye?' cetus hati Bro Amin.

'Setiap kali waktu maghrib, rasa seperti gerak geri aku diintai oleh sesuatu' bro amin berkata sendirian didalam hatinya. Di pandang ke sekeliling masjid, tiada yang mencurigakan.

'Ke aku nak mati ni?' hatinya mengingatkannya akan kematian. Bro Amin menutup matanya dan berdoa didalam hati
'Ya Allah seandanya ajalku sudah mendekatiku, maka berikanlah peluang kepadaku untuk bertaubat, berbakti kepada kedua ibu bapa ku dan aku dapat memberikan yang terbaik untuk umat manusia'

**************************************sambg

Saturday, December 5, 2009

~ See U D IPT~


Assalamualaikum....

Bila aku menulis cerita zaman sekolah ni aku tetiba teringat satu lagu yang menjadi kegemaran aku bila nak exam. Bila exam je aku jadi minat lagu ni. Setiap pagi sebelum aku pi exam, aku akan dengar lagu ni. Nak ambik semangat.

harap korang enjoy dengan lagu ni....


~Warkah Cinta Dari Kaherah~ 1

Suasana di bilik 4 Aisyah sunyi sepi, semua penghuni bilik itu semua telah pulang ke rumah masing-masing dan ada juga yang pulang ke asrama. Kebiasaan penghuni bilik 4 Aisyah ini hanya pulang pada jam 3 petang, tetapi pada hari itu mereka semua pulang selepas solat Zohor berjemaah di masjid Al-Anuar. Kelas selepas Zohor telah dibatalkan dan mereka boleh pulang macam pelajar-pelajar yang lain.

"Ain, betul ke ustazah Asiyah dah bersalin?" tanya Imah ke sahabat di sebelahnya.

"Aku dengar macam tu lah, sebab tu kita boleh balik awal hari ni. Kalau tidak mimpilah nak balik seawal ini" Ain menjawab pertanyaan sambil memasukkan buku-buku didalam beg galasnya.

"Aku ingat nak ziarah ustazah la esok Kau nak ikut tak?" Imah mula mencadangkan niatnya ke Ain.

"Boleh gak, itupun kalau esok aku malas nak pi tuisyen" Imah memandang Ain yang tersengih-sengih. Ain mula merancang nak memonteng kelas tuisyen la tu. Bukanlah dinamakan Ain kalau tak memonteng tuisyen. Walaupun sering ponteng kelas tuisyen ain tetap menjadi 'best student' sekolahnya. Makan apalah budak Ain ni.
"Haaa.. mula nak memontenglah tu?" Imah mencubit pipi Ain.

"Oi! sakitlah. Pipi aku ni mahal tahu tak" marah Ain sambil mengusap pipinya yang kemerahan.

"Aku tak kata pulak nak ponteng" Ain buat doublejerk ke Imah.

"Esok kita pergi selepas tuisyen Add math ok"

"Esok ada kelas add math ke?" Ain buat-buat lupa.

"Adalah sayang... Cikgu Zali ada bagitahu minggu lepas"

"Aku tak dengar pun?"

"Mana kau nak dengar, kau kan tak datang kelas minggu lepas" Imah menjawab sambil membalas kembali doublejerk Ain.

"Datang tau esok kelas Add math. Cikgu Zali dah rindu kat kau. Asyik tanya je mana Ain? mana Ain?" Imah meniru gaya Cikgu Zali ketika mencari Ain dalam kelas minggu lepas.

"hahahaha" Ain gelak besar

Mereka berdua bangun dan keluar bersama-sama dari bilik 4 Aisyah. Masih tinggal beberapa lagi pelajar yang masih lagi mengemas buku untuk pulang. Berita ustazah Asiyah bersalin hanya diketahui sebelum solat Zohor, dengar-dengar ustazah Asiyah hampir-hampir bersalin ketika mengajar budak-budak kelas 2 Umar. Ustazah Aisyah merupakan guru kelas 4 Aisyah dan juga guru subjek Al-Quran bagi tingkatan 4. ustazah Asiyah telah membuat peraturan baru untuk semua anak-anak buahnya (pelajar 4 Aisyah) untuk ada kelas Al-Quran selepas Zohor. Mereka semua akan habis waktu persekolahan lewat berbanding pelajar-pelajar yang lain. Walaupun berbadan dua, ustazah Asiyah tetap tak pernah ponteng mengajar kecuali kalau dia tak berapa sihat.

*************************************************************

TIME UNTUK KENAL BUDAK KELAS 4 AISYAH
oppsss... Sory masukkan gambar ni. nanti korang boleh la bayangkan wajah2 watak dalam kelas Ain nanti.
Depan duduk (dari kiri ke kanan): Mas, Min, Wati, Syikin, Cikgu Raihanah (guru kelas 5 Aisyah), Mar, Milah, Zati, Mek Jah.
Tengah Berdiri (dari kiri): Amnah, Lah, Ana, D-Jah, Shoki, Ken, Cairo, Yana, Cek Pah, Nurul, C-T, Mini.
Belakang Berdiri atas kerusi (budak2 ni semua comel2 sebab tu kena berdiri atas kerusi.. huhuhu jgn mare) kiri: Kak Ku, Mek Nin, Mek Huda, G-Lah, Mek N.

P/S: Gambar ni masa bebudak 4 Aisyah form 5. Gambar form 4 diorang dah hilang.

Imah & Ain xda dalam gambar sebab masa tu diorang sakit demam campak.. sian..

*****************************************************************

Hari tu gamat satu sekolah dengan kehadiran seorang guru lelaki yang hensem, pergi kemana saja ada yang bercerita tentang kekacakan raut wajah Ustaz Zul. Walaupun baru dua hari Ustaz Zul memasuki Sekolah Agama Umar Al-Aziz ini, kisah Ustaz Zul ni macam dah berbulan dia berada disini. Ustaz Zul merupakan guru lepasan dari Al-Azhar, masih muda lagi. Dia menggantikan kelas ustazah Asiyah yang bersalin, dengar cerita Ustaz Zul ni sepupu Ustazah Asiyah.

"Mek N, Ustaz baru tu masuk kelas kita tak lepas Zohor ni?" Tanya Mek Huda ke Mek N. Sejak Ustaz Zul mengambil tempat ustazah Asiyah, dia tak pernah masuk ke kelas 4 Aisyah. Agaknya Ustazah tak tinggalkan pesanan kot ada kelas Al-Quran (hafazan) setiap hari selepas Zohor.

"Entah" Mek N hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu.

Ain dan Imah duduk bersantai dibelakang kelas diatas tikar plastik yang dibeli awal tahun. Tikar plastik itu digunakan untuk sesiapa yang solat Zohor di kelas. Bukan itu sahaja, bahkan tikar itu juga menjadi tempat lepak geng N-MIL (No Men In Life). Sudah menjadi kebiasaan apabila guru tidak masuk ke dalam kelas, tempat inilah mereka melepak makan-makan dan study group.

Jelas kelihatan wajah Imah kepenatan begitu juga dengan si Ain. Mungkin kerana terpaksa menguruskan program hari guru yang bakal menjelang dua tiga hari lagi. As a mastermind, Ain dan Imah telah dilantik oleh Majlis Perwakilan Pelajar untuk menjadi pengarah dan timbalan pengarah 2. Hari guru kali ini akan di'conduct' oleh banat. MPP banin yang putuskan agar kali ini Hari guru diuruskan oleh banat.

"Dari perbincangan kita sebentar tadi, ana selaku presiden MPP Umar Al-Aziz telah memutuskan agar hari guru tahun ini akan diuruskan oleh pihak banat" Ucap Akh Ubai kepada seluruh ahli MPP.

Seorang muslimat bangun
"Boleh ana tahu kenapa akh Ubai?" pertanyaan dengan tegas.

"Ana melihat dari pelbagai sudut, Muslimat ramai dan memandangkan cadangan konsep yang kita putuskan tadi lebih sesuai dijalankan oleh pihak banat. Lagipun sebelum hari guru pihak banin ada Mukhyyam di Jeli. Tahun ni sekolah kita yang kena uruskan mukhayyam itu. Ukhti Atiqah faham kan?" jawab Akh Ubai dengan teratur sekali. Memang layak Akh Ubai memegang jawatan sebagai presiden MPP Umar Al-Aziz.

Kak Atiqah menganggukkan kepala tanda faham. Sejak keputusan itu diputuskan, Kak Atiqah telah melamar Ain dan Imah untuk menjadi majlis tertinggi program hari guru. Ain telah dipilih menjadi Pengarah Program dan Imah menjadi Timbalan pengarah 2 selain daripada itu timbalan pengarah 1 ialah Dian dari kelas 5 Balqis. Setiausaha dipengang oleh Aisyah dari kelas 4 Balqis dan bendahari pula Yana.

"Apa yang merisaukan kau ni Ain?" Cek Pah menepuk-nepuk bahu Ain dan duduk dibelakang Ain. Cek Pah mengurut-urut bahu dan belakang Ain, pasti sahabatnya penat dan risau akan sambutan hari guru tahun ini.

"Aku risaulah Pah. Berapa hari lagi je tinggal nak ke hari guru. Nervous sangat, aku dengar MPP banin nak tengok macamana banat uruskan program." Ain meraup wajahnya, risau mula menerjah jiwanya.

"Ain... kau kan dah biasa buat program. Hari guru ni kacang je bagi kau." Pah memberi semangat kepada Ain.

Imah sudah terlelap, berbaring diatas tikar plastik. Semalaman dia tidak tidur kerana menguruskan semua kad-kad jemputan untuk guru-guru dan menyiapkan kerja sekolah yang menimbun banyaknya.

"Ustaz hensem menuju ke kelas kita" jerit Ken. Dia memang dah jadi Mak Guard kelas ni. Akan memastikan semuanya baik ketika ustaz atau ustazah masuk kedalam kelas. Dia ni boleh dikira penyelamatlah.

Ain mengejutkan Imah, Cek Pah dah mengambil tempat di depan. Kelihatan Mini, Amnah dan G-lah membesihkan meja dari bukusan makanan yang di 'tapau' dari rumah. Imah masih lagi tak bangun.

"Imah bangunlah. Ustaz nak masuk dah" Ain menggoyangkan badan Imah. Tak sanggup dia meninggalkan sahabatnya begitu sahaja.

"Imah bangunlah" Ain memandang pintu kelas 4 Aisyah. Kelibat Ustaz Zul sudah kelihatan dari muka pintu. Ain resah, Imah masih lagi tak bangun. Imah memang tak boleh tidur dalam berbabring, alamatnya susahlah nak kejut.

Semua berdiri

"Assalamualaikum Ustaz" Ucap Syikin

"Assalamualaikum Ustaz" semua mengikut apa yang diucap oleh ketua kelas.

"Kamu semua boleh duduk" Ustaz muda itu menuju ke meja guru yang terletak bertentangan dengan pelajar dan meletakkan buku diatas meja. Ustaz muda itu kembali ke tengah kelas.

"Saya akan menggantikan tempat ustazah Asiyah yang bercuti selama dua bulan. Sepatutnya saya sudah mula mengajar kamu lagi sebelum Ustazah bersalin, tetapi saya ada hal lain yang perlu diuruskan dahulu" Ustaz muda itu memberi sedikit intro. Matanya hanya memandang insan dibelakang kelas. Resah wajahnya mengejutkan seseorang. Ustaz muda itu berjalan kebelakang kelas.

"Kenapa dengan kawan kamu ni?" tanya ustaz Zul ke Ain.

Ain buat muka selamba, walaupun dalam hati Hailaaaa... Imah ni buat reputasi aku jadi buruk pulak .

"Dia Pengsan ustaz" satu penipuan telah berlaku...

Matilah aku kalau ustaz tahu aku menipu keluh hati Ain.

"Biarkan kawan kamu tu, kamu ambik tempat kamu" Ujar ustaz muda tu kepada Ain.

Ain mengambil tempatnya dan sebelahnya kosong, kerana Imah sedang melayan mimpi dia dibelakang. Kenapalah aku tak tidur sekali, kalau tidak boleh dapat la tidur dalam kelas. penyelasan dari hati Ain.

"Nama saya Zulkarnain Bin Hassan. Saya akan mengajar kamu subjek Al-Quran" ringkasan sahaja taaruf ustaz muda ini.

"Ada apa-apa pertanyaan? hari ni kita akan berkenalan je ok. Esok kita akan mula kelas."

"ustaz esok ada kelas ke?" Tanya Mas yang duduk di belakang sekali.

"Kelas Hafazan kamu semua macam biasa. Macam yang selalu ustazah Asiyah buatlah." Ustaz Zul menjawab dengan senyuman. Jelas kelihatan lesung pipit disebelah pipi kanannya. Walaupun hanya sebelah sahaja lesung pipitnya itu, tapi sudah cukup mencairkan hati perempuan yang melihatnya.

"Aiiiiiiiinnnnnnn.... kau nak ponteng kelas lagi ke? kau nak panjat pagar asrama ke? Nanti PAPA HIM tahu matilah kau" Satu suara yang cukup kuat telah memecah suasana romantik didalam kelas. telah melenyapkan lamunan banat yang dah cair dengan senyuman ustaz Zul.

Macam suara Imah je , detik hati Ain. Sebut nama aku pulak tu. Nak kena hampuk la budak ni nanti. Dahla bocor rahisa aku panjat pagar asrama.

"Ain" jerit Imah. Sahlah si Imah ni mengigau. Semua memandang wajah Ain.
Ain buat muka selamba tak dengar, rahsia dia panjat pagar asrama ponteng kelas dah bocor. Ustaz Zul kebelakang kelas menghampiri Imah yang sedang mengigau.

"Siapa ada Air kosong?" tanya ustaz Zul.

"Saya" Cairo dengan pantas memberi sebotol air mineral 500ml ke ustaz Zul. Ustaz Zul seperti membaca sesuatu kedalam botol air mineral itu dan memercikkan ke muka Imah. Imah senyap tetapi mash tidak bangun dari lenanya lagi.

"Esok saya ganti air kamu ye?" kata ustaz ke Cairo.

ketika ustaz kembali ke tempat duduk Cairo, dia melintasi tempat duduk Ain

"tak tahulah pulak orang pengsan boleh mengigau" suara ustaz tidak berapa kuat, seperti membisikkan ke telinga Ain. Ada nada perli dalam bisikan itu. Muka Ain mula kemerahan, antara marah dengan perli ustaz muda itu dan malu dengan rahsianya yang menipu kata Imah tidur dan rahsia dia ponteng kelas.

..........sambg............................