Friday, October 30, 2009

- Hadiah Buat Mak-

nilah HP aku beli untuk mak, murah je
Assalamualaikum....
Selamat Malam
(aku menulis time malam).

Penat sungguh malam ni... Nak tahu kenapa? Petang tadi aku call mak aku, aku tanyalah kenapa seminggu aku call rumah xda orang angkat. Aku punyerlah risau apa2 terjadi ke mak aku. Mak aku pun kata "line tepon rosak, pagi tadi baru elok"... Alhamdulillah itu tandanya mak aku ok. Mak aku pun luahla perasaan dia kat aku "susah betul la xda line tepon.. rasa xda yang meneman"... (yela mana taknya anaknya ni tepon everyday), dan mak aku pun selalu bergayut(bergayut ke?) dengan kawan baik dia.

Bila aku fikir-fikir balik... susahnya mak aku ni, cuba bayangkan dia sakit dan tepon rumh rosak? macamana? x ke susah? aku teringat masa aku sem 1
aku mengadu kat mak susah betul x pandai bawak motor. Mak tanya x nak belajar ke? aku kata susah la nak belajar motor. Sebab aku time tu dah ada lesen keta. Mak tanya balik, bawak la kereta kat UM... aku kata mana boleh abwak keta tahun satu. tahun akhir boleh la. Tapi mak berkeras jugak nak bagi aku kereta, sebab tak nak aku susah.

So... bila aku fikir balik.. harga keta kancil tu makan berbelas ribu.. mak aku boleh beli untuk aku walaupun mak aku tak bekerja pun. Dia guna duit arwah ayah aku bagi dia untuk beli aku kereta kancil. Jadi apasalahnya aku gun aduit biasiswa aku untuk buat sesuatu agar mak senang. Fikir punyer fikir, aku dapat idea untuk beli HP untuk mak aku.

Tapiiiii yang jadi masalah ialah...mak aku tak nak pakai HP. Katanya leceh, HP kecik sangat. Along pernah bagi HP kat mak tp dia xnak, last sekali HP tu akak aku ambik balik(buruk siku akak aku tu). Macamana ni? ????

Lepas maghrib aku buat keputusan nak belikan mak aku HP. Nak xnak mak kena pakai gak HP aku beli tu. Xkan aku nak ambik balik? aku dah ada dua HP. pelik bebenor kang kalau pakai 3 HP. Pakai duit biasiswa yang tinggal rm500 tu, ada sebulan lebih lagi, makan pasir la aku. Xpelah demi mak aku yang ku sayangi. Dari kecik kau berkorban untuk anak mu ni. Apasalahnya aku balas balik, bukan mahal pun rm100 je. aku belajar jimat la nanti. Mak terimalah hadiah dari anak mu ni ye... :)

wassalam
CHOW CHIN CHOW

~ Muslimah Bangkitlah~


Assalamualaikum....

Sehari suntuk aku menghabiskan pembacaan buku bertajuk 'untaian mutiara hadis untuk wanita' tulisan Dr Hasan. Time aku baca hadis-hadis didalamnya.. aku rasakan biasa aje xda yang berlainan... Banyak hadis yang dikeluarkan ialah pasal wanita dari sebelum bernikah sehingga dah mempunyai anak. (biasala tu)

Aku pun terfikir... kenapa
xda buku yang mampu menaikkan semangat seorang muslimah untuk berkorban untuk suami dan keluarga? Sedangkan wanita itu bagi aku adalah asas kepada keluarga, lagi2 pada masa sekarang ni. Kalau siibu x kuat dan mudah terpengaruh.. pasti suami dan anak-anaknya juga akan mudah terpengaruh dan lemah.

Jadi, jangan haraplah bagi wanita yang lemah untuk mendapatkan keluarga yang mampu berjuang (maaflah kalau ada yang terasa, Hanya mengingati diri ini juga). Cuba korang bayangkan bagaimana kalau siibu tidak menutup aurat dan mendedahkan aurat kepada bukan muhrimnya? Sudah pasti orang lain menganggap sisuami ini tidak menyuruh akan isterinya untuk menutup aurat. (haaa kan dah jadi fitnah buat si suami... nak ke orang perlekehkan suami kita?). Apatah lagi... dengan anak-anak juga pasti tidak akan menutup aurat dengan sempurnanya, manakan tidak sianak pasti berkata "mak aku pun tak tutp aurat". Inilah pepatah melayu pun ada kata 'BAPA BOREK ANAK RINTIK" aku rasa nak tukar sikit "MAK BOREK KELUARGA RINTIK".

..........................................................................................................................................................................


Aku pernah berangan-angan untuk menjadi sekaya SITI KHADIJAH "yang mampu menginfakkan seluruh hartanya untuk membantu si suami (Rasulullah) menyebarkan Islam".
Aku juga pernah teringin menjadi seperti SITI AISYAH" yang sentiasa menemani suaminya dan menggembirakan suaminya(Rasulullah)".
Aku juga pernah mengimpikan aku akan meminta mahar sepertimana ZAINAB AL-GHAZALI meminta agar "menjadikan ruangan rumah mereka untuk perjuangan Islam".


TETAPI..... aku tidak sekaya SITI KHADIJAH, tidak seceria SITI AISYAH, dan tidak sehebat ZAINAB AL-GHAZALI... aku wanita yang hidup tengah maksiat dan cabaran duniawi. Aku yang lemah melawan bisikan nafsu dan syaitan durjana. Aku memerlukan muslimah-muslimah yang gigih berjuangan disisiku untuk aku kuat berdiri dan bangkit berjuang. Aku perlu tabah dan sanggup berkorban sekiranya aku mahu suamiku menjadi sekuat HANZALAH dan aku menjadi seperti isteri hanzalah yang bisa membenarkan suaminya HANZALAH berjuang sehingga syahid...

Amiiinnn Ya Rabbal 'Alamiiinnn


~Nak kenal kami?~


Assalamualaikum,....
selepas hampir dua bulan kitaorang ada blog ni... hari ni barulah ktorang putuskan untuk perkenalkan siapa diri kami ini....
ktorang ada record perbualan ini tetapi susah sangat nak upload so... kami tulis je la dalam bentuk tulisan ye....

shaz: assalamualaikumm... saya shaz
ken : dan saya ken..
shaz: try teka mana satu saya?
ken : awat hang ni ... ko ingt ni ujian teka teki ke?
shaz: biarla... aku sesekali nak jgk glamor beb..
ken : glamor ko la... gambar ko xnak aku edit... bg gmbr conan wat gapo?
shaz: ikut aku la... kalau aku tunjuk muka aku gerenti ramai awekzzz akan minat dan jatuh hati dengan aku ko tahu tak?
ken: apa?

shaz: hehehe
ken : aku nak kenalkan kat korang... aku nama je mcm laki tetapi akulah yang pakai tudung merah tu.
shaz: dan aku yang berselindung dibalik wajah si shinici hehhe ...coz aku ni terlalu hensem
ken : uek .... perasan
shaz: nama saya shazwan... skrg belajar kat uia... ambik jurusan undang-undang
ken : saya pulak panggil je ken.. now belajar kat UM...
shaz: oklah sebenarnya blog ni saya yang wujudkan... tetapi kerana kesibukan saya dengan macam2, jadi saya ajak lah partner saya ni untuk sama2 update blog budakbebal ni.
ken : walaupun aku ni dikira sebagai penulis jemputan ... aku rasa macam blog ni aku je dok update sokmo... ko tahu tak?
shaz: wei... kita tengah siaran langsungla... boleh tak ko lemah lembut sikit.. malu aku
ken : aku dah lemah lembut la ni...
shaz: harap teman2 semua xla terasa dengan kekasaran dia ni ye..
shaz: selama dok berblog ni... aku paling suka kalau si ken ni update cerita... macam2
ken : trimazzzz
shaz: puji sikit dah kembang..
ken : mana ada kembang?
shaz: sempena perkenalan kami ini... kami nak memohon maaf kalau blog ni menyakitkan hati korang semua , nilah salah si ken... masuk benda yang buat sakit hati korang
ken : tipu...
shaz : oooiii sakitla janganlah belasah aku dengan kerusi tu.
ken : aku pun nak mintak maaf...

shaz& ken : DOAKAN KAMI BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN SEM1 NI... YE!!!


CHOW CHIN CHOW
&
ASSALAMUALAIKUM....

Thursday, October 29, 2009

~ Pernikahan~


Selepas dua tahun lebih aku meninggalkan bumi serambi mekkah tercinta ini, aku kini kembali dibumi ini, mengimbas kembali kenangan-kenagan lalu. Disinilah jatuh bangun ku. Disinilah juga aku menimba ilmu, mengenal erti persahabatan, disini jugalah aku kenal erti perjuangan. ..... tetiba je airmata aku mengalir...
Mungkin korang semua tidak tahu betapa hebatnya penangan negeri ini terhadap kisah silam ku. 8 tahun aku di negeri ini hanya untuk satu sahaja harapan, iaitu menimba ilmu. menjadi insan yang berjaya dalam hidup. Inilah negerinya negeri KELANTAN....

Kembali aku disini bukan untuk berjalan-jalan tetapi untuk menyaksikan pernikahan sahabat yang kukasihi. Aku masih ingat lagi masa sekolah dulu kami telah mencatur-caturkan siapa yang akan nikah dahulu. dannnn aku..... bukanlah antara orang yang terawal akan kahwin, aku pun tak tahulah kenapa? korang tahu kenapa? kawan-kawan aku kata aku ni jenis sombong... laki x suka perempuan sombong2 macam aku! (betul ke aku sombong?) al-kisahnya....
bila suatu hari aku rasa ada seorang mamat tu (senior aku) kirim salam kay aku melalui ustazah aku... (ganazzz giler)
, punyerlah sporting ustazah tu siap jadi posmen la kepada mamat tu. Aku apa lagi buat booolayan la, kawan-kawan aku naik pelik. Spesis apanya aku ni, nak kata mengkarung? manusia.... takda hati dan perasaan nak bercinta. Mungkin sebab tulah aku xlah antara top ten yang akan kahwin awal.

Kawan baik aku yang kahwin ni bukanlah gatal tetapi dia cantek....aku boleh kerat jarilah kalau korang nak aku buktikan kecantikan dia. Bukan takat catek muka, tetapi masyaAllah akhlak umpama bunga-bunga ditaman cantik, lemah lembut dan sangat baik dan umpama mawar berduri beb... cantek tetapi susah nak didekati... salah langkah lukalah jari... hehhehe

Berbalik kepada kisah pernikahan, aku sebenarnya nak bgth korang yang sahabat aku ni akhirnya telah bertemu jodoh seorang akh yang pada pandangan aku baik dan sesuai dengan sahabat aku ni. Korang percaya atau tidak Allah ada berfirman dalam Al-quran maksudnya:
"perempuan2 yang keji untuk lelaki2 yang keji, lelaki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji, sedangkan perempuan yang baik untuk lelaki2 yang baik, lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik. mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang. mereka memperoleh ampun dan rezeki yang mulia(syurga). " (an-nur: 26)
Hebatkan kuasa tuhan? dia dapat menemukan dua jiwa yang terpisah dan dicantumkan dengan ikatan yang suci. dan dua jiwa ini saling melengkapi dan saling bersesuaian. Subhanallah...

Tetapi.... bukanlah perempuan yang x baik tidak layak mendapatkan lelaki yang baik. Sahabat ana kata, mungkin ada hikmah perempuan yang tidak baik dikahwinkan dengan lelaki yang baik. Allah nak lelaki yang baik itu membawa isterinya itu juga menjadi baik... kerana Allah maha berkuasa dan Penyayang... Begitu indah jalan cerita yang diatur Allah untuk hambanya sehinggakan untuk menukarkan yang jahat kepada baik dengan perkahwinan. itulah kasih sayang Allah.

Buat yang putus tunang, putus kasih, kekasih lari... fikirlah ada hikmah disebalik ini semua...kerana kasih sayang Allah maka kita diberi ujian, ujian bisa menjadikan kita insan yang kuat menempuhi onak duri perjalanan duniawi... berdoalah selalu mendapatkan teman yang bisa membimbing kita semua... AMIIINNN...

~KELANTAN MENANG BOLA~


Sapa pi tengok kelantan lawan selangor?
3-o beb... kelantan kalahkan selnagor....


separuh akhir pulak KELANTAN MENANG ke atas PERLIS....



hidup kelantan.....


Wednesday, October 28, 2009

~I'm SorRy.!~


Assalamualaikum,....
kami berdua ingin memohon maaf sebab dah lama x update blog ni...
kedua-dua kami agak sibuk ....
Almaklumlah.... nak siapkan asgmnt dan dah nak exam
so..... apa lagi STUDY laa.... tp...
kami berdua akan cuba meng'sokomo' mengaktifkan blog ni...
doakan kami.. berjaya


Wednesday, October 7, 2009

~form3+ PMR... sebuah kenangan terindah ~


Selamat Pagi kepada semua pelawat. Pagi tadi time dengar radio ada sembang pasal PMR. Oh baru aku perasan yang Peperiksaan menengah Rendah sudah bermula. Subjek apa hari ni pun aku tak berapa pasti. Tapi mesti adik-adik yang ambik periksa ni mesti 'nervous'kan?. yela mana tak 'nervous'nya, kalau sebelum ni kita buat persiapan dan sekarang kita nak lihatkan pulak hebat mana persediaan yang kita lakukan. Nervous tu mesti ada, tapi janganlah sampai dah masuk dewan peperiksaan pun masih lagi 'nervous'. Kakak aku ada kata " Kalau kau TAK nervous maknanya kau tak berSEDIA". haaaa kan aku kata perasaan macam nak terkencing tu mesti ada punyer(normal la beb).

Terkenang aku time aku ambik PMR 2002,
aku rasalah bulan sepuluh la aku periksa PMR. PMR ni bagi aku masa tu adalah peperiksaan besar (peingkat Malaysia)yang pernah aku hadapi. yela mana taknya aku ni masa UPSR aku belajar sekolah agama swasta pulak tu. Sekolah rendah masa tu aku tak ambik pun UPSR. Walaupun aku belajar semua subjek dan silibus UPSR yang dibuat kementerian.

1 perkara Aku mesti nak bagitahu kat korang yang aku mula masuk sekolah menengah ketika aku tingaktan 3.(ha ni aku nak riak ni). Pertama kali aku masuk sekolah menengah (selepas 2 tahun aku sekolah pondok) aku rasankan tak percaya.

Yela aku yang tak pernah-pernah pakai baju uniform kena pakai uniform pi sekolah ( sekolah rendah aku boleh pakai baju biasa je pi sekolah). Lepas tu kena dok asrama pulak tu. Lagilah haru hidup aku. Malam-malam sebelum tidor dah kena iron baju. kalau aku malas aku pakai baju semalam(hahaha). Kasut kena kapur tiap-tiap minggu(aku pi sekolah pakai sandle je dulu). Tapi mula dari tingkatan tiga kau kenal strika dan kapur kasut.

Pasal exam pulak, aku ni yang tak pernah belajar silibus PMR tetiba je masuk terus belajar kitab sejarah tingkatan tiga (pasal jepun, aku rasa). Kena tidor dengan peta untuk kenal tempat (geografi), satu lagi biru mata-mata aku bila kena belajar bahasa Inggeris. Masa tu semua cikgu kat sekoalh aku sanagt risau akan aku. Takut kau gagal PMR dan kena ulang PMR tahun hadapan (2003). Aku pulak tak pernah risau, bagi aku cabaranlah. Aku belajar macam orang lain dan aku banyak jugak involve dalam aktiviti ko-kurikulm sekolah. tapi aku tak pernah luap Cabaran mudir aku (ustaz Nik Omar) " kalau awak tak lulus periksa pertengahan tahun, saya akan transfer awak ke tingkatan dua".(fuuuhhhh aku rasa macam satu ujian je) Tapi alhamdulillah masa exam mid year aku dapat tempat kelima daripada 40 orang pelajar kelas aku(kelas 3A)(yang ni aku nak riak ni... hahhaha) Ada pulak mudir aku buat perjumpaan dengan lima orang pelajar yang dapat nombor 1-5 dari kelas A (lelaki dan perempuan), Korang nak tahu apa terjadi kat mudir aku? Mudir aku terkejut beruk bila tengok aku adalah salah seorang pelajar yang dia nak jumpa. Lepas tu aku tengok mudir aku senyum lebar sampai ke telinga la gamaknya.(hahahah x jadi transfer la kau yeyeye)

Bila peperiksaan PMR bermula, aku adalah insan yang akan tidur awal dan bangun awal (apa lagi study la). Dan aku akan bertapa kat satu kelas seorang diri bertemankan walkman (walkman HARAM kat sekolah) dan mesti ada gula-gula lolipop(seposen je satu). Apalagi belajarlah dan STADO kat dalam kelas. tak sapa yang aku bagi bertapa kat kelas tu... aku kunci pintu dan dan tutup tingkap (tingkap xda cermin hahahaha) agar tak da siapa berani nak masuk.

Subjek yang sangat-sangat tak dapat aku lupa ialah MATEMATIK. Masa subjek nilah aku menangis, aku malukan muka aku dan subjek nilah yang aku dapat A. I LOVE U MATHS

P/s: BUAT SEMUA CALON PMR, YAKINLAH KORANG BOLEH JAWAB, MINTA RESTU AYAH IBU, JANGAN MAKAN MEGI(jangan jadi macam aku, exam pun makan megi), TIDOR SECUKUPNYA, DOA DAN TAWAKAL...

GOOD LUCK FOR ALL CANDIDATES PMR 2009

" MEMORIAL WITH PMR 2002, MADA"

CHOW CHIN CHOW

Thursday, October 1, 2009

- Gempa Bumi ?? Apa Perasaan Anda? -


Semalam bertarikh 30 september 2009, telah berlaku gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud di Sumatra 6 lebih petang semalam. Gegaran akibat gempa bumi tersebut dapat dirasai oleh semenanjung Malaysia. Boleh dikatakan sesiapa yang berada berada di ketinggian lebih dari tingkat lima akan merasai gegaran itu. Keadaan di Malaysia menjadi kelam kabut kerana rakyat Malaysia tidak pun diberitahu akan berlaku gegaran.

Kejadian gempa bumi tu telah menyebabkan kawan-kawan rumah call aku dan tanya kenapa ramai sangat orang kelaur dari kediaman dan turun ke bawah. Siap dia tanya "ada apa berlaku ke?". Sedangkan ketika tu aku berada di luar kawasan perumahan (manala aku tahu apa yang terjadi). Nak dijadikan alkisah...
akibat kejadian tu, salah satu blok di kawasan perumahan aku tu pun retak. Polis dan bomba datang ke situ untuk mengarahkan semua penduduk blok berkenaan keluar dari rumah kediaman masing-masing. (jadi sebab tulah kawan aku call)

Rumah kami tak rasa gegaran tu sebab kami duduk di tingkat antara 1-4. Gegaran kurang dirasai oleh kami.(lagipun rumah orang bujang manala ada barang rumah yang banyak. gegar pun tak perasan.)

Berbalik ke kisah gempa bumi ni. Aku teringat ajaran ustaz aku kat sekolah, gempa bumi adalah salah satu tanda KIAMAT betul ke? aku rasa betullah. Bumi ni dah tua sangat kalau nak dikira la kata saintis ' bumi ni sebelum manusia duduki dinosaur yang diami.' (Ha x ke lama?) 2009 pun ni kira dari tahun kelahiran nabi Isa, nabi Adam turun ke bumi bila? sebelum masihi la kan? bila tu? Hanya Allah je yang tahu. Umur bumi pun hanya Allah je yang tahu.

Itu Allah bagi tanda je, hanya 7.2 magnitud je, tak dapat bayangkan macamana pula kalau Kiamat la haula wala quwwata illa billah hil 'azim dan nauzubillah hil ali'i azim. Minta sangat agar kita semua tidak merasai betapa kelam kabutnya keadaan ketika itu. Allah ada kata bukit - bukau tercabut, bintang jatuh kebumi, dan macam-macam la lagi ( agaknya lagi dahsyat dari filem Twister dan Armagedon kan?, pernah ke korang tengok cerita tu?) Lagipun kita ada tengok banyak cerita dari Hollywood yang pasal kemusnahan bumi selain 2 fileam tadi.(so, tengok filem jangan sebab suka, tapi ambik pengajaran dari sana). Gempa macam itu pun aku dengar telah terkorban lebih kurang 1000 orang(korang bukalah bernama ye)

Aku pun kekadang tidak la poyo mana. Ada gak aku fikir hal-hal yang erat-berat ni. Yela orang kata apa Don't Jugde A Book by it's Cover" ( tak gitu bintuhood, hehhe sory)


Ok.
CHOW CHIN CHOW